KONSEP,ASPIRASI DAN KEPENTINGAN PENDIDIKAN

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
KONSEP,ASPIRASI DAN KEPENTINGAN PENDIDIKAN by Mind Map: KONSEP,ASPIRASI DAN KEPENTINGAN PENDIDIKAN

1. Pandangan tokoh Islam

1.1. wujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia

1.2. Dr Yusuf Al- Qardawi (1926 sehingga kini)- pendidikan bermula dengan akal dan hatinya, rohani dan jasmaninya, akhlak dan keterampilannnya. Pendidikan akan menyiapkan manusia untuk hidup baik dalam keadaan damai mahupun perang

2. Kepentingan pendidikan

2.1. alat sosialisasi politik bagi membina kesedaran baharu

2.2. mencorakkan pembentukan negara bangsa

2.3. membentuk perpaduan masyarakat

2.4. untuk menyediakan masyarakat dalam menghadapi cabaran kehidupan dan pengubahsuaian demi memberikan sumbangan untuk pembangunan masyarakat itu

3. Aspirasi Pendidikan

3.1. akses kepada kejayaan

3.2. kualiti standard antarabangsa

3.3. ekuiti untuk semua murid

3.4. mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid

3.5. pelaksanaan berkecekapan tinggi

4. Rumusan

4.1. pendidikan membantu dan mendorong individu bertindak dengan cara yang rasional bagi manfaat diri, masyarakat, bangsa dan negaranya

4.2. Pendidikan Barat lebih tertumpu pada pembangunan individu dari aspek kognitif, berbanding dengan agama

4.3. Pendidikan dalam Islam tertumpu pada aspek agama yang berakhir untuk mendapat keredaan Allah

4.4. Konsep aspirasi sistem pendidikan ialah hasrat Kementerian pendidikan Malaysia untuk melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa

4.5. Kepentingan aspirasi sistem pendidikan negara adalah sebagai pencetus kreativiti dan inovasi bagi meningkatkan kualiti hidup

4.5.1. menyumbang kepada penghayatan nilai dan aspirasi serta asas pembentukan negara bangsa yang bersatu-padu

4.6. Aspirasi sistem pendidikan dibina berasaskan prinsip pendidikan untuk semua

5. Takrif dan konsep pendidikan

5.1. Pendidikan adalah aktiviti yang diberikan atau dipelajari, berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu , kemahiran kerohanian dan jasmani manusia

5.2. educare yang bermaksud latihan dan educere yang bermaksud didikan

6. Pandangan tokoh Barat

6.1. Plato (427 SM)- pendidikan adalah sebagai satu proses untuk membentuk dan mendidik individu supaya menjadi warganegara yang berakhlak mulia serta berguna terhadap masyarakat

6.2. Aristotle - memberikan peluang kepada setiap warganegara untuk mencapai kebahagiaan hidup

6.2.1. pendidikan sebagai ilmu yang bersifat etika dan politikal

6.3. John Stuart Mill (1806-1873) - Pendidikan sebagai proses yang memberikan bantuan untuk setiap individu supuaya hidup dengan penuh kegembiraan

6.4. Froebel (1782-1852) - Pendidikan adalah bertujuan mencapai kehidupan yang lurus, suci dan mulia

7. Perbezaan konsep pendidikan daripada perspektif Barat dan Islam

7.1. Perspektif Barat

7.1.1. bersumberkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan logik akal

7.1.2. berubah mengikut kehendak individu dan masyarakat

7.1.3. mementingkan pendidikan sepanjang hayat

7.2. Perspektif Islam

7.2.1. bersumberkan ilmu wahyu Al-Quran dan sunnah

7.2.2. Prinsipnya kekal dan tidak berubah kerana sumber rujukannya sama

7.2.3. mementingkan pendidikan sepanjang hayat dan mengutamakan pendidikan pascahayat