PIAGAM MADINAH

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
PIAGAM MADINAH by Mind Map: PIAGAM MADINAH

1. Maksud

1.1. - Merupakan undang-undang tertinggi di Madinah - Al-Quran menjadi satu tatacara pemerintahan di kota Madinah

1.2. - Dikenali sebagai perjanjian Madinah, Dusta al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah.

2. Aspek

2.1. - Pengakuan Rasulullah sebagai Ketua Negara.

2.2. - Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Umnah

2.3. - Semua penduduk hendaklah bersatu-padu dan bertanggungjawab dalam mempertahankan agama.

2.4. - Wahyu sebagai sumber piagam sebagai satu tradisi

2.5. - Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi perlembagaan tersebut

3. Kepentingan

3.1. - Penerimaan Rasulullah SAW sebagai Ketua Negara Madinah telah menaikkan kedudukan baginda sebagai pemimpin dalam sebuah negara.

3.2. - Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak bertentang dengan agama islam.

3.3. - Orang-orang islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman.

3.4. - Piagam Madinah telah menyatupadukan dan mendamaikan antara suku bangsa Arab di Madinah yang sentiasa bertelagah

3.5. - Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk.

3.6. - Mengiktiraf kewujudan Islam sebagai satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah.

3.7. - Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin.

4. Definisi dan Kesimpulan

4.1. - Piagam Madinah bersifat perkembangan sebenar berbanding dengan tatacara pemerintahan kerajaan purba Greek, China dan India.

4.2. - Piagam Madinah merupakan Piagam bertulis pertama di dunia.

4.3. - Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam yang pertama di Dunia di Madinah yang menjadi Induk Empayar Islam selepasnya, yang memerintah selama tujuh abad.

4.4. - Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana-mana piagam Islam yang baru.

5. Kandungan

5.1. - Piagam Madinah ini mengandungi 47 fasal, dimana 23 fasal ialah berkaitan hubungan islam dengan islam seperti Ansar dan Muhajirin manakala 24 fasal ialah hubungan baik islam dengan bukan Islam iaitu Yahudi.

6. Prinsip

6.1. - Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara

6.2. - Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara

6.3. - Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah

6.4. - Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara.

6.5. Dasar hubungan baik dan saling membantu antara semua warganegara.

6.6. - Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah dicatatkan.

6.7. - Kebebasan beragama

6.8. Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam

6.9. - Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.

7. Pembuat dan Penulis

7.1. - Nabi Muhammad SAW

8. Tempoh Pembuatan

8.1. - Telah dibuat pada 622M bersamaan tahun pertama hijrah

8.2. - Merupakan perkembangan bertulis pertama.