TERSIRAT DISEBALIK PEMILIHAN WAKIL RAKYAT

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
TERSIRAT DISEBALIK PEMILIHAN WAKIL RAKYAT by Mind Map: TERSIRAT DISEBALIK PEMILIHAN WAKIL RAKYAT

1. Pengenalan

1.1. apakah urusan sebenar parlimen? bagaimana ia mengimbangi dan menyemak 2 lagi kuasa negara - eksekutif dan judisiari? benarkah parlimen sekadar alat kuasa eksekutif melegitimasikan apa yang ingin dilaksanakan?

2. keistimewaan-keistimewaan parlimen dan hadnya

2.1. boleh bersuara apa sahaja di dewan rakyat & didewan negara termasuklah soal-soal yang dianggap sensitif

2.2. kebal daripada sebarang dakwaan kecuali jika mereka menganjurkan supaya pemerintahan raja berpelembagaan di negara ini dihapuskan

2.3. tiada seorang pun boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana makamah mengenai apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberi olehnya apabila mengambil bahagian dalam apa-apa perjalanan majlis parlimen atau mana-mana jawatankuasanya.

2.4. tiada seorang pun boleh dikena dakwa dalam apa-apa juga pembicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa-apa juga yang disiarkan dengan atau dibawah mana-mana kuasa parlime

2.5. sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana majlis parlimen atau mana-mana jawatankuasanya tidak boleh dipersoal dalam mana-mana makamah.

3. disebalik pemilihan wakil rakyat

3.1. setiap 4 atau 5 tahun sekali kita akan diminta untuk menggunakan hak yang diberi oleh demokrasi bagi memilih wakil ke parlimen atau lebih tepat lagi dewan rakyat.

3.2. dewan rakyat adalah salah satu komponen parlimen. Dua lagi institusi parlimen adalah Yang di-Pertuan Agong dan Dewan Negara.

3.3. parti politik yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat secara automatik berpeluang untuk menubuhkan kerajaan. ketua parti berkenaan pula akan menjadi perdana menteri.

3.4. perdana menteri berperanan sebagai seorang pemimpin yang mempunyai kuasa yang cukup luas. jangkauan pengaruhnya bukan sahaja pada cabang kuasa eksekutif, tetapi jugalegislatifatas kapasitinya sebagai ahli dewan rakyat dan juga ada pengaruh keatas judisiari kerana perdana menteri mengemukakan nama-nama hakim yang hendak dilantik kepada yang dipertuan agong.

4. PARLIMEN MALAYSIA

5. asal usul parlimen Malaysia

5.1. parliman ini dibuat untuk memastikan kepentingan-kepentingan negeri tidak diabaikan dalam sebuah negara yang bercorak persekutuan.

5.2. idea mengasingkan kuasa perundangan yang diamalkan di Malaysia dibawa oleh pihak inggeris, setelah kuasa eropah campur tangan dalam pemerintahan negeri-negeri melayu secra beringkat peringkat mulai 1874, bermula diperak.

5.3. lahir sempena persekutuan tanah melayu mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1957 bagi menggantikan Dewan Perundangan Persekutuan (DPP) yang diwujudkan apabila persekutuan tanah melayu di wujudkan pada 1 Februari 1948.

5.4. akibat daripada pengasingan kuasa tersebuat adalah kuasa hanya berpindah daripada raja-raja melayu kepada penasihat atau residen inggeris dilaksanakan menerusi institusi rasmi, baik di negeri selat, negeri2 melayu bersekutu dan negeri2 melayu tidak bersekutu.

5.5. sebelum itu, negeri-negeri Melayu diperintah oleh sistem monarki secara mutklak. Tiga kuasa negeri - legislatif, eksekutif dan kehakiman berada dalam tangan sultan dan raja. senario itu berubah selepas Inggeris menempatkan penasihat atau residennya di negeri2 melayu.

5.6. apabila 9 buah negeri melayu dan 2 buah negeri selat diletakkan ddi bawah sebuah pemerintahan bercorak kesatuan (Malayan Union) sebuah badan perundangan untuk kesatuan diwujudkan

5.7. apabila kesatuan melaya itu ditentang oleh bangsa melayu dan diganti pula dengan kesatuan Persekutuan Tanah Melayu , maka sebuah dewan perundangan persekutuan (DPP) diwujudkan.

5.8. pada 1955, perlembagaan persekutuan tanah melayu ketika itu dipinda bagi memperuntukan buat pertama kali pemilihan bagi DPP. pilihan raya itu menyaksikan kemunculan perikatann yang dianngotai oleh UMNO, MCA dan MIC.

5.9. pilihan raya sepenuhnya ahli-ahli majlis dewan rakyat parlimen diadakan selepas tanah melayu mencapai kemerdekaan. ia diadakan pada 1959.

6. parlimen dan dokrin pengasingan kuasa

6.1. simbol kuasa rakyat

6.2. perwujudan parlimen adalah selari dengan dokrin pengasingan atau pembahagian kuasa.mewakili kuasa perundangan atau legislatif manakala dua lagi kuasa untuk mengimbanginya adalah eksekutif dan judisiari atau kehakiman.

6.3. 1. legislatif : mengubal dasar & undang-undang 2.eksekutif : menterjemah dasar menjadi tindakan 3. kehakiman : menyelesaikan pertikaian berdasarkan kaedah keadilan undand-undang yang digubal oleh legislatif

6.4. doktrin pembahagian kuasa ini adalah ciptaan demokrasi di barat sebagai alternatif kepada pemerintahan yang bercorak kuku besi atau monarki mutlak yang berleluasa ketika itu.

6.5. kemudian doktrin itu diterima pakai di negara-negara lain dengan penyuntikan elemen-elemen tradisional tempatan. maka lahirlah pelbagai bentuk demokrasi-liberal dan sebaliknya mengikut kesesuaiansesebuah negara tidak kira ia sebuah republik atau sebuah negara beraja.