SEKULARISME
by Ahmad Adham
1. DEFINISI
1.1. Fahaman yang memisahkan urusan agama daripada kehidupan dunia (politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan, dll.)
2. PERKATAAN ARAB
2.1. Al-Ilmaniyah: Berasal daripada akar kata "ain, lam, dan mim"
2.2. Kononnya Bermaksud: Mengangkat martabat ilmu
2.3. Persamaan dengan Islam: Islam juga menekankan kepentingan ilmu sejak wahyu pertama
3. ISU PENTERJEMAHAN
3.1. Penipuan: Menggunakan istilah "ilmu" untuk menyembunyikan maksud sebenar
4. MAKSUD TERSIRAT
4.1. Al-Ladiniyyah: Tanpa agama
4.2. Al-La’aqidah: Tanpa aqidah
5. SEJARAH SEKULARISME
5.1. Asal-usul Sekularisme: Lahir daripada agama Kristian yang dipisahkan dari urusan kehidupan Faktor Utama: -Penindasan pihak gereja terhadap masyarakat -Kelahiran teori Darwin yang mencabar kepercayaan agama Akibat: -Tindak balas rakyat terhadap sikap gereja -Pertentangan antara pemimpin pro-kerajaan dan paderi gereja
5.2. Mustafa Kamal Ataturk & Sekularisme di Turki: Bertanggungjawab ke atas pembubaran Khilafah Islamiyah pada tahun 1924 Polisi Sekular Ataturk: -Melarang pakaian dan perayaan keagamaan Islam tertentu -Menghapuskan poligami dan melarang perkahwinan campur antara Muslim dan non-Muslim -Menukar bahasa azan ke dalam bahasa Turki -Menukar penulisan Al-Quran ke huruf Latin -Menghapuskan warisan Islam (contoh: kalendar Islam) Kesan: -Perubahan besar dalam sistem pemerintahan Turki
5.3. Kemunculan Sekularisme ke Negara-negara Islam :Melalui penjajahan, globalisasi, dan modenisasi Implikasi Penjajahan: -Sistem perundangan dan pendidikan sekular diperkenalkan -Pengasingan agama daripada urusan negara
5.4. Selepas Kemerdekaan: -Struktur sekular diteruskan untuk integrasi global dan pembangunan ekonomi -Perbezaan antara undang-undang sivil dan syariah -Penekanan pada sains dan teknologi yang kurang kaitannya dengan agama
5.5. Era Globalisasi: -Media, internet, dan budaya luar menyebarkan idea sekular -Kadang-kadang mencetuskan perdebatan tentang peranan agama dalam masyarakat
6. CIRI-CIRI UTAMA SEKULARISME
6.1. 1) Pemisahan Agama dan Negara -Agama tidak mempengaruhi dasar kerajaan atau pentadbiran
6.2. 2) Undang-undang Sivil -Berasingan daripada syariah -Penekanan pada peraturan sivil berbanding undang-undang agama
6.3. 3) Pendidikan Sekular -Kurikulum menumpukan pada sains dan subjek sekular -Pendidikan agama sebagai pilihan, bukan keutamaan
6.4. 4) Kebebasan Beragama -Individu bebas memilih atau tidak memilih agama -Hak asasi yang dilindungi
6.5. 5) Pengurangan Simbol Agama di Ruang Awam -Simbol dan pakaian agama dikurangkan dalam institusi rasmi -Perayaan agama dihadkan di ruang awam
6.6. 6) Penekanan pada Nilai Rasional dan Ilmiah -Mengutamakan nilai rasional dan bukti ilmiah -Keputusan diambil tanpa rujukan keagamaan