DASAR-DASAR KERAJAAN MALAYSIA

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
DASAR-DASAR KERAJAAN MALAYSIA by Mind Map: DASAR-DASAR KERAJAAN MALAYSIA

1. DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM PENTADBIRAN

1.1. OBJEKTIF

1.1.1. Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.

1.1.2. Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.

1.1.3. Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain.

1.2. STRATEGI

1.2.1. Perkhidmatan awam sebagai jentera yang melaksanakan pelbagai program dan projek bagi faedah rakyat dan negara perlu meningkatkan prestasinya dari semasa ke semasa.

1.2.2. Penerangan dan penjelasan dasar ini, teladan pegawai-pegawai kanan, dan pujukan.

2. DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

2.1. OBJEKTIF

2.1.1. mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.

2.1.2. memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan.

2.1.3. memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan perkembangan sosioekonomi.

2.2. PRINSIP

2.2.1. penerimaan unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar.

2.2.2. berteraskan kepada kebudayaan rakyat dan asal rantau.

2.2.3. islam menjadi unsur utama dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

3. DASAR RUKUN NEGARA

3.1. Bahagian yang pertama menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk : - Memelihara satu cara hidup demokratik. - Mencapai perpaduan yang lebih erat - dalam kalangan lseluruh masyarakat. - Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. -Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai- bagai corak.

3.2. Kepercayaan Kepada Tuhan.

3.3. Keprcayaan Kepada Tuhan.

3.4. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

3.5. Keluhuran Perlembagaan.

3.6. Kedaulatan Undang-Undang.

3.7. Kesopanan dan Kesusilaan.

4. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

4.1. STRATEGI

4.1.1. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama

4.1.2. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin.

4.1.3. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.

4.1.4. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.

4.1.5. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.

5. DASAR EKONOMI BARU

5.1. MATLAMAT

5.1.1. Bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.

5.2. STRATEGI

5.2.1. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan kaum antara kawasan bandar dan luarbandar serta wilayah.

5.2.2. Membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

5.2.3. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar.