Keunikan Adat Perpatih

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
Rocket clouds
Keunikan Adat Perpatih by Mind Map: Keunikan Adat Perpatih

1. Perkahwinan

1.1. - tidak digalakkan sesama suku kerana dianggap sebagai sebuah keluarga besar dan bersaudara

1.2. - di luar suku digalakkan bagi mewujudkan hubungan persaudaraan antara suku

1.3. - yang berkahwin sesama suku:

1.3.1. wanita: hilang hak mewarisi pusaka

1.3.2. lelaki: hilang hak untuk menyandang jawatan dalam adat

1.4. - lelaki yang telah berkahwin akan menjadi anggota suku isterinya dan digelar "orang semenda" (orang mendatang)

2. Jurai Keturunan Sebelah Ibu

2.1. - keturunan dikira melalui nasab ibu

2.1.1. - kaum perempuan dianggap ibu Soko, iaitu ibu yang melahirkan anggota masyarakat (bonda kandung)

2.1.2. - setiap anak merupakan anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya

2.1.3. - anggota suku dianggap sedarah kerana berasal daripada moyang perempuan yang sama sebelah ibu

3. Upacara Kedim

3.1. - dua sebab seseorang itu boleh menjadi ahli sesuatu suku:

3.1.1. - orang luar yang bukan daripada kalangan masyarakat Adat Perpatih tetapi ingin menjadi ahli sesuatu suku atas sebab-sebab perkahwinan

3.1.2. - seseorang yang ingin menukar sukunya kepada suku lain atas sebab mahu berkahwin dengan seseorang dalam suku asalnya atau untuk kepentingan pembahagian harta pusaka

3.2. - upacara di mana seseorang diterima masuk menjadi ahli sesuatu suku dalam masyarakat Adat Perpatih

3.3. - upacara kedim bermula dengan Buapak dan Dato' Lembaga mengisytiharkan kepada anak-anak buah perut dan suku yang hadir

3.4. - upacara kedim diikuti dengan acara bercicah darah iaitu semua yang terbabit dalam upacara itu memasukkan jari ke dalam bekas yang berisi darah kambing, lembu atau kerbau yang disembelih sebelum upacara bermula dan berakhir dengan doa selamat

4. Pelaksanaan hukuman

4.1. - bersifat pemulihan dengan memberikan pertimbangan terhadap pesalah ke arah kebaikan

4.2. - mengutamakan perasaan dan kepentingan pesalah

4.3. - sekiranya berlaku kesalahan kecil boleh diselesaikan dengan saling bermaafan / denda yang ringan

4.4. - setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu rasional / mempunyai sebab-sebab terjadinya hukum atau adat tersebut

5. Wanita Mewarisi Pusaka

5.1. - wanita akan mewarisi harta pusaka (tanah & rumah) supaya wanita tidak terabai

5.2. - hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat)

5.3. - diwarisi secara turun menurun daripada ibu kepada anak perempuan