EMOSI MENURUT PSIKOLOGI BARAT

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
EMOSI MENURUT PSIKOLOGI BARAT by Mind Map: EMOSI MENURUT PSIKOLOGI BARAT

1. TEORI-TEORI EMOSI

1.1. Teori James-Lange

1.1.1. Emosi berlaku sebagai hasil tindak balas fisiologi ke atas sesuatu peristiwa.Sebagai contoh, andaikan anda sedang berjalan di dalam hutan dan anda tersempak dengan seekor beruang besar. Anda mula memggeletar dan jantung mula berdegup pantas. Teori ini mencadangkan bahawa anda akan mentafsir reaksi fizikal anda takut.

1.2. Teori Cannon Bard

1.2.1. Peranan otak dalam menjana tindak balas fisiologi dan perasaan iaitu peranan yang penting dalam penerangan mereka berkaitan pengalaman dan penghasilan emosi .

1.2.2. Penyataaan utama teori ini ialah ekspresi emosi terhasil daripada fungsi struktur hipotalamik manakala perasaan emosi terhasil disebabkan stimulasi talamus.

1.2.3. Teori ini menyatakan bahawa kita akan mengalami perasaan emosi dan reaksi fisiologi seperti berpeluh, menggeletar dan ketegangan otot secara serentak. Contohnya, Saya melihat ular-saya takut-saya mula menggeletar.

1.3. Teori Kognitif

1.3.1. Dikenali sebagai teori dua-faktor. Seperti teori James-Lange, Schachter dan Singer merasakan bahawa rangsangan fizikal memainkan peranan utama dalam emosi.

1.3.2. Walaubagaimanapun, mereka mencadangkan bahawa rangsangan fizikal sahaja tidak akan menyababkan tindak balas emosi.

1.3.3. Teori emosi dua-faktor memberi tumpuan kepada interaksi antara rangsangan fizikal dan cara kognitif melabelkan rangsangan tersebut.