MEMPAMERKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KUMPULAN

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
MEMPAMERKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KUMPULAN by Mind Map: MEMPAMERKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KUMPULAN

1. 10 sifat yang perlu ada untuk menjadi pemimpin yang sempurna: Yakin. Mengamalkan Shura. Berpengetahuan. Petah. Adil. Sabar. Berdaya Usaha. Lemah-lembut tapi tegas. Rela berkorban Rendah diri dan takut kepada Allah S.W.T (Taqwa)

2. BAGAIMANA MEMBENTUK PASUKAN -Setiap orang dianggap sama penting dengan setiap orang lain -Setiap keputusan dibuat berdasarkan syura -Sifat percaya mempercayai, hormat menghormati sentiasa wujud di kalangan setiap anggota organisasi -Setiap orang diberikan kebebasan untuk menggunakan kreativitinya, kemampuanya, kepakaranya, kehandalannya, kelebihanya untuk menghasilkan kerja dengan cara tersendiri -Sentiasa wujud suasana mesra antara ahli kumpulan -Masing-masing bangga dengan hasil kerja pasukan, bangga dengan pencapaian organisasi

3. Antara kemahiran utama dan kualiti dan keperluan kemahiran berfikir seraca kritis adalah rasionaliti,kesedaran diri,kejujuran dan disiplin. Rasionaliti menekankan supaya ahli kumpulan untuk bergantung lebih kepada sebab daripada emosi. Kesedaran diri membantu ahli kumpulan menyedari dan memotivasikan mereka daripada sikap prejudis. Apabila ahli kumpulan menyedari tindakan mereka,mereka dapat mengawal negativiti tindakan ahli kumpulan. Disiplin diri juga amat penting untuk mengawal percakapan dan pemikiran demi mengelakkan ahli kumpulan daripada mengawal emosi dan membuat pilihan pramatang.

4. (i) Saiz kumpulan yang sesuai: Agak sukar mengawal kumpulan yang terlalu besar kerana boleh memberikan kesan terhadap proses - proses interaksi yang berlaku. Maka, saiz kumpulan yang sederhana dalam jumlah 5 hingga 7 orang adalah sesuai dan biasanya merupakan jumlah yang memadai bagi proses interaksi yang baik. (ii) Tingkat interaksi: Kekerapan interaksi membantu meningkatkan persefahaman yang lebih tinggi dalam kalangan ahli kumpulan. (iii)Peranan ahli: Setiap ahli kumpulan yang memainkan peranan dan melaksanakan amanah yang mereka terima memberikan nilai yang sangat penting. Kejayaan peranan yang mereka mainkan menyumbang kepada kejayaan menyeluruh operasi kumpulan. (iv) Kesepakatan: Apabila menghadapi kebuntuan untuk membuat keputusan tentang sesuatu perkara, setiap ahli kumpulan tetap berusaha mencapai kata sepakat yang boleh diterima semua dan akur bagi kebaikan kumpulan. (v) Faham matlamat yang perlu dicapai: Apabila ahli kumpulan dapat memahami dan meyakini sesuatu matlamat, maka mudahlah membina kesepakatan dan seterusnya mengekalkan sinergi dalam kumpulan. Kualiti kerjasama ahli akan lebih terserlah dengan pemahaman yang jitu tentang matlamat yang perlu dicapai.