1.1. Perwatakan fizikal menarik: oberpakaian kemas dan terurus, jaga kebersihan.
1.2. Profesional dan berpengetahuan: oamanah dalam melakukan tanggungjawab yang diberikan oleh pentadbir, dapat menyampaikan pelajaran dengan efektif, sentiasa lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan.
1.3. Kualiti peribadi: osahsiah positif(bersifat optimis), ceria, jadi contoh kepada pelajar.
1.4. Emosi stabil: opandai mengawal emosi dan tekanan semasa mengajar, tidak menjadikan murid sebagai medium untuk lepaskan kemarahan,guru sentiasa sabar dengan kerenah murid ketika menyampaikan pelajaran
1.5. Kualiti sosial: omerendah diri, peramah, jujur, menyumbang kepada peningkatan motivasi murid, guru sentiasa mengambil tahu hal dan masalah murid, mudah didekati oleh pelajar, sentiasa menghulurkan bantuan kepada murid apabila menghadapi masalah (peribadi/sekolah).
2. Etika Guru
2.1. Menumpukan sepenuh perhatian terhadap murid: omurid mendapat layanan dan tumpuan yang sama rata daripada guru tanpa mengira rupa paras, bangsa dan agama.
2.2. Guru membimbing perkembangan murid: oguru persiapkan murid dengan kemahiran tertentu (supaya murid menonjol dan lebih berkeyakinan.
2.3. Guru jadi ‘role-model’ untuk murid: oguru menjadi teladan kepada murid-muridnya
2.4. Guru tidak mengongkong pemikiran murid: oguru hormat dengan pandangan yang diutarakan oleh murid dengan hati yang terbuka, dan memberi respon yang sesuai berdasarkan pandangan yang diberi oleh murid.
3. Perwatakan Guru
3.1. Mudarris:guru yang mengajar / menyampaikan ilmu
3.2. Mu’allim: guru yang mengajar tanpa mengharapkan balasan, sentiasa berusaha menyampaikan ilmu sehingga murid faham.
3.3. Mursyid: guru yang mengajar murid ke arah yang benar, guru yang memiliki perrwatakan yang boleh dicontohi oleh murid (dari segi akhlak, pengetahuan, sikap, dll).
3.4. Muaddib: guru yang membimbing dan membentuk akhlak murid, mengajar tentang nilai murni dan adab sebagai seorang murid dan manusia.
3.5. Murabbi: guru yang mengajar dan membimbing murid serta menyayangi mereka, membimbing murid dari segi sahsiah.