FARAID DALAM ISLAM

FARAID DALAM ISLAM TINGKATAN 5

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
FARAID DALAM ISLAM by Mind Map: FARAID DALAM ISLAM

1. Maksud

1.1. Pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia kepada anggota warisnya menurut hukum syarak

2. Hukum

2.1. Wajib

3. Dalil Naqli

3.1. Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah) (Surah An-Nisa, Ayat 7)

3.2. Abdullah bin Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Serahkanlah bahagian-bahagian pusaka yang ditetapkan itu kepada para pemiliknya. Apa-apa jua yang masih berbaki, maka serahkanlah bahagian itu kepada waris lelaki yang terdekat (Mutaffaq Alaih)

4. Rukun dan Syarat Faraid

4.1. Orang yang mewariskan harta

4.2. Waris

4.3. Harta Pusaka

5. Jenis Waris

5.1. Ashabu Al-Furud

5.1.1. Waris yang menerima harta pusaka mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh syarak

5.2. Asabah

5.2.1. Waris yang menerima baki harta pusaka selepas dibahagikan kepada Ashabu Al-Furud

5.2.2. Jenis Asabah Asabah Binafsi Anggota waris yang terdiri daripada kaum lelaki, iaitu: ● Bapa ● Datuk ● Anak lelaki ● Cucu lelaki daripada anak lelaki ● Saudara lelaki kandung ● Saudara lelaki sebapa ● Bapa saudara kandung ● Bapa saudara sebapa ● Anak lelaki bapa saudara kandung ● Anak lelaki bapa saudara sebapa 2. Asabah Bil Ghair Waris perempuan dengan sebab adanya anggota waris lelaki, iaitu: ● Anak perempuan dengan anak lelaki ● Cucu perempuan dengan cucu lelaki ● Saudara kandung perempuan dengan saudara kandung lellaki ● Saudara perempuan sebapa dengan saudara lelaki sebapa 3. Asabah Maa Al-ghair Waris perempuan dengan sebab adanya anggota waris perempuan yang lain, iaitu: ● Saudara perempuan kandung ● Saudara perempuan sebapa berkongsi dengan anak perempuan atau cucu perempuan

6. Pembahagian Harta Pusaka

6.1. Bapa

6.1.1. ●1/6: Sekiranya mempunyai anak lelaki ●Asabah: Sekiranya tiada anak ●1/6 dan Asabah: Sekiranya mempunyai anak perempuan sahaja

6.2. Ibu

6.2.1. ●1/3: Sekiranya tiada anak atau terdapat hanya seorang saudara lelaki atau perempuan. ●1/6: Sekiranya mempunyai anak atau terdapat lebih daripada dua orang saudara lelaki atau perempuan. ●1/3: Daripada baki sekiranya hanya mempunyai ibu, ayah atau suami.

6.3. Suami

6.3.1. ●1/2: Sekiranya tiada anak. ●1/4: Sekiranya mempunyai anak.

6.4. Anak Lelaki

6.4.1. ●Seluruh harta jika sekiranya tidak mempunyai anak perempuan. ●Asabah binafsi.

6.5. Anak Perempuan

6.5.1. ●1/2: Sekiranya anak tunggal perempuan. ●2/3: Sekiranya terdapat dua atau lebih anak perempuan. ●Asabah Bil-Ghair sekiranya mempunyai anak lelaki

6.6. Isteri

6.6.1. ●1/4: Sekiranya tiada anak. ●1/8: Sekiranya mempunyai anak.

7. Hikmah Pensyariatan Faraid

7.1. Mengelakkan berlaku pertelingkahan dalam pembahagian harta yang menjejaskan kebahagian dalam keluarga

7.2. Menjamin kelangsungan hidup waris selepas kematian orang yang mewarisi harta

7.3. Menegakkan keadilan bagi pihak waris supaya tidak ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

7.4. Mengekalkan kasih sayang dalam kalangan anggota keluarga

8. NUR HANANI IZZAH BT MUHAMMAD DAUD 5K6