Maksud Falsafah

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
Maksud Falsafah by Mind Map: Maksud Falsafah

1. Zaman Yunani -merujuk kepada tempoh sejarah Yunani yang berkisar di lembangan Mediterranean dan Laut Hitam dan berlangsung selama satu alaf, sehingga bangkitnya Kristian, dari Zaman Kelam Yunani sekitar 1100 SM sehingga penawanan Greece oleh Rom pada 146 SM

2. Zaman Kristian -Pada zaman Kristian Awal (1M – 600M), ahli-ahli falsafah bergiat mempertahankanagama Kristian daripada serangan Yahudi, skeptik dan Neo-Platois. Clement menganggapajaran Kristian sebagai satu sistem falsafah yang lebih maju daripada falsafah Yunani dan StAugustine pula merupakan sarjana yang paling banyak menyelamatkan Kristian daripadaserangan-serangan pihak penentang Kristian pada masa itu. Melalui falsafah-falsafah yangwujud di keliling agama Kristian, lahir mazhab-mazhab Kristian mengikut kepercayaanfalsafah masing-masing.

3. Tamadun Islam -madaniah, tamadun, hadarah dan umran. Ibnu Khaldun dalam kitabnya Al-Muqaddimah memberi erti umran sebagai kawasan tanah yang didiami , tinggal menetap , berkembang subur dan maju. Hadarah pula ialah satu daerah , kota , bandar , kampung atau tanah yang diusahakan. Perkataan tamadun pula membawa erti, memiliki ciri-ciri hidup bandar atau bertamadun dari aspek yang akan diterangkan dalam ciri-ciri tamadun nanti.

4. Zaman Gelap -Konsep "Zaman Kelam" ini dicipta oleh penyokong-penyokong humanisme dan pada asalnya bertujuan sebagai kritikan umum terhadap sifat kesusasteraan Latin Akhir. Ahli-ahli sejarah kemudian memperluas erti istilah ini untuk merangkumi bukan sahaja kekurangan sastera Latin, tetapi juga kekurangan sejarah tertulis sezaman serta kekurangan pencapaian kebudayaan yang penting pada umumnya.

5. Zaman Renaisnans -Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains, sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada ketika itu.

6. Zaman Aufklami -"Zaman Kesedaran" dan "Penyedaran" merujuk khas kepada kemajuan intelektual dan falsafah pada zaman itu (dan kesannya terhadap pembentukan semula moral dan sosial), iaitu Sebab disokong sebagai sumber dan asas utama kekuasaan.

7. Abad ke-19 -merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari]] 1900 SM hingga 31 Disember 1801 SM dalam kalendar Gregory.

8. Abad ke 20 -Abad ke-20 kekadangnya dianggap sebagai tempoh di antara 1900 dan 1999, akan tetapi ini merupakan satu kesilapan kerana pengiraan tahun bermula dengan tahun 1. Walau bagaimanapun, beberapa alasan telah dikemukakan untuk menyokong kegunaannya. Stephen Jay Gould telah menuntut bahawa dekad pertama cuma mempunyai sembilan tahun. Alasan ini tidak dapat diterima kerana takrifnya "dekad" ialah sepuluh tahun.

9. Pascamodenis -merupakan satu istilah yang merujuk kepada perkembangan dalam ilmu teori kritikal, falsafah, seni bina, seni, kesusasteraan dan budaya yang berkembang daripada, tetapi tidak menggantikan, modenisme.