Get Started. It's Free
or sign up with your email address
Kuasa Ejen by Mind Map: Kuasa Ejen

1. -Ejen mestilah bertindak dlm bidang kuasa yg telah ditetapkan oleh prinsipal. -Tindakan ejen mengikut bidang kuasa akan mengikat prinsipal bertanggungan atas perbuatan ejen. -Sekiranya ejen bertindak di luar bidang kuasa, prinsipal tidak akan bertanggungan melainkan jika tindakan ejen tersebut disahkan dan diterima oleh prinsipal.

1.1. S.140 AK Takrif kuasa nyata dan tersirat. -kuasa nyata: diberi secara lisan @ bertulis -kuasa t’sirat: kesimpulan yg diambil m’ikut keadaan sesuatu kes spt kata2 @ dokumen bertulis selain dpr kontrak ejensi @ p’jalanan biasa urusan suatu p’niagaan ejensi itu.

2. KUASA SEBENAR ( actual authority)

2.1. kuasa yg diberikan secara nyata oleh prinsipal secara kata2 lisan @ dokumen bertulis Kebiasaannya ditulis secara jelas dlm perjanjian ejensi @ dimaklumkan kpd ejen secara lisan oleh prinsipal.

2.2. Secara amnya, prinsipal akan bertanggungan atas segala perbuatan ejen yg dikategorikan sebagai kuasa sebenar. Contoh: Prinsipal arahkan ejen jual rumah prinsipal di Kedah dgn harga RM 80,000. Kuasa sebenar ejen adalah m’jual rumah t’sebut pada harga yg telah ditetapkan. (Tidak boleh kurang / lebih)

2.3. Situasi2 kuasa sebenar dlm keadaan tersirat:

2.3.1. 1) Kuasa nyata yg diberikan oleh prinsipal termasuklah semua kuasa yg munasabah utk laksanakan tugas ejensinya. Cth: prinsipal melantik ejen utk jual lori + serahkan lori utk disimpan oleh ejen. -kuasa nyata ejen boleh disiratkan bhw ejen berhak membenarkan bakal pembeli memandu uji lori tersebut sebelum buat keputusan utk m’beli.

2.3.2. 2) Merujuk kpd keadaan2 tertentu Cth: Prinsipal melantik ejen utk m’buka kedai perabot di T’ganu dgn harga RM 300,000. Kuasa nyata ejen boleh disiratkan bhw ejen boleh m’beli mana2 kedai perabot yg ada di T’ganu dgn harga yg sama dgn RM 300,00. Prinsipal lantik ejen utk m’beli kapas dr India dgn harga RM 10 sekilogram utk dijualkannya kpd pemborong di Malaysia. Kuasa nyata ejen boleh disiratkan bhw ejen boleh mendapatkan bekalan kapas dr mana2 penjual kapas di India yg menawarkan harga sekilogram kapas bersamaan dgn RM 10.

2.3.3. 3)Kelaziman @ adat resam p’niagaan cth: -Prinsipal melantik ejen utk menyempurnakan satu lelongan hartanah (kuasa nyata). Kuasa nyata ejen boleh disiratkan iaitu ejen m’punyai kuasa tersirat utk mengeluarkan notis lelongan di dalam surat khabar, menampalkan iklan di pejabat daerah dan balai raya serta m’hubungi pembeli2 yg berminat. - keluarkan notis, tampal iklan, hubungi pembeli etc adalah kelaziman @ adat resam dalam transaksi lelongan.

2.3.4. 4) Situasi @ kelakuan pihak2. Cth: Prinsipal upah ejen utk memasang pagar besi berjaring halus. Oleh krn jaring halus telah kehabisan stok, ejen menggunakan jaring kasar utk pagar t’sebut. Prinsipal tidak m’pertikaikannya. Ini menunjukkan ejen m’punyai kuasa t’sirat utk menukar jaring pagar besi itu.

3. KUASA ZAHIR (apparent authority)

3.1. Tidak diberi secara nyata oleh prinsipal kepada ejen tetapi pada anggapan undang2 ejen mepunyai kuasa tersebut. Pihak ketiga yang berurusan dengan ejen berhak menandaikan bahawa ejen mempunyai kuasa tersebut walaupun pada hakikatnya ejen tidak mepunyai kuasa tersebut. Prinsipal juga bertanggungan atas tindakan ejen yang dikategorikan sebagai kuasa zahir.

3.2. CTH: Ali adalah pengarah urusan Syarikat A Kuasanya telah dihadkan oleh Lembaga Pengarah utk kendalikan urusan syarikat setakat RM 3 juta shj. Ali berurusan dgn Sykt B dan pesanan brg yg dibuat oleh Ali melebihi RM 3 juta, adalah munasabah bg Sykt B yg tidak mengetahui had kuasa Ali utk mengandaikan bhw Ali sbg seorg pengarah urusan mempunyai kuasa pembelian sejumlah itu. Perbuatan Ali tergolong dlm kuasa zahir.

3.3. 2 SITUASI WUJUDNYA KUASA ZAHIR

3.3.1. 1. Apabila prinsipal melalui kata2 @ perbuatannya m’biarkan P3 percaya bhw ejen m’punyai kuasa utk b’tindak bg pihaknya. S.190 AK Kes: Chew Hock San & YL lwn Connaught Housing Development Sdn. Bhd. Mahkamah: Kuasa zahir tidak wujud sekiranya ejen bertindak tanpa pengetahuan prinsipal dan prinsipal tidak pernah memberi kebenaran utk b’tindak sedemikian. 2)Apabila ejen yg m’punyai kuasa utk b’tindak sblm ini, melakukan suatu p’kara bg pihak prinsipal, tetapi kuasa tersebut telah ditamatkan oleh prinsipal tanpa pengtahuan P3.