UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA by Mind Map: UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

1. Agama Islam

1.1. Islam telah menjadi agama orang Melayu sejak 500 tahun dahulu.

1.2. Islam merupakan identiti yang mencorakkan budaya, pemikiran dan sistem hidup orang Melayu.

1.3. Islam merupakan agama bagi Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

2. Kedudukan Istimewa Orang-orang Melayu

2.1. Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan tanggungjawab ke atas YDPA untuk memelihara hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.

2.2. Bertujuan untuk mengiktiraf kedudukan orang Melayu sebagai penduduk asal dan meletakkan mereka setanding dengan kaum lain.

2.3. Walaubagaimanapun, hak kewarganegaraan penduduk bukan Melayu dan bumiputera, kebebasan menganut agama turut diseimbangkan.

3. Bahasa Melayu

3.1. Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa perantaraan di Tanah Melayu dan Asia Tenggara.

3.2. Penggunaan bahasa Melayu mula terhakis dengan kehadiran British dan dinaik taraf selepas kemerdekaan dicapai.

3.3. Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia adalah peruntukan berkaitan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

3.4. Penggunaan bahasa melayu dapat menjalinkan interaksi terbuka dan mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

4. Pemerintahan Beraja

4.1. Sultan atau Raja-raja Melayu merupakan tonggak politik dan kedaulatan kuasa melayu.

4.2. Perkara 153 Perlembagaan Malaysia menetapkan Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Malaysia.

4.2.1. Yang Di-Pertuan Agong

4.2.1.1. Lambang Perpaduan

4.2.1.2. Ketua Agama Islam

4.2.1.3. Kuasa tertinggi dan bertanggungjawab terhadap kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera

4.2.1.4. Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan

4.3. Perlembagaan Persekutuan menetapkan bentuk pemerintahan negara adalah secara demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

5. Unsur tradisi yang terdapat dalam perlembagaan melambangkan identiti negara yang berdaulat serta berperanan untuk menstabilkan politik negara.

6. Terdapat empat unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia:

6.1. 1. Pemerintahan Beraja

6.2. 2. Agama Islam

6.3. 3. Bahasa Melayu

6.4. 4. Kedudukan Istimewa Orang-orang Melayu

7. Unsur-unsur ini telah lama wujud sebelum perlembagaan diisytiharkan pada tahun 1957.