Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku Murid

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku Murid by Mind Map: Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku Murid

1. Peranan Guru

1.1. Fizikal

1.1.1. Guru menyediakan sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pencahayaan, pengudaraan dan perabot, kebersihan, susunan dan reka bentuk fizikal dalam bilik darjah dan juga susunan kerusi meja yang kondusif.

1.2. Psikososial

1.2.1. Guru mewujudkan suasana yang mesra dan selesa, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, perasaan murid diterima, sensitif dan peka kepada perbezaan individu, suasana yang meransang pembelajaran, mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama kepada semua murid.

1.3. Peraturan dan Rutin Bilik Darjah

1.3.1. Guru memastikan peraturan yang dibuat perlulah adil dan bertujuan membantu proses pembelajaran. Peraturan yang dinyatakan juga perlu ringkas dan jelas, peraturan yang dibentuk mesti bermakna dan dipersetujui oleh murid dalam bilik darjah, mengehadkan bilangan peraturan agar murid-murid tidak berasa keliru.

1.4. Sumber Maklumat Murid

1.4.1. Pengurusan sumber maklumat murid merangkumi penyimpanan data peribadi murid seperti buku rekod guru kelas, buku laporan dan juga buku kedatangan murid. Bukan itu sahaja, pengurusan sumber maklumat murid juga berkait rapat dengan perkara yang berkaitan dengan hal ehwal murid.

2. TIngkah Laku Bermasalah

2.1. Bergantung

2.1.1. Kelakuan yang membahayakan diri sahaja dan tidak mengganggu murid atau pelajar yang lain seperti kebimbangan, pergantungan berlebihan, pengunduran diri dan pengasingan diri.

2.2. Disruptif

2.2.1. Bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga membahayakan murid atau pelajar yang lain kerana murid atau pelajar yang hiperaktif sering bertindak tanpa memikirkan akibatnya seperti kelakuan nakal, bising, bergerak sesuka hati, ketawa kuat dan agresif secara lisan/fizikal.

2.3. Disruktif

2.3.1. Tingkah laku yang amat berbahaya kerana bukan sahaja tindakan ini berupa aktiviti jenayah tetapi juga mengancam keselamatan orang dan kemudahan-kemudahan sekolah seperti permusuhan nyata, vandalism, kumpulan liar dan geng-geng jahat.

3. Konsep

3.1. Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan yang melibatkan proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah pula merupakan satu tempat untuk menimba ilmu yang menampung sejumlah individu iaitu pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berlaku di bilik darjah.

3.2. Konsep pengurusan bilik darjah melibatkan tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik darjah, mewujudkan sebuah bilik darjah yang kondusif, menghadapi tingkah laku pelajar dan menarik perhatian pelajar.

4. Model Pengurusan Disiplin Bilik Darjah

4.1. Model modifikasi tingkah laku B.F.Skinner

4.1.1. - Menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini

4.1.2. - Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan negatif.

4.1.3. - pengeguhan positif: murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik seperti tidak membuat bising, melakukan kerja rumah dengan baik dan menyiapkan tugasan rumah dengan baik akan diberikan ganjaran.

4.1.4. - peneguhan negatif : sebagai contoh, ketika guru sedang mengajar, murid leka membaca komik di belakang. Oleh itu, sebagai tindakan atau peneguhan guru itu akan merampas komik tersebut dengan harapan supaya murid kembali menumpukan perhatian kepada pengajaran guru.

4.1.5. - Menggunakan dendaan ke atas tingkah laku murid yang salah atau tidak diingini.

4.1.6. - Peneguhan berkala.

4.2. Model Akibat Logikal Dreikurs

4.2.1. menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.

4.2.2. - Murid perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah.

4.2.3. - Murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan