Faktor Kedatangan Kuasa Barat ke negara kita

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
Faktor Kedatangan Kuasa Barat ke negara kita by Mind Map: Faktor Kedatangan Kuasa Barat ke negara kita

1. Kedatangan Kuasa Barat pada Abad Ke-16

1.1. Barangan Mewah

1.1.1. Orang Eropah perlu mendapatkan barangan mewah dari China seperti teh,sutera dan tembikar.

1.1.2. minat untuk mendapat bahana seperti rempah-ratus,minyak,wangi,emas,perak,batu permata,gading dan hasil hutan.

1.2. Pusat Pengumpulan Barang

1.2.1. Syarikat perdagangan tersebut memerlukan pusat pengumpulan bahan mentah tempatan yang terletak di tengah-tengah laluan perdagangan di antara India dan China

1.3. Pelabuhan Persinggahan

1.3.1. Angin Monsun barat daya dan angin monsun timur laut memainkan peranan penting bagi menentukan masa bagi setiap pelayaran.

1.3.2. Memudahkan kapal berlabuh,mengisi bekalan air,makanan dan kemudahan membaiki kapal sebelum belayar ke Canton.

1.4. Agama Kristian

1.4.1. Penjajahan kuasa Barat ke negara kita.

1.4.2. Matlamat penjajahan mereka adalah untuk kekayaan,keagamaan dan kemasyhuran.

2. Kedatangan Kuasa Barat pada Abad Ke-17 & Ke-18

2.1. Revolusi Perindustrian

2.1.1. Revolusi Perindustrian berlaku di Britain sejak abad ke-17

2.1.2. Mereka mencari pusat perdagangan dan menguasai tanah jajahan yang dapat membekalkan bahan-bahan mentah bagi keperluan kilang perusahaan mereka secara berterusan.

2.1.3. Revolusi Perindustrian membolehkan barangan dikeluarkan secara besar-besaran.

3. Kedatangan Kuasa Barat pada Abad Ke-19 & Ke-20

3.1. Perkembangan Industri Kereta

3.1.1. Perusahaan kereta dan ciptaan tayar menambahkan permintaan untuk getah asli.

3.2. Kesuburan Tanah dan Kekayaan Hasil Bumi

3.2.1. Negara kita mempunyai tanah yang luas,subur dan iklim yang sesuai untuk tanaman berorientasikan eksport seperti tanaman getah,tebu.

3.2.2. Kaya dengan hasil bumi seperti bijih timah,bijih besi, emas,petroleum dan arang batu .

3.3. Industri Mengetin

3.3.1. Amerika Syarikat memerlukan penggunaan bijih timah,iaitu industri mengetin makanan,mengetin minuman,membuat bumbung rumah dan tong minyak.

3.3.2. Harga bijih timah melambung tinggi.

3.3.3. Permintaan untuk bijih timah dari negeri-negeri Melayu bertambah dengan pesat .

3.4. Pembukaan Terusan Suez

3.4.1. Pembukaan Terusan Suez yang menghubungkan Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah telah mempercepat urusan perdagangan.

3.4.2. Perdagangan di antara Alam Melayu dan benua Eropah semakin bertambah dengan pembukaan terusan ini.

3.5. Ciptaan Kapal Wap

3.5.1. Dapat membawa muatan yang banyak perjalanannya lebih cepat dan menjimatkan kos.

3.5.2. Penghantaran barang dagangan menjadi semakin mudah dan murah.

3.6. Slogan"Beban Orang Putih"

3.6.1. Dapat membantu dan memberikan kesejahteraan kepada peribumi di wilayah yang dijajah oleh mereka.

3.7. Ciptaan Telegraf

3.7.1. Ciptaan teknologi telegraf membolehkan ahli perniagaan di benua Eropah dan Amerika Syarikat menghubungi ejen atau wakil mereka di Tanah Melayu dengan cepat

3.8. Persaingan Kuasa Barat

3.8.1. Mereka sanggup berperang untuk mendapatkan tanah jajahan.

3.8.2. Kuasa-kuasa Barat menganggap semakin luas tanah jajahan,semakin tinggi sanjungan yang diperoleh kuasa-kuasa Barat itu.