Bab 7 Kenegaraan Malaysia: Penubuhan Malaysia

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
Bab 7 Kenegaraan Malaysia: Penubuhan Malaysia by Mind Map: Bab 7 Kenegaraan Malaysia: Penubuhan Malaysia

1. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)

1.1. Ditubuhkan oleh Donald Stephen pada 23 Julai 1961.

1.2. Fungsi: Mendapatkan persetujuan pemimpin Singapura, Sabah dan Sarawak serta menerangkan penubuhan Malaysia kepada tokoh Singapura, Sabah, Sarawak serta Brunei dengan berkesan.

1.3. Brunei tidak hantar wakil kerana kesuntukan masa dan menyatakan tidak berminat untuk menyertai Malaysia.

1.4. Membentuk memorandum persetujuan setelah empat kali pertemuan.

1.5. Tunku Abdul Rahman dan Lee Kuan Yew telah bersetuju dengan dasarnya untuk mencantumkan Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura dan mendapat sokongan majoriti ahli dewan.

1.6. Jawatankuasa Suruhanjaya dibentuk bagi mendengar dan mengumpul pandangan serta pendapat rakyat tentang rancangan Melayu Raya.

2. Suruhanjaya Cobbold

2.1. Ditubuhkan bagi mendapatkan cadangan bagi penubuhan Malaysia serta memastikan pandangan rakyat Borneo Utara dan Sarawak mengenai penubuhan Malaysia dan membuat cadangan berasaskan kepada syor yang telah diberikan.

2.2. Kertas Putih yang telah disiarkan terlebih dahulu telah membantu pemahaman rakyat umum mengenai penubuhan Malaysia.

2.3. Hasil Siasatan: 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak sokong, 1/3 sokong dengan pelbagai syarat dan jaminan, 1/3 sekelompok mahu merdeka dahulu dan kelompok kedua kekalkan pemerintahan British untuk beberapa tahun.

3. Jawatankuasa Antara Kerajaan

3.1. Merangka syarat-syarat pembentukan sebuah negara persekutuan secara terperinci.

3.2. Objektif utama adalah merangka dan meneliti Perlembagaan terutama yang berkaitan dengan hak dan kepentingan penduduk dari Borneo.

3.3. Menjadi asas kepada pembentukan perlembagaan negeri Borneo Utara dan Sarawak serta menjadi asas kepada Perjanjian Malaysia yang ditandatangani di London pada 9 Julai 1963.

4. Referendum di Singapura

4.1. Pilihan Pertama: Bercantum dengan syarat yang telah dipersetujui oleh kerajaan pada November 1961.

4.2. Pilihan Kedua: Bercantum dengan tidak bersyarat seperti sebelas buah negeri Melayu dalam persekutuan.

4.3. Pilihan Ketiga: Bercantum dengan syarat yang tidak kurang dari yang diberikan kepada wilayah Borneo.

5. Perundingan dengan Brunei

5.1. Perjumpaan Suruhanjaya Penyiasat kurang mendapat sambutan.

5.2. Sultan Brunei tidak membuat keputusan untuk menyertai Malaysia.

5.2.1. Beranggapan membuat keputusan setuju untuk menyertai Malaysia dalam masa 48 jam adalah satu ultimatum.

5.2.2. Tidak akan menghadiri mana-mana perjumpaan berkaitan melainkan mendapat jaminan mengenai hak dan masa depan Brunei terlebih dahulu.

5.3. A.M. Azahari melancarkan pemberontakan namun berjaya dikalahkan oleh pihak kerajaan dengan bantuan tentera British.

6. Perjanjian dan Pengisytiharan Malaysia

6.1. Perjanjian Penubuhan Malaysia ditandatangani pada 9 Julai 1963 di Malborough House London.

6.2. Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan Akta Malaysia untuk pindaan perlembagaan pada 26 Ogos untuk diguna pakai pada 31 Ogos 1963.

6.3. Penubuhan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963 serentak di seluruh negara ( Kuala Lumpur, Singapura, Kuching dan Jesselton).

7. Reaksi terhadap penubuhan Malaysia

7.1. Dalam negeri.

7.1.1. Parti Rakyat melihat gabungan ini merugikan dan mahukan gabungan yang lebih besar (konsep Melayu Raya).

7.1.2. PAS melihat percantuman Malaysia merugikan orang Melayu dan memilih konsep gabungan yang lebih besar (Maphilindo).

7.2. Dalam antarabangsa.

7.2.1. Australia sokong.

7.2.2. Britain dan Amerika tidak menyatakan secara terbuka untuk mengelakkan dakwaan bahawa penubuhan Malaysia merupakan rancangan pihak kolonial dan berbentuk " neo-kolonialisme".

7.3. Konfrontasi Malaysia-Indonesia.

7.3.1. Indonesia bersikap tidak senang dan mendakwa rakyat Borneo secara geografi sebenarnya lebih rapat dengan Indonesia.

7.3.2. Pengisytiharan oleh Dr. Subandrio terhadap dasar konfrontasi menentang Malaysia dilakukan kerana Malaysia merupakan 'pengikut setia' kepada neo-kolonialisme dan neo-imperialisme.

7.3.3. Presiden Sukarno cemburu dengan kejayaan ekonomi Tanah Melayu dan tidak mahu melihat pengaruh kejayaan tersebut terus meningkat dan mahu ingin menguasai Tanah Melayu serta menjadikannya sebagai sebahagian daripada Indonesia Malaysia Raya.

7.3.4. Indonesia menjalankan kempen "Ganyang Malaysia" yang mengancam keselamatan penduduk Tanah Melayu dan Singapura.

7.4. Konfrontasi Malaysia dengan Filipina.

7.4.1. Filipina dakwa Sabah adalah sebahagian daripada wilayah Kesultanan Sulu.

7.4.2. Wilayah Sabah sebenarnya telah diserahkan secara pajakan oleh Sultan Jamal ul-Azam (Sultan Sulu) dengan Baron de Over Beck dalam satu perjanjian yang diadakan pada 22 Januari 1878.

7.4.3. Pihak BNBC tidak mampu untuk memulihkan ekonomi wilayah tersebut dan serah haknya kepada British.

7.4.4. Presiden Diosdado Marcapagal (Indonesia) mula membangkitkan soal tuntutan.

8. Penamatan konfrontasi

8.1. Kerajaan Malaysia menggunakan pendekatan diplomatik untuk menyelesaikan masalah dengan Indonesia dan Filipina. Persidangan Manila, usaha penyatuan wilayah dan usaha damai juga gagal dijalankan.

8.2. Satu peristiwa cubaan rampasan kuasa yang dicetuskan oleh Gerakan 30 di Indonesia digagalkan oleh pihak Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang anti-komunis. Sukarno juga turut didakwa sebagai dalang terhadap dasar konfrontasi Indonesia ke atas Malaysia.

8.3. Pada 11 Ogos 1966, Perjanjian Pemulihan Persahabatan telah dimeterai di Bangkok untuk membaiki hubungan Malaysia dengan Indonesia.

9. Pemisahan Singapura

9.1. Tunku Abdul Rahman bimbangkan soal imbangan kaum akan membawa kepada gejala perpecahan politik antara orang Melayu dan Cina. Pemimpin PAP di Singapura menuntut hak yang sama bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

9.2. Isu di atas menimbulkan kemarahan dalam kalangan pemimpin UMNO dan orang Melayu di mana kaum Melayu wajar diberikan perlindungan bagi mengimbangi kedudukan ekonomi dan sosial mereka berbanding dengan kaum Cina akibat daripada dasar penjajah.

9.3. Tunku Abdul Rahman kecewa dengan sikap perkauman yang ditunjukkan oleh Lee Kuan Yew dan Tunku menyingkirkan Singapura dari Persekutuan Malaysia atas isu keselamatan negara.

10. Kesimpulan

10.1. Gagasan Malaysia merupakan satu inisiatif pasca kolonial yang berasaskan kepada keinginan untuk hidup bersama dalam satu entiti politik bagi mencapai kemerdekaan kemajuan bersama.

10.2. Teras dalam penubuhan Malaysia ialah perundingan, tolak ansur dan perpaduan oleh semua pihak yang terlibat.

11. Pengenalan

11.1. Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah menyebabkan Tanah Melayu menuju ke arah berkerajaan sendiri.

11.2. Penggabungan wilayah Singapura, Sabah dan Sarawak dengan Persekutuan Tanah Melayu telah berjaya membentuk kerajaan federalisme.

12. Latar belakang

12.1. Gagasan penyatuan wilayah di Alam Melayu menjadi impian bagi pemimpin-pemimpin pada zaman awal kerajaan-kerajaan Melayu di Nusantara.

12.2. Konsep penggabungan bangsa idaman terus diperjuangkan oleh lebih ramai tokoh nasionalis Alam Melayu dengan matlamat untuk bergabung menjadi sebuah negara besar di Nusantara.

12.3. Namun, penggabungan tersebut terpecah setelah runtuhnya Kerajaan Melayu Melaka pada tangan Portugis. Malaysia dan Indonesia terpecah dua akibat Perjanjian British-Belanda tahun 1824.

12.4. Sabah menjadi unit politik tersendiri bawah naungan British dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Sarawak dikuasai Raja Brooke yang berkuasa dalam hal ehwal dalaman dan menerima nasihat Inggeris dalam hal ehwal luar negara.

12.5. Cadangan percantuman meliputi Brirish Malayan dan wilayah Borneo dianggap oleh pihak Pejabat Jajahan sebbagai terlalu awal kerana Tanah Melayu masih sibuk dengan persoalan pembentukan perlembagaan menjelang kemerdekaan serta Sabah dan Sarawak perlu masa lama untuk mencapai kemajuan politik, ekonomi dan pendidikan.

12.6. Idea penggabungan Singapura dengan Tanah Melayu disifatkan oleh Tunku Abdul Rahman sebagai ultras dengan sebab untuk menolak sebarang keadaan yang akan membolehkan masyarakat Cina di Tanah Melayu menjadi semakin kuat.

13. Situasi sebelum percantuman

13.1. Pada tahun 1960, peningkatan masalah ekonomi berlaku di Singapura yang disebabkan oleh peningkatan populasi penduduk yang mendadak dan penggabungan Singapura dengan Malaysia dilihat akan berjaya mengalihkan perhatian perdagangan Borneo Utara yang sebelum ini tertumpu kepada Hong Kong ke Singapura.

13.2. Masalah soal kekurangan tenaga buruh menjadi masalah utama untuk meningkatkan pengeluaran.

13.2.1. Kesedaran politik di wilayah Borneo lebih lambat berkembang.

13.2.2. Soal ancaman komunis membimbangkan di Sarawak dan dibimbangi oleh British.

13.3. Sultan Brunei menandatangani perjanjian baharu dengan British di mana British berhak mengawal hal ehwal luar dan pertahanan serta perkara yang berkaitan dengan keselamatan dalaman negara Brunei.

13.3.1. Pesuruhjaya Tinggi British diberikan kuasa untuk menentukan sesuatu pelantikan jawatan tertinggi dalam kerajaan Brunei.

13.3.2. Sultan Brunei menerima nasihat daripada Pesuruhjaya Tinggi British dalam kebanyakan hal ehwal pentadbiran.

13.3.3. Pegawai yang dihantar kurang cekap dan sebahagiannya juga menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan rakyat Brunei.

13.3.4. Sheikh A.M. Azahari mengadakan satu kongres yang bersetuju dengan cadangan penyatuan Borneo dan diikuti oleh persekutuan seluruh Malaya yang juga meliputi negara Indonesia.

14. Faktor yang mendorong percantuman

14.1. Mewujudkan kestabilan politik di Asia Tenggara.

14.1.1. Tunku Abdul Rahman mencadangkan Borneo perlu muncul sebagai satu negeri dalam federasi, baru dapat wujudkan federasi yang lebih besar (memasukkan Singapura).

14.1.2. Perbezaan politik Singapura dengan Tanah Melayu tidak memungkinkan penyatuan kerana Tanah Melayu merupakan kerajaan anti-komunis.

14.2. Mencapai kemerdekaan penuh dengan lebih cepat.

14.2.1. Lee Kuan Yew berpendapat bahawa percantuman Singapura dengan Kuala Lumpur akan mampu menumpulkan pengaruh Barisan Sosialis yang menjadi saingan utama kepada PAP.

14.3. Mengawal keselamatan Singapura dan demi kepentingan ekonomi bersama.

14.3.1. Lee Kuan Yew dan Tunku Abdul Rahman bersetuju bahawa ancaman komunis akan mendatangkan kesan buruk kepada Malaysia jika tiada langkah drastik diambil di Singapura dalam membendung komunis.

14.3.2. Bagi mengimbangi nisbah penduduk Melayu dengan bukan Melayu, mengikut Tunku Abdul Rahman, Sabah dan Sarawak perlu dimasukkan ke dalam penubuhan Malaysia.

14.3.2.1. Malaysia mengamalkan dasar negara luar yang menolong negara yang sedang dijajah untuk mencapai kemerdekaan.

14.4. Memajukan wilayah mundur

14.4.1. Gabungan wilayah Borneo dengan Tanah Melayu memajukan wilayah yang masih mundur dan menghadapi masalah kekurangan buruh yang serius dalam sektor pertanian dan perladangan.

14.5. Mempunyai kesedaran politik dan ingin membebaskan negeri masing-masing dari penjajahan British.

14.5.1. Banyak tentangan dilakukan seperti menyatakan gagasan Malaysia sebagai satu bentuk neo-kolonialisme.

14.6. Mempercepatkan kemerdekaan Singapura.

14.6.1. Kerajaan Singapura mengeluarkan Kertas Putih (persetujuan terhadap penggabungan dengan Malaysia.

15. Usaha ke arah penubuhan

15.1. Melalui persidangan atau perjumpaan.

15.1.1. Persidangan Parlimen Komanwel Julai 1961.

15.1.1.1. Menerangkan tujuan penubuhan Malaysia.

15.1.2. Ghazali Shafie mengadakan perbicangan dengan tokoh dari Singapura, Sabah dan Sarawak.

15.1.2.1. Menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia.

15.2. `Mengadakan lawatan.

15.2.1. Jun 1961, Tunku Abdul Rahman melawat Sarawak dan Borneo Utara.

15.2.1.1. Bertujuan memberi penjelasan bahawa penubuhan Malaysia bukan untuk membesarkan wilayah Tanah Melayu dan menambahkan penguasaan orang Melayu terhadap Malaysia.