Perniagaan Rahmah

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
Perniagaan Rahmah by Mind Map: Perniagaan Rahmah

1. Khiyar Aib

1.1. Hak pembatalan akad dan berubahnya akad menjadi akad jaiz yang timbul apabila seseorang yang baru saja memiliki sesuatu yang sudah ditentukan barangannya mendapati adanya cacat yang tidak diketahui ketika berlangsungnya akad

1.2. Contoh Pelaksanaan Di Malaysia: Seorang yang membeli baju ada kerosakkan warnanya, lalu dicelup maka pertambahan itu tidak dapat dipisahkan lagi dan tidak boleh khiyar

2. Ayat - Ayat Al-Quran Berkaitan Jual Beli

2.1. 1.“Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.” (Surah al-Baqarah: 275)

2.2. 2.Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian dari rezki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafa'at. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim. (Q.S. Al-Baqarah : 254)

2.3. 3.“Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar – berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:” Pahala – balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.” (Surah al-Jumu’ah: 11)

3. Perniagaan di zaman Rasulullah SAW yang dipraktikkan oleh khalifah Umar RA

3.1. Umar Bin Al-Khattab

3.1.1. 1.Pengaturan Sistem Perdagangan Khalifah Umar RA memperkenalkan beberapa langkah untuk memperbaiki sistem perdagangan dan ekonomi di wilayah kekuasaannya, termasuk: Penetapan Pasar yang Teratur: Umar RA menubuhkan pasar-pasar yang teratur dan mengawasi kegiatan perniagaan dengan ketat untuk memastikan keadilan dan mengelakkan penipuan. Beliau sangat prihatin terhadap kualiti produk yang dijual dan memastikan tidak ada manipulasi harga atau penipuan dalam jual beli.

3.1.2. 2.Mengatur Hukum Timbang Menimbang: Umar RA memperkenalkan sistem timbang menimbang yang tepat untuk memastikan tiada penipuan dalam pengukuran barang. Di beberapa tempat, beliau melantik pegawai untuk memantau transaksi perdagangan dan memastikan bahawa berat barang yang dijual adalah seperti yang diwartakan.

3.1.3. 3.Pengawasan dan Pembayaran Zakat Umar RA juga memperkenalkan beberapa sistem yang berkaitan dengan kewajipan zakat dalam perdagangan. Beliau memastikan bahawa perniagaan dan hasil perdagangan yang dijalankan oleh umat Islam dikenakan zakat yang sesuai. Zakat merupakan salah satu cara untuk mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi dalam masyarakat.

3.2. Perniagaan Pada Zaman Nabi

3.2.1. 1.Rasulullah SAW melarang amalan riba, perdagangan yang diharamkan serta penipuan.

3.2.2. 2.Rasulullah SAW menganjurkan penjual untuk menerima apabila pembeli mengembalikan barang yang telah dibeli.

3.2.3. 3.Rasulullah SAW memerintahkan para peniaga untuk bersikap toleran dan memudahkan urusan jual beli

4. Ba'i Salam

4.1. jual beli sesuatu barangan secara tangguh dengan bayaran harga secara tunai, seperti menjual barangan yang telah disifatkan butiran bentuk, spesifikasi, kualiti dan kuantiti secara terperinci dengan bayaran harganya dibuat secara tunai, manakala penyerahan barang ditangguhkan pada suatu masa yang ditetapkan.

4.2. Contoh Pelaksanaan Di Malaysia : produk yang dibeli melalui sistem “PRE-ORDER” atau “MADE TO ORDER” ataproduk u secara ringkasnya disebut sebagai urusniaga secara TEMPAHAN