PROSES PEMBELAJARAN

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
Rocket clouds
PROSES PEMBELAJARAN by Mind Map: PROSES PEMBELAJARAN

1. MODEL KOLB (David A. Kolb)

1.1. The Experiential Learning Cycle

1.1.1. Melibatkan satu peristiwa yang berlaku secara langsung dengan persekitaran sekeliling

1.1.2. Merupakan pendidikan yang boleh diperolehi secara terus melalui pengalaman hidup dan pengalaman pertama individu tersebut

1.1.3. Merupakan model pembelajaran yang holistik dalam proses pembelajaran

1.1.4. Direka bentuk untuk mecipta suatu interaksi sosial yang positif

1.1.5. Dapat membantu pelajar yang bermasalah memilih gaya yang berkesan untuk mendapat pencapaian terbaik dalam akademik.

1.2. 4 Gaya Pembelajaran

1.2.1. Pengalaman konkrit

1.2.1.1. Pelajar memperoleh maklumat dengan pengalaman langsung dan terlibat dengan pengalaman baru.

1.2.1.1.1. Pelajar perlu berfikiran terbuka dan melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran

1.2.2. Pemerhatian reflektif

1.2.2.1. Pelajar menjadi pemerhati yang objektif yang memerlukan kemahiran mendengar, memerhati dan menyedari perubahan yang penting.

1.2.3. Konseptual abstrak

1.2.3.1. Melibatkan pemahaman secara konsep dan prinsip.

1.2.3.1.1. Pelajar meyusun maklumat daripada konsep atau teori kepada logik

1.2.4. Eksperimentasi aktif

1.2.4.1. Pelajar terlibat secara langsung dengan persekitaran dan bantu untuk mereka menghasilkan keputusan.

1.3. 4 Proses Dimensi

1.3.1. Diverger

1.3.1.1. Pengalaman konkrit + Pemerhatian reflektif

1.3.1.1.1. Cenderung kpd penggunaan maklumat deria & perasaan

1.3.2. Asimilator

1.3.2.1. Pemerhatian reflektif + Konseptual abstrak

1.3.2.1.1. Berbentuk teori pemikiran abstrak

1.3.3. Konverger

1.3.3.1. Konseptual abstrak + Eksperimentasi aktif

1.3.3.1.1. Cenderung peroleh kefahaman yg baik terhadap idea yang praktikal berdasarkan pemerhatian

1.3.4. Akomodator

1.3.4.1. Eksperimentasi aktif + Pengalaman konkrit

1.3.4.1.1. Pelajar melakukan kaedah cuba jaya dalam menyelesaikan masalah

1.4. 4 Jenis Gaya Pembelajaran

1.4.1. Konkrit & Refleksi

1.4.1.1. Bentuk soalan: Kenapa?

1.4.1.1.1. Pelajar beri tindak balas yg baik dengan apa yg disampaikan.

1.4.2. Abstrak & Refleksi

1.4.2.1. Bentuk soalan: Apa?

1.4.2.1.1. Pelajar bertindak balas secara optimum terhadap P&P.

1.4.3. Abstrak & Aktif

1.4.3.1. Bentuk soalan: Bagaimana?

1.4.3.1.1. Pelajar sentiasa beri kerjasama dan berusaha utk menyelesaikan masalah.

1.4.4. Konkrit & Aktif

1.4.4.1. Bnetuk soalan: Bagaimana jika?

1.4.4.1.1. Pelajar lebih suka mengaplikasikan maklumat dalam situasi yg baru.

2. MODEL GAGNE (Robert Mills Gagne)

2.1. Pembelajaran Penguasaan (Mastery)

2.1.1. Merupakan suatu pendekatan yang berstruktur tentang konsep pembelejaran supaya pembelajaran saintifik dapat dicapai.

2.1.2. Pembelajaran kanak-kanak mengikut kadarnya (kemampuan).

2.1.3. Tindakan penggayaan & pemulihan perlu dijadikan sebagai proses P&P

2.2. Pembelajaran Hierarki

2.2.1. Mengenalpasti 8 peringkat pembelajaran

2.2.2. Pembelajaran Isyarat

2.2.3. Pembelajaran Gerak Balas

2.2.4. Pembelajaran Rangkaian Motor

2.2.5. Pembelajaran Pertalian Bahasa

2.2.6. Pembelajaran Diskriminasi

2.2.7. Pembelajaran Konsep

2.2.8. Pembelajaran Hukum

2.2.9. Pembelajaran Penyelesaian Masalah

3. MODEL RACE (Phil Race)

3.1. Terdapat 4 elemen proses pembelajaran

3.2. 1. Keinginan-Motivasi dalaman yang membuat seseorang itu mempelajari sesuatu. Contohnya, Susilani akan berasa gembira dan semangat apabila dirinya mampu memahami subjek yang diajar oleh pensyarah. Oleh yang demikian, dia belajar bersungguh-sungguh dalam subjek yang diambilnya untuk semester ini.

3.2.1. 2. Amalan/Melakukan-Mempertikaikan, mencuba dan belajar daripada kesilapan. Contohnya, Ahmad tidak lagi datang ke kelas lewat setelah dimarahi oleh pensyarahnya.

3.2.1.1. 3. Maklum Balas-Melihat pada keputusan dan reaksi orang. Contohnya, Nik tidak datang ke kelas lewat apabila dia melihat rakannya yang lain dimarahi oleh guru mereka.

3.2.1.1.1. 4. Penyerapan untuk boleh-Mengambil apa yang dipelajari, difahami dan ditaksir dan diterima pakai. Contohnya, Amin meminta pendapat daripada beberapa orang kawannya mengenai masalah yang dihadapi dan melakukan tindakan yang dia rasakan boleh diterima pakai untuk masalahnya.

3.3. Kelebihan Model Race

3.3.1. Penting dalam membantu seseorang mempelajari sesuatu perkara hasil daripada pengalaman masa lalunya.

3.3.1.1. Melancarkan proses pembelajaran sedia ada.

3.3.1.1.1. Dapat mempelajari seseorang secara menyeluruh.

3.3.2. Melancarkan proses pembelajaran sedia ada

3.3.3. Dapat mempelajari seseorang secara menyeluruh