57. Penyampaian dokumen.

Começar. É Gratuito
ou inscrever-se com seu endereço de e-mail
57. Penyampaian dokumen. por Mind Map: 57. Penyampaian dokumen.

1. Daftar-daftar lesen dan permit.

1.1. butir-butir lesen dan permit yg didaftarkan @ yg telah dikeluarkan dibawah Akta ini hendaklah diselenggara dan disimpan di tempat yg selamat sebagaimana ditetapkan oleh ketua pengarah

2. Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan.

2.1. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan khusus atau amnya mengenai pemuliharaan, pemajuan dan pengurusan perikanan laut dan penangkapan ikan di muara dan perikanan di perairan Malaysia dan berkenaan dengan industri-industri yang berkaitan, mengenai pemuliharaan, pemajuan dan mengenai pelaksanaan peruntukan-peruntukan Akta ini, termasuklah kepada peraturan-peraturan mengenai semua atau mana-mana daripada maksud yang berikut:

2.1.1. menetapkan kaedah-kaedah dan prosedur berkenaan dengan pelaburan modal asing dan cadangan usahaniaga bersama dalam perikanan termasuklah prosedur untuk memindahkan teknologi dan melatih kakitangan Malaysia dengan berkesan

2.1.2. menetapkan bilangan, kerakyatan dan komposisi orang-orang yang dibenarkan diambil kerja atau dibawa di atas vesel penangkapan ikan

2.1.3. menetapkan piawai keanggotaan bagi vesel penangkapan ikan dan untuk menubuhkan lembaga pemeriksa supaya memeriksa calon-calon berkenaan dengan kecekapan mereka dalam piawaian itu untuk disahkan, dengan berunding dengan Ketua Pengarah Jabatan Laut

2.1.4. mengadakan peruntukan mengenai pelesenan, pengawalseliaan dan pengurusan perikanan

2.1.5. menetapkan musim tertutup berkenaan dengan kawasan perikanan yang ditetapkan atau berkenaan dengan spesies ikan yang ditetapkan, atau cara-cara menangkap ikan yang ditetapkan

2.1.6. menetapkan musim tertutup berkenaan dengan kawasan perikanan yang ditetapkan atau berkenaan dengan spesies ikan yang ditetapkan, atau cara-cara menangkap ikan yang ditetapkan

2.1.7. menetapkan saiz mata jaring yang minimum

2.1.8. menetapkan kawasan-kawasan menangkap ikan yang dilarang bagi menangkap semua ikan atau spesies ikan yang tertentu atau cara-cara menangkap ikan

2.1.9. mengawalselia aktiviti-aktiviti dalam taman laut dan rizab laut yang ditubuhkan di bawah Bahagian IX

2.1.10. melarang cara-cara menangkap ikan atau peralatan menangkap ikan dan spesis-spesis ikan yg telah ditetapkan

2.1.11. mengadakan peruntukan mengenai pelesenan vesel penangkapan ikan, belat ikan, peralatan menangkap ikan, peranti mengumpul ikan dan sistem kultur laut

2.1.12. mengawalselia pendaratan ikan, untuk mengadakan peruntukan mengenai pengurusan dan kawalan ke atas pelabuhan menangkap ikan dan kawasan mendaratkan ikan

2.1.13. menetapkan piawai makanan ikan

2.1.14. melarang atau mengawal pengimportan dan pengeksportan ikan hidup

2.1.15. menggalak dan mengawalselia akuakultur di perairan laut

2.1.16. menetapkan syarat-syarat dan prosedur memohon apa-apa pemberikuasaan permit, lesen perakuan atau lain-lain dokumen yang dikehendaki di bawah Akta ini

2.1.17. membuat peruntukan mengenai dan memperbaiki pengumpulan statistik dan menghendaki mana-mana orang yang terlibat dalam penangkapan ikan, pemasaran, pemprosesan atau akuakultur supaya memberi apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki

2.1.18. mengurus dan mengawalselia penangkapan ikan sebagai suka-suka

2.1.19. membuat peruntukan mengenai kuasa-kuasa pegawai berkuasa, pegawai perikanan dan timbalan pegawai perikanan

2.1.20. mengadakan syarat-syarat yang kena dipatuhi oleh vesel penangkapan ikan tempatan dan asing dalam perairan perikanan Malaysia,

2.1.21. menetapkan penalti bagi kesalahan-kesalahan

2.1.22. mengadakan peruntukan mengenai pemuliharaan dan pengurusan penyu di luar bidang kuasa mana-mana Negeri dalam Malaysia

2.1.23. menetapkan perkara-perkara berhubung dengan kawalan dan penyitaan vesel penangkapan ikan tempatan dan asing

2.1.24. mengadakan peruntukan mengenai apa-apa langkah lain sebagaimana yang perlu atau bermanfaat bagi memastikan bahawa vesel penangkapan ikan asing digunakan untuk menangkap ikan dalam zon ekonomi ekslusif atau untuk menangkap ikan dari spesies sedentari di pelantar benua sahaja mengikut syarat-syarat permitnya

2.1.25. menghendaki pemohon-pemohon pemberikuasaan lesen atau permit

2.1.26. mengadakan peruntukan mengenai pampasan yang kena dibayar kepada warganegara Malaysia, Kerajaan Malaysia atau Kerajaan suatu Negeri dalam Malaysia

2.1.27. memaju, mengawalselia dan menjalankan penyelidikan saintifik

2.1.28. menetapkan kawasan di perairan perikanan Malaysia di mana penangkapan ikan akan dirizabkan untuk vesel penangkapan ikan tempatan dan nelayan Malaysia

2.1.29. menetapkan kawasan di perairan perikanan Malaysia yang melaluinya vesel penangkapan ikan asing yang tak berlesen

2.1.30. enetapkan peraturan-peraturan mengenai pengawalan spesies ikan yang merbahaya

2.1.30.1. menetapkan peraturan-peraturan mengenai pengawalan pergerakan ikan dalam Malaysia

2.1.31. menetapkan piawai mengenai kawalan kualiti ikan atau keluaran ikan dan cara-cara untuk melaksanakan piawai dan kawalan itu

2.1.32. menetapkan langkah-langkah mengenai kawalan penyakit ikan

2.1.33. mengadakan peruntukan bagi pendaftaran dan pengeluaran dokumen-dokumen pengenalan yang sesuai kepada mana-mana orang yang dibawa atau bekerja di atas mana-mana vesel penangkapan ikan berlesen

2.1.34. mengawalselia pendaftaran vesel penangkapan ikan tempatan dan pengeluaran dokumen-dokumen yang sesuai berkenaan dengannya

2.1.35. menetapkan atau mengawalselia apa-apa perkara lain yang dikehendaki ditetapkan atau dikawalselia di bawah Akta ini

3. Pemansuhan

3.1. Akta Perikanan 1963 adalah dimansuhkan

4. melalui perintah bertulis, ketua pengarah boleh :

4.1. bagi penyelidikan atau latihan atau kaji selidik mengenai kebolehlaksanaan ekonomi apa-apa aktiviti penangkapan ikan

4.2. pemuliharaan @ pengurusan yg sempurna untuk perikanan

4.3. mengecualikan mana-mana vesel atau orang daripada kesemua atau mana-mana peruntukan Akta ini.

5. Penyampaian dokumen.

5.1. dokumen yg hendak disampaikan kepada orang di bawah Akta ini, dokumen itu boleh disampaikan-

5.1.1. jika dokumen hendak disampaikan kepada nakhoda vesel @ org yg bkerja dlm vesel, dokumen boleh diserahkan kpd individu itu sendiri @ kpd org yg jaga vesel tersebut

5.1.2. jika dokumen hendak disampaikan kepada nakhoda vesel @ org yg bkerja dlm vesel, dokumen boleh diserahkan kpd individu itu sendiri @ kpd org yg jaga vesel tersebut

5.1.3. dengan cara surat berdaftar yang dialamatkan ke tempat tinggalnya yang terakhir

5.1.4. menyerahkan sendiri satu salinan dokumen yg hendak disampaikan kepada individu yang dikehendaki

5.2. dokumen yg hendak disampaikan kpd nakhoda vesel yg didaftarkan @ yg dilesenkan @ yg dibenarkan untuk menangkap iakn di bwh Akta ini, boleh diserahkan kepada nakhoda itu sendiri @ pengurus vesel tersebut @salinan dokumen boleh ditampal pd tiang vesel.

6. Pengecualian bagi maksud-maksud tertentu.

7. Pengecualian

7.1. Tiada satu pun dalam Akta ini boleh terpakai bagi kawasan-kawasan yang ditentukan dalam Jadual-Jadual kepada Enakmen Hak Sungai, atau bagi kawasan yang dikenali sebagai Karang Air Leleh dan yang ditentukan dalam Jadual kepada Enakmen Karang Air Leleh, atau boleh menyentuh hak-hak eksklusif Raja untuk menangkap ikan di dalam dan di atas kawasan-kawasan tersebut