BAB 7:Malaysia Yang Berdaulat

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
Rocket clouds
BAB 7:Malaysia Yang Berdaulat by Mind Map: BAB 7:Malaysia Yang Berdaulat

1. Idea pembentukan Persekutuan Malaysia

1.1. Tunku Abdul Rahman kemukakan gagasan Malaysia dalam majlis makan tengah hari Persatuan Wartawanwartawan Luar Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961.

1.2. Idea mendapat sambutan positif

2. Matlamat pembentukan Persekutuan Malaysia

2.1. Mempercepat kemerdekaan

2.2. Keseimbangan kaum

2.3. Memajukan sosioekonomi

2.4. Keselamatan dan kestabilan negara

3. Reaksi Pembentukan Persekutuan Malaysia

3.1. Persekutuan Tanah Melayu- Penduduk terima prinsip gagasan Malaysia.

3.2. Singapura - Parti Tindakan Rakyat (PETIR) pimpinan Lee Kuan Yew mengalu-alukan gagasan Persekutuan Malaysia

3.3. Sabah -Parti Bersatu dan Parti Demokratik kenakan syarat iaitu menyokong dengan syarat Sabah merdeka terlebih dahulu

3.4. Sarawak - hampir kesemua parti politik sokong gagasan Persekutuan Malaysia.

3.5. Brunei -1. Gagasan Malaysia dapat sokongan Sultan Omar Ali Saifuddin 2. Ditentang oleh Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M Azahari

4. Reaksi dari Negara-negara Jiran

4.1. Indonesia -1. Pada mulanya menyokong gagasan 2.Gagasan Malaysia bertentangan dengan hasrat Presiden Soekarno untuk satukan Indonesia dengan Tanah Melayu bagi membentuk Indonesia Raya

4.2. Filipina - Filipina menentang ggasan Persekutuan Malaysia

4.3. Negara-negara Barat - Gagasan Malaysia mendapat sokongan daripada kerajaan Britain dan Amerika Syarika

5. Langkah pembentukan Persekutuan Malaysia

5.1. 27 Mei 1961- Gagasan Persekutuan Malaysia  Dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman

5.2. Julai 1961- Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)  beri penerangan kpd pemimpin Sarawak & Sabah

5.3. Feb-Apr 1962 – Suruhanjaya Cobbold  tinjau pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah.

5.4. Ogos 1962 – Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK)  bincang hak dan kepentingan Sabah, Sarawak dan Brunei untuk dimasukkan dalam perlembagaan

5.5. Sept.1962- Referendum Singapura  tinjau pendapat penduduk Singapura.  Penduduk Singapura bersetuju

5.6. Ogos 1963- Suruhanjaya PBB  tinjau semula pandangan penduduk Sarawak dan Sabah atas permintaan Indonesia dan Filipina

5.7. 16 September 1963-  Perisytiharan Persekutuan Malaysia

6. Perisytiharan Persekutuan Malaysia

6.1. Hal ehwal luar tanggungjawab kerajaan Persekutuan

6.2. Islam agama rasmi Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan

6.3. Bahasa Melayu bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan

6.4. Bagi Sarawak dan Sabah, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa rasmi sehingga 10 tahun selepas Malaysia dibentuk

6.5. Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal imigresen dan perkhidmatan awam

6.6. Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu

7. Konfrontasi dan perdamaian

7.1. Apabila Malaysia diisytiharkan, Indonesia dan Filipina enggan iktiraf Malaysia

7.2. Indonesia melancarkan konfrontasi

7.3. Filipina menunjukkan reaksi yang sama

7.4. tentera Indonesia menceroboh kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah

7.5. Malaysia membuat bantahan rasmi terhadap pencerobohan tentera Indonesia kepada PBB melalui Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman

7.6. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dapat bertindak kerana dihalang oleh kuasa veto Rusia. Rusia bertindak sedemikian kerana mempunyai hubungan baik dengan Indonesia

7.7. Kerajaan menyusun semula Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) atau dikenali Askar Wataniah

7.8. Rakyat tempatan menyertai PPT untuk pertahankan negara daripada pencerobohan tentera Indonesia

7.9. Malaysia dapat sokongan tentera negara Komanwel

7.10. Rakyat Malaysia bersatu menghadapi konfrontasi

8. Usaha ke Arah Perdamaian Malaysia-Indonesia

8.1. Rundingan Tidak Rasmi di Tokyo (Mei 1963)

8.2. Sidang Kemuncak di Manila (30/7 - 5 Ogos 1963)

8.3. Persidangan di Bangkok (Februari 1964)

8.4. Persidangan di Tokyo (Jun 1964)

9. Pemisahan Singapura

9.1. Faktor pemisahan Singapura dari Malaysia

9.1.1. Masalah Ekonomi

9.1.2. Konsep Malaysian Malaysia

9.1.3. Pertikaian Parti Perikatan - PETIR

9.1.4. Rusuhan Kaum

10. Rumusan

10.1. Persekutuan Malaysia mempertikaikan pandangan jauh Tunku Abdul Rahman

10.2. Tunku Abdul Rahman digelar Bapa Kemerdekaan Malaysia

10.3. Semangat kerjasama, setia kawan dan sikap toleransi antara pemimpin dengan rakyat membawa kepada pembentukan Malaysia