Get Started. It's Free
or sign up with your email address
Insan Moral by Mind Map: Insan Moral

1. definisi

1.1. Konsep insan bermoral adalah suatu gambaran atau potret insan yang baik atau insan yang memiliki sifat-sifat yang mulia dan nilai-nilai murni

1.2. Menurut Aroff (1986), insan yang bermoral merupakan individu yang hanya menerima nilai-nilai murni dan peraturan masyarakat yang diterima secara sejagat.

1.3. Menurut pandangan islam, insan bermoral merupakan individu yang sempurna mengamalkan ketiga-tiga dimensi moral iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral.

1.4. Insan bermoral tidak merujuk kepada aliran pemikiran atau agama tertentu secara khusus tetapi bermaksud suatu fahaman tentang konsep insan yang memiliki ciri-ciri tertentu yang membawa kepada pengiktirafan memiliki keperibadian tinggi dan mulia yang diakui oleh ajaran agama, akal yang sihat dan norma masyarakat tempatan.

2. Ciri-ciri insan bermoral

2.1. 1. Menjaga kebersihan dari segi fizikal atau mental

2.2. 2. Memahami perassan dan dapat menilai pandangan orang lain terhadap sesuatu situasi.

2.3. 3. Menghormati masyarakat sekeliling.

2.4. 4. Murah hati dan sedia membantu orang lain dengan ikhlas

2.5. 5. Memahami serta peka terhadap keperluan orang lain sebelum mengambil tindakan.

2.6. 6. Mempunyai sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

2.7. 7. Menpunyai sikap berterima kasih dan menghargai jasa orang lain.

2.8. 8. Mempunyai pemikiran yang rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan.

2.9. 9. Beradab sopan dalam pergaulan harian.

2.10. 10. Bersikap sederhana dalam membuat pertimbangan tanpa mengabaikan kepentingan diri sendiri dan orang lain.

3. Dimensi moral

3.1. Penaakulan Moral

3.1.1. Prinsip keadilan diutamakan

3.1.2. Alasan yang munasabah

3.1.3. Faktor utama dalam perkembangan moral pelajar

3.1.4. Berasaskan prinsip moral

3.1.5. Pertimbangan secara rasional dan bebas

3.2. Perasaan Moral

3.2.1. Sebagai pembekal tenaga (Samay, 1986)

3.2.2. Mengawal perlakuan

3.2.3. Kehalusan emosi individu

3.2.4. Mewujudkan perlakuan prososial

3.2.5. Memiliki sifat kepedulian

3.2.6. Mendorong kepada tindakan yang bermoral

3.3. Perlakuan Moral

3.3.1. Perlakuan individu terhadap semua keputusan yang ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab.

3.3.2. Hasil daripada penaakulan dan perasaan moral.

4. Prinsip asas kemoralan

4.1. Altruisme

4.1.1. Sesuatu sikap atau perbuatan yang menyenangkan orang lain, memanfaatkan dan prihatin terhadap orang lain.

4.1.2. Altruis ialah orang yang pemurah atau dermawan.

4.1.3. Untuk memperoleh sifat altruism, seorang individu perlu bersifat empati, terbuka dan percaya akan orang lain serta bertoleransi dan boleh menerima orang lain.

4.2. Keadilan (justice)

4.2.1. Keadilan berasal daripada perkataan Latin, justus yang bermaksud 'law/right'

4.2.2. Konsep keadilan melibatkan sebarang perbuatan dan kelakuan yang adil terhadap diri sendiri dan orang lain, tidak merugikan diri dan orang lain serta melayan semua orang dengan cara yang saksama.

4.3. Autonomi (autonomus)

4.3.1. Melibatkan pertimbangan serta kebebasan dalam memilih untuk melakukan sesuatu perbuatan atau sebaliknya.

4.3.2. Berdasarkan kepada dua perkara iaitu kemahuan (yang ingin dibuat) atau paksaan (yang perlu diketepikan).