JANJI SRIKANDI (BAB 1)

Iniziamo. È gratuito!
o registrati con il tuo indirizzo email
JANJI SRIKANDI (BAB 1) da Mind Map: JANJI SRIKANDI (BAB 1)

1. 5)Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.

2. 4)Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut.

3. 6)Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya.

4. 7)Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita.

5. 2)Sekumpulan pengunjung (terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima) hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap.

6. 1)Nurul Hafsa melalui hari pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor.

7. 3)Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah.