Malaysia Yang Berdaulat

Solve your problems or get new ideas with basic brainstorming

马上开始. 它是免费的哦
注册 使用您的电邮地址
Malaysia Yang Berdaulat 作者: Mind Map: Malaysia Yang Berdaulat

1. Pengisytiharaan Persekutuan Malyasia

1.1. 1. Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan hasil memorandum daripada Sarawak dan Sabah. Isi perjanjian dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Pada 16 September 1963, Tunku Abdul Rahman membacakan Deklarasi Penubuhan Persekutuan Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Laungan “MERDEKA” sebanyak tujuh kali

1.2. 2. Rakyat Sabah kemukakan Tuntutan 20 Perkara Antara Tuntutan 20 Perkara Sabah; Tiada agama rasmi. Kebebasan beragama. Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Imigresen di bawah kuasa kerajaan negeri. Malaysia menjadi nama persekutuan. Dasar pelajaran sedia ada dikekalkan. Peruntukan kerusi parlimen. Pelantikan ketua negeri oleh ratu British dan Yang di-Pertuan Agong.

1.3. KandunganPerjanjian Persekutuan Malaysia ialah i. Semua urusan hal ehwal luar tanggungjawab kerajaan Persekutuan. ii. Agama Islam agama rasmi Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain ebas diamalkan. iii. Bahasa Melayu bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan. iv. Bagi Sarawak dan Sabah, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa rasmi sehingga 10 tahun selepas pembentukan Persekutuan Malaysia. v. Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam. vi. Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.

2. Konfrontasi Dan Perdamaian

2.1. 1. Apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan, Indonesia dan Filipina enggan iktiraf Malaysia 2. Indonesia melancarkan konfrontasi. 3. Filipina menunjukkan reaksi yang sama 4. Tentera Indonesia menceroboh kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah. 5. pemimpin Malaysia dan Indonesia tetap meneruskan usaha perdamaian. 6. Malaysia membuat bantahan rasmi terhadap pencerobohan tentera Indonesia kepada PBB melalui Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman, Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada ketika itu.

2.2. 7. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dapat bertindak kerana dihalang oleh kuasa veto Rusia. Rusia bertindak sedemikian kerana mempunyai hubungan baik dengan Indonesia. 8. Kerajaan menyusun semula Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) atau dikenali Askar Wataniah. 9. Rakyat tempatan menyertai PPT untuk mempertahankan negara daripada pencerobohan tentera Indonesia. 10. Malaysia mendapat sokongan tentera dari negara Komanwel seperti Britain, Australia, New Zealand dan Kanada 11. Rakyat Malaysia bersatu dalam menghadapi konfrontasi

2.3. 12. Konfrontasi terhadap Malaysia semakin kendur apabila tentera Indonesia di bawah pimpinan Jeneral Soeharto berjaya ambil alih kuasa daripada Presiden Soekarno selepas peristiwa Gestapo 30 September. 13. Gestapo 30 September merupakan percubaan rampasan kuasa oleh PKI di Indonesia. 14. Dalam peristiwa itu, D.N. Aidit iaitu pemimpin PKI terbunuh. 15 Perjanjian pemulihan hubungan antara Malaysia dengan Indonesia ditandatangani pada bulan Ogos 1966. 16. Filipina memulihkan hubungan dengan Malaysia.

3. Pemisahan Singapura

4. Singapura bangkitkan isu sensitif sehingga meretakkan hubungan baik dengan kerajaan pusat. Singapura menjadi “duri dalam daging” kepada Malaysia.PETIR dan pemimpinnya Lee Kuan Yew sering mempertikaikan peruntukan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Lee Kuan Yew berhasrat mengambil alih peranan parti MCA yang mewakili kaum Cina.

5. Faktor pemisahan Singapura dari Malaysia:

6. Masalah Ekonomi > a. Singapura tuntut agar statusnya sebagai pusat perindustrian, perdagangan dan pelabuhan bebas tidak disaingi oleh kerajaan pusat. b. Singapura tuntut keistimewaan cukai daripada kerajaan pusat.

7. Konsep Malaysian Malaysia > a. Singapura tuntut hak sama rata untuk semua rakyat tanpa mengira kaum. b. Singapura menafikan institusi raja dan menentang hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.

8. Pertikaian Parti Perikatan – PETIR > a. PETIR tuduh MCA tidak mewakili kepentingan kaum Cina. b. PETIR bertanding menentang parti Perikatan dalam pilihan raya 1964 di Semenanjung Malaysia.

9. Rusuhan Kaum > a. Banyak kenyataan oleh pemimpin PETIR membangkitkan sentimen perkauman. b. Rusuhan kaum di Singapura gugat keselamatan.

10. Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman membuat keputusan – singkirkan Singapura. Pengisytiharan Pemisahan Singapura dari Malaysia dibuat pada 9 Ogos 1965.

11. Reaksi Dari Negara Lain

11.1. Indonesia > 1. Pada mulanya menyokong gagasan Persekutuan Malaysia. 2. Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio mengutus ucapan tahniah kerana usaha untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia. 3. Pendirian Indonesia berubah kerana terpengaruh dengan dakyah oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) yang menuduh gagasan Malaysia sebg neokolonialisme. 4. PKI berasa tergugat dengan pembentukan gagasan Persekutuan Malaysia 5 Gagasan Malaysia bertentangan dengan hasrat Presiden Soekarno untuk menyatukan Indonesia dengan Tanah Melayu bagi membentuk Indonesia Raya.

12. Langkah Ke Arah Pembentukan Persekutuan Malyasia

12.1. 1. 27 Mei 1961- Gagasan Persekutuan Malaysia Dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman 2. Julai 1961- Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) memberi penerangan kepada pemimpin Sarawak dan Sabah.

12.2. 3. Feb-Apr 1962 – Suruhanjaya Cobbold meninjau pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah. Hasil laporan ini rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia. 4. Ogos 1962 – Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK) bincang hak dan kepentingan Sabah, Sarawak dan Brunei untuk dimasukkan dalam perlembagaan. Hasil laporannya, tuntutan 20 Perkara Sabah dicadangkan & dimasukkan dalam perlembagaan.

12.3. 5. Sept.1962- Referendum Singapura meninjau pendapat penduduk Singapura. Penduduk Singapura bersetuju 6. Ogos 1963- Suruhanjaya PBB meninjau semula pandangan penduduk Sarawak dan Sabah atas permintaan Indonesia dan Filipina. Penduduk Sarawak dan Sabah berhasrat menyertai Persekutuan Malaysia. 7. 16 September 1963- Perisytiharan Persekutuan Malaysia

13. Usaha ke Arah Perdamaian Malaysia-Indonesia

14. Rundingan Tidak Rasmi di Tokyo (Mei 1963) > Antara Tunku Abdul Rahman &Presiden Sukarno. Hasilkan persetujuan untuk membawa isu konfrontasi ke sidang kemuncak di Manila.

15. Sidang Kemuncak di Manila (30 Julai – 5 Ogos 1963) > MAPHILINDO (Malaysia, Filipina,dan Indonesia) ditubuhkan. Tujuan meningkatkan hubungan persahabatan negara anggota. Menuntut wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat tinjauan semula terhadap pendapat rakyat Sarawak dan Sabah untuk menyertai Persekutuan Malaysia.

16. Persidangan di Bangkok (Februari 1964) > a. Malaysia diwakili oleh Tun Abdul Razak dan Indonesia diwakili oleh Dr. Subandrio. b. Kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat berkenaan gencatan senjata.

17. Persidangan di Tokyo (Jun 1964) > a. Persidangan gagal b. Indonesia enggan mngundurkan tenteranya. c. Menuduh Malaysia membelakangkan keputusan Sidang Kemuncak Manila.