Malaysia Yang Berdaulat

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
Malaysia Yang Berdaulat by Mind Map: Malaysia Yang Berdaulat

1. Gagasan Persekutuan Malaysia

1.1. Cadangan Tunku Abdul Rahman

1.1.1. Tunku Abdul Rahman kemukakan cadangan semasa majlis makan tengah hari Persatuan Wartawan-Wartawan Luar Asia Tenggara

1.1.2. Bertempat di Hotel Adelphi, Singapura 27 Mei 1961

1.1.3. Mendapat sambutan positif pemimpin-pemimpin wilayah terbabit

1.1.4. Julai 1961 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan

1.1.5. Tujuan adakan rundingan dengan pemimpin-pemimpin wilayah terlibat

1.1.6. Tiga bulan kemudian Tunku Abdul Rahman membawa idea ini ke Dewan Rakyat

1.1.7. Gagasan ini mendapat liputan meluas akhbar Berita Harian – “Melayu Raya: Cadangan Tengku dapat sambutan”

1.2. Idea pembentukan Persekutuan Malaysia

1.2.1. Cadangan dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman

1.2.2. Merupakan perjuangan untuk bebaskan Sarawak, Sabah, Singapura & Brunei daripada penjajahan British

1.2.3. Gabungkan negeri-negeri berkenaan dengan Tanah Melayu & membentuk Persekutuan Malaysia

1.3. Matlamat pembentukan Persekututan Malaysia

1.3.1. Mempercepat kemerdekaan

1.3.1.1. Sarawak, Sabah & Singapura bersaiz & berpenduduk kecil sukarkan usaha mendapat kemerdekaan sendiri

1.3.1.2. Cepatkan kemerdekaan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei

1.3.2. Keseimbangan kaum

1.3.2.1. Mengimbangi penduduk Melayu & bumiputera dengan bukan bumiputera dalam Persekutuan Malaysia

1.3.3. Memajukan Sosioekonomi

1.3.3.1. Wujudkan satu kawasan pasaran ekonomi lebih luas

1.3.3.2. Menyatukan sumber tenaga manusia & sumber asli di kalangan negeri

1.3.3.3. Hapuskan sekatan cukai di kalangan negeri Persekutuan

1.3.3.4. Memudahkan usaha untuk menarik pemodal luar

1.3.3.5. Memajukan taraf hidup rakyat Sarawak, Sabah & Brunei

1.3.4. Keselamatan & Kestabilan Negara

1.3.4.1. Selamatkan Singapuea & Sarawak daripada jatuh ke tangan komunis

2. Reaksi Pembentukan Persekutuan Malaysia

2.1. Negeri-negeri terlibat

2.1.1. Tanah Melayu

2.1.1.1. Sambutan menggalakkan daripada parti2 politik Tanah Melayu

2.1.1.2. Sokongan rakyat ditunjukkan melalui perhimpunan pelajar di Universiti Malaya

2.1.1.3. Terdapat perbezaan pendapat tentang cara pelaksanaan tetapi penduduk terima prinsip gagasan

2.1.1.4. Contoh: Parti PAS sokong idea pembentukan tetapi juga cadangkan pembentukan Melayu Raya merangkumi Indonesia

2.1.2. Singapura

2.1.2.1. Parti Tindakan Rakyat (PETIR) pimpinan Lee Kuan Yew sokong gagasan

2.1.2.2. Gagasan ini dapat selamatkan PETIR daripada dikuasai parti2 berhaluan kiri

2.1.2.3. Gagasan ditentang oleh Barisan Sosialis & Parti Rakyat Singapura kerana anggap gagasan adalah idea British untuk kekalkan pengaruh

2.1.2.4. Referendum (pungutan suara) diadakan bagi tujuan meninjau pendapat penduduk Singapura

2.1.2.5. Hasilnya – penduduk Singapura sokong gagasan

2.1.3. Sabah

2.1.3.1. Suara hati rakyat ditunjukkan melalui penubuhan parti-parti politik baru

2.1.3.2. Antaranya

2.1.3.2.1. Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) – menyokong

2.1.3.2.2. Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) – menyokong

2.1.3.2.3. Parti Bersatu – awalnya menyokong dengan syarat Sabah merdeka dahulu tetapi akhirnya sokong tanpa syarat

2.1.3.2.4. Parti Demokratik – awalnya menyokong dengan syarat Sabah merdeka dahulu tetapi akhirnya sokong tanpa syarat

2.1.3.2.5. Pasok Momogun – awalnya menentang kerana anggap Sabah perlu bersatu dengan Sarawak & Brunei tetapi akhirnya sokong tanpa syarat

2.1.3.3. Kesannya

2.1.3.3.1. Semua parti politik di Sabah bergabung membentuk Perikatan Sabah pimpinan Donald Stephens & Tun Datu Mustapha bin Datu Harun

2.1.3.3.2. Perikatan Sabah menang pilihan raya Majlis Daerah 1962

2.1.3.3.3. Rakyat Sabah sepakat menyokong gagasan

2.1.4. Sarawak

2.1.4.1. Antara reaksinya adalah

2.1.4.1.1. Parti Negara Sarawak (PANAS) pada awalnya menentang kemudian menyokong penuh

2.1.4.1.2. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada awalnya menentang kemudian menyokong

2.1.4.1.3. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menentang kerana menganggap Sarawak perlu bersatu dengan Sabah & Brunei sahaja

2.1.4.1.4. Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) menyokong penuh

2.1.4.1.5. Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) menyokong penuh

2.1.4.1.6. Persatuan Cina Sarawak (SCA) menyokong penuh

2.1.4.2. Kesannya

2.1.4.2.1. Semua parti politik Sarawak ambil keputusan sertai Persekutuan Malaysia kecuali SUPP

2.1.4.2.2. Parti-parti tersebut membentuk Perikatan Sarawak

2.1.4.2.3. Menang pilihan raya Majlis Daerah pertama tahun 1963

2.1.5. Brunei

2.1.5.1. Idea gagasan disokong kuat Sultan Omar Ali Saifuddin

2.1.5.2. Ia ditentang oleh Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M. Azahari

2.1.5.2.1. Alasan menentang – Brunei akan menjadi tanah jajahan sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia

2.1.5.3. Parti Rakyat Brunei cadangkan penubuhan Kerajaan Kalimantan Utara – terdiri daripada Brunei, Sarawak & Sabah

2.1.5.4. Parti Rakyat Brunei melancarkan pemberontakan apabila usul menentangnya ditolak Majlis Undangan Negeri Brunei

2.1.5.5. Rundingan dilaksanakan hingga ke saat-saat akhir

2.1.5.6. Akhirnya pada Julai 1963 Brunei menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia kerana tiada kata sepakat dalam 2 isu berikut

2.1.5.6.1. Isu minyak

2.1.5.6.2. Isu kekananan Sultan Brunei dalam pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong

2.2. Negara-negara jiran

2.2.1. Indonesia

2.2.1.1. Awalnya menyokong pembentukan Malaysia

2.2.1.2. Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio utus surat tahniah kerana usaha tersebut

2.2.1.3. Akhirnya pendirian Indonesia berubah & tidak menyokong gagasan kerana

2.2.1.3.1. Terpengaruh dakyah Parti Komunis Indonesia (PKI)

2.2.1.3.2. PKI menuduh Persekutuan Malaysia sebagai neokolonialisme (penjajahan baru melalui tekanan ekonomi)

2.2.1.3.3. Sebenarnya PKI tergugat dengan pembentukan Malaysia yang akan menyekat pengaruhnya

2.2.1.3.4. Presiden Soekarno berhasrat menyatukan Indonesia dengan Tanah Melayu membentuk – Indonesia Raya

2.2.2. Filipina

2.2.2.1. Menentang pembentukan Malaysia kerana mendakwa Sabah sebahagian wilayah Kesultanan Sulu miliknya

2.2.2.2. British tidak melayan tuntutan kerana dianggap tidak berasas

2.2.2.3. Laporan Suruhanjaya Cobbold & Suruhanjaya PBB sahkan rakyat Sabah setuju menyertai Malaysia

2.3. Negara-negara Barat

2.3.1. Disokong oleh kerajaan Britain & Amerika Syarikat

2.3.2. Mereka sokong kerana

2.3.2.1. Pembentukan Malaysia dapat mempercepatkan proses kemerdekaan Singapura, Sarawak, Sabah & Brunei

2.3.2.2. Pengaruh komunis juga dapat disekat

3. Perjanjian dan Perisytiharan Persekutuan Malaysia

3.1. Langkah ke arah pembentukan Persekutuan Malaysia

3.1.1. 1. 27 Mei 1961- Gagasan Persekutuan Malaysia

3.1.1.1. Dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman

3.1.2. 2. Julai 1961- Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)

3.1.2.1. memberi penerangan kepada pemimpin Sarawak dan Sabah

3.1.3. 3. Feb-Apr 1962 – Suruhanjaya Cobbold

3.1.3.1. meninjau pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah

3.1.3.2. Hasil laporan ini rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia

3.1.4. 4. Ogos 1962 – Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK)

3.1.4.1. bincang hak dan kepentingan Sabah, Sarawak dan Brunei untuk dimasukkan dalam perlembagaan

3.1.4.2. Hasil laporannya, tuntutan 20 Perkara Sabah dicadangkan & dimasukkan dalam perlembagaan

3.1.5. 5. Sept.1962- Referendum Singapura

3.1.5.1. meninjau pendapat penduduk Singapura

3.1.5.2. Penduduk Singapura bersetuju

3.1.6. 6. Ogos 1963- Suruhanjaya PBB

3.1.6.1. meninjau semula pandangan penduduk Sarawak dan Sabah atas permintaan Indonesia dan Filipina

3.1.6.2. Penduduk Sarawak dan Sabah berhasrat menyertai Persekutuan Malaysia

3.1.7. 7. 16 September 1963-Perisytiharan Persekutuan Malaysia

3.2. Pengisytiharan Persekutuan Malaysia

3.2.1. 1. Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan hasil memorandum daripada Sarawak dan Sabah

3.2.2. 2. Rakyat Sabah kemukakan Tuntutan 20 Perkara

3.2.2.1. Antara Tuntutan 20 Perkara Sabah

3.2.2.1.1. Tiada agama rasmi

3.2.2.1.2. Kebebasan beragama

3.2.2.1.3. Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi

3.2.2.1.4. Imigresen di bawah kuasa kerajaan negeri

3.2.2.1.5. Malaysia menjadi nama persekutuan

3.2.2.1.6. Dasar pelajaran sedia ada dikekalkan

3.2.2.1.7. Peruntukan kerusi parlimen

3.2.2.1.8. Pelantikan ketua negeri oleh ratu British dan Yang di-Pertuan Agong

3.2.3. 3 Semangat toleransi dan keikhlasan kerajaan Tanah Melayu merealisasikan gagasan Persekutuan Malaysia

3.2.4. 4. Pada 9 Julai 1963, Perjanjian Persekutuan Malaysia ditandatangani di Malborough House, London

3.2.5. 5. KandunganPerjanjian Persekutuan Malaysia ialah

3.2.5.1. i. Semua urusan hal ehwal luar tanggungjawab kerajaan Persekutuan

3.2.5.2. ii. Agama Islam agama rasmi Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain ebas diamalkan

3.2.5.3. iii. Bahasa Melayu bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan

3.2.5.4. iv. Bagi Sarawak dan Sabah, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa rasmi sehingga 10 tahun selepas pembentukan Persekutuan Malaysia

3.2.5.5. v. Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam

3.2.5.6. vi. Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu

3.2.6. 6. Isi perjanjian dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia

3.2.7. 7. Pada 16 September 1963, Tunku Abdul Rahman membacakan Deklarasi Penubuhan Persekutuan Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

3.2.8. 8. Laungan “MERDEKA” sebanyak tujuh kali

3.3. Konfrontasi dan Perdamaian

3.3.1. 1. Apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan, Indonesia dan Filipina enggan iktiraf Malaysia

3.3.2. 2. Indonesia melancarkan konfrontasi

3.3.3. 3. Filipina menunjukkan reaksi yang sama

3.3.4. 4 Tentera Indonesia menceroboh kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah

3.3.5. 5. Pemimpin Malaysia dan Indonesia tetap meneruskan usaha perdamaian

3.3.6. 6. Malaysia membuat bantahan rasmi terhadap pencerobohan tentera Indonesia kepada PBB melalui Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman, Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada ketika itu

3.3.7. 7. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dapat bertindak kerana dihalang oleh kuasa veto Rusia. Rusia bertindak sedemikian kerana mempunyai hubungan baik dengan Indonesia

3.3.8. 8. Kerajaan menyusun semula Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) atau dikenali Askar Wataniah

3.3.9. 9. Rakyat tempatan menyertai PPT untuk mempertahankan negara daripada pencerobohan tentera Indonesia

3.3.10. 10. Malaysia mendapat sokongan tentera dr negara Komanwel seperti Britain, Australia, New Zealand dan Kanada

3.3.11. 11. Rakyat Malaysia bersatu dalam menghadapi konfrontasi

3.3.12. 12. Konfrontasi terhadap Malaysia semakin kendur apabila tentera Indonesia di bawah pimpinan Jeneral Soeharto berjaya ambil alih kuasa daripada Presiden Soekarno selepas peristiwa Gestapo 30 September

3.3.13. 13. Gestapo 30 September merupakan percubaan rampasan kuasa oleh PKI di Indonesia

3.3.14. 14. Dalam peristiwa itu, D.N. Aidit iaitu pemimpin PKI terbunuh

3.3.15. 15 Perjanjian pemulihan hubungan antara Malaysia dengan Indonesia ditandatangani pada bulan Ogos 1966

3.3.16. 16. Filipina memulihkan hubungan dengan Malaysia

3.4. Usaha ke Arah Perdamaian Malaysia-Indonesia

3.4.1. 1. Rundingan Tidak Rasmi di Tokyo (Mei 1963)

3.4.1.1. a. Antara Tunku Abdul Rahman &Presiden Sukarno

3.4.1.2. b. Hasilkan persetujuan untuk membawa isu konfrontasi ke sidang kemuncak di Manila

3.4.2. 2. Sidang Kemuncak di Manila (30 Julai – 5 Ogos 1963)

3.4.2.1. a. MAPHILINDO (Malaysia, Filipina,dan Indonesia) ditubuhkan. Tujuan meningkatkan hubungan persahabatan negara anggota

3.4.2.2. b. Menuntut wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat tinjauan semula terhadap pendapat rakyat Sarawak dan Sabah untuk menyertai Persekutuan Malaysia

3.4.3. 3. Persidangan di Bangkok (Februari 1964)

3.4.3.1. a. Malaysia diwakili oleh Tun Abdul Razak dan Indonesia diwakili oleh Dr. Subandrio

3.4.3.2. b. Kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat berkenaan gencatan senjata

3.4.4. 4. Persidangan di Tokyo (Jun 1964)

3.4.4.1. a. Persidangan gagal

3.4.4.2. b. Indonesia enggan mngundurkan tenteranya

3.4.4.3. c. Menuduh Malaysia membelakangkan keputusan Sidang Kemuncak Manila

3.5. Pemisahan Singapura

3.5.1. 1. Singapura bangkitkan isu sensitif sehingga meretakkan hubungan baik dengan kerajaan pusat

3.5.2. 2. Singapura menjadi “duri dalam daging” kepada Malaysia

3.5.3. 3. PETIR dan pemimpinnya Lee Kuan Yew sering mempertikaikan peruntukan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia

3.5.4. 4. Lee Kuan Yew berhasrat mengambil alih peranan parti MCA yang mewakili kaum Cina

3.5.5. 5. Faktor pemisahan Singapura dari Malaysia

3.5.5.1. i) Masalah Ekonomi

3.5.5.1.1. a. Singapura tuntut agar statusnya sebagai pusat perindustrian, perdagangan dan pelabuhan bebas tidak disaingi oleh kerajaan pusat

3.5.5.1.2. b. Singapura tuntut keistimewaan cukai daripada kerajaan pusat

3.5.5.2. ii) Konsep Malaysian Malaysia

3.5.5.2.1. a. Singapura tuntut hak sama rata untuk semua rakyat tanpa mengira kaum

3.5.5.2.2. b. Singapura menafikan institusi raja dan menentang hak istimewa orang Melayu dan bumiputera

3.5.5.3. iii) Pertikaian Parti Perikatan – PETIR

3.5.5.3.1. a. PETIR tuduh MCA tidak mewakili kepentingan kaum Cina

3.5.5.3.2. b. PETIR bertanding menentang parti Perikatan dalam pilihan raya 1964 di Semenanjung Malaysia

3.5.5.4. iv) Rusuhan Kaum

3.5.5.4.1. a. Banyak kenyataan oleh pemimpin PETIR membangkitkan sentimen perkauman

3.5.5.4.2. b. Rusuhan kaum di Singapura gugat keselamatan

3.5.6. 6. Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman membuat keputusan – singkirkan Singapura

3.5.7. 7. Pengisytiharan Pemisahan Singapura dari Malaysia dibuat pada 9 Ogos 1965