Começar. É Gratuito
ou inscrever-se com seu endereço de e-mail
ETN 1043 por Mind Map: ETN 1043

1. Video - Video yang berkaitan dengan Modul ETN 1043

1.1. Komponen Pasif

1.1.1. Perintang

1.1.2. Pemuat

1.1.3. Pearuh

1.2. Litar Elektrik

1.2.1. Hukum Litar

1.2.1.1. Hukum Ohm

1.2.1.2. Hukum Kirchoff

2. Hukum Litar Elektrik - Hukum yang digunakan dalam Litar Elektrik

2.1. Hukum Ohm

2.1.1. Hukum Ohm menyatakan bahawa arus elektrik (I), yang mengalir melalui suatu perintang (R) adalah berkadar terus dengan beza upaya (V) yang merentasi perintang ini dengan syarat, suhunya adalah tetap.

2.2. Hukum Kirchoff  -  Kaedah lain boleh digunakan untuk mencari nilai kuantiti dalam litar asas ialah dengan menggunakan Hukum Kirchoff.

2.2.1. Hukum Arus Kirchoff

2.2.1.1. Pada sebarang simpang dalam suatu litar, jumlah algebra arus yang masuk dan keluar adalah sifar.

2.2.1.2. IJ = I1 + I2 + I3

2.2.2. Hukum Voltan Kirchoff

2.2.2.1. Untuk sebarang laluan tertutup dalam suatu litar, jumlah algebra voltan punca dan voltan yang susut pada beban adalah sifar.

2.2.2.2. VB = V1 + V2 + V3

3. Komponen Pasif - Komponen pasif merupakan komponen yang dapat bekerja tanpa sumber tegangan. Komponen pasif terdiri dari Hambatan atau tahanan (resistor), kapasitor atau kondensator dan induktor

3.1. Perintang

3.1.1. Pengenalan

3.1.1.1. Simbol bagi rintangan ialah R Unitnya adalah ohm                             Nilai rintangan (ohm)                         Dikod mengikut warna di atas perintang dan kod tercetak di badan perintang

3.1.2. Takrifan

3.1.2.1. Perintang ditakrifkan sebagai sesuatu komponen atau bahan yang boleh menghalang atau menghadkan aliran arus dalam litar. Ia juga menghasilkan susutan voltan dan melesapkan tenaga elektrik.

3.1.3. Jenis-jenis

3.1.3.1. Tetap

3.1.3.1.1. Perintang tetap ialah dimana nilai sesuatu perintang itu boleh didapati daripada kod warna atau kod bercetak pada perintang tersebut.  Nilai yang dinyatakan oleh kod warna dan kod bercetak disebut sebagai nilai namaan (nilai terkadar).

3.1.3.1.2. Empat perkara yang penting perlu diambil kira apabila memilih perintang

3.1.3.2. Boleh Ubah

3.1.3.2.1. Perintang boleh ubah ialah perintang yang boleh diubah nilai rintangannya dengan menggerakkan sesentuh di atas elemen perintang.

3.1.4. Faktor mempengaruhi

3.1.4.1. a) Panjang pengalir (wayar)

3.1.4.2. b) Luas muka keratan rentas pengalir

3.1.4.3. c) Jenis bahan

3.1.4.4. d) Suhu

3.2. Pemuat

3.2.1. Pengenalan

3.2.1.1. Pemuat ialah komponen yang menyimpan cas elektrik. Pada asasnya, pemuat terdiri daripada dua plat logam atau 2 pengalir yang selari dan dipisahkan oleh penebat yang dipanggil dielektrik. Dielektrik ini boleh terdiri daripada udara, kertas, mika, polister atau elektrolitik.

3.2.2. Takrifan

3.2.2.1. Satu pemuat mengandungi lapisan bahan penebat yang terapit di antara dua plat logam. Medan elektrik di dalam pemuat mempunyai banyak kesamaan dengan medan magnet. Nilai kemuatan pemuat ialah ukuran jumlah cas elektrik yang boleh distor di dalam peranti. Kemuatan boleh dikira daripada pengetahuan mengenai matra pemuat dan kebertelusan bahan penebat. Pemuat menggunakan unit Farad (F).

3.2.3. Jenis-jenis

3.2.3.1. Tetap

3.2.3.1.1. Pemuat tetap ialah pemuat yang mempunyai nilai kemuatan yang tetap. Pemuat tetap terbahagi kepada dua jenis iaitu berkutub dan tidak berkutub. Pemuat berkutub hanya sesuai untuk litar arus terus.

3.2.3.1.2. Empat perkara yang penting perlu diambil kira apabila memilih pemuat

3.2.3.2. Boleh Ubah

3.2.3.2.1. Pemuat boleh ubah mempunyai nilai kemuatan yang boleh diubah mengikut keperluan litar. Kemuatan bagi sesebuah pemuat boleh ubah boleh diubah sama ada dengan melaraskan luas permukaan plat yang berkesan atau jarak antara plat.

3.2.4. Faktor mempengaruhi

3.2.4.1. 1) Jarak antara plat.

3.2.4.2. 2) Luas permukaan plat.

3.2.4.3. 3) Bahan dielektrik yang digunakan.

3.2.4.4. 4) Ketebalan dielektrik.

3.3. Pearuh

3.3.1. Pengenalan

3.3.1.1. Pearuh dibuat daripada gegelung dawai dengan satu bahan teras seperti udara, besi dan bahan ferit. Setiap bahan tersebut mempunyai ciri-ciri tertentu untuk mendapatkan nilai kearuhan. Unit ukuran kearuhan ialah Henry (H). Peraruh diwakili oleh L.

3.3.2. Takrifan

3.3.2.1. Pearuh ialah komponen yang mempunyai sifat menentang sebarang perubahan pengaliran arus. Pearuh menghasilkan kearuhan. Kearuhan adalah arus yang dialirkan melalui satu pengalir, satu medan magnet kecil terbina mengelilingi pengalir itu. Sekiranya pengalir ini berbentuk gelung, medan magnet akan membantu satu sama lain, menjadikannya lebih kuat. Untuk menguatkan lagi medan magnet, satu teras boleh ditambah. Prinsip gegelung pengalir dikenali sebagai kearuhan.

3.3.3. Jenis-jenis

3.3.3.1. Tetap

3.3.3.1.1. Pearuh tetap digunakan bagi litar yang memerlukan nilai kearuhan yang tidak berubah. Empat jenis pearuh tetap ialah teras udara, teras besi, teras besi serbuk dan teras ferit.

3.3.3.2. Boleh Ubah

3.3.3.2.1. 2.6.2 Pearuh Bolehubah Kearuhan bagi pearuh bolehubah akan bertambah apabila teras digerakkan ke dalam belitan dan akan berkurangan apabila digerakkan keluar belitan. Teras yang biasa digunakan ialah teras ferit dan teras besi serbuk. Terdapat beberapa bentuk pearuh boleh ubah iaitu di antaranya ialah pearuh yang menggunakan skru logam (tembaga) bagi melaraskan kedudukan teras itu sendiri mempunyai bebenang untuk pelarasan teras. Bagi pearuh boleh ubah berperisai, ia dipasangkan pada papan litar bercetak. Kelebihannya ialah perisai logam dapat mengelakkan komponen berhampiran daripada gangguan yang dihasilkan oleh pearuh.

3.3.4. Faktor mempengaruhi

3.3.4.1. 1) Bilangan lilitan (winding) dalam gelung.

3.3.4.2. 2) Ketelapan bandingan (jenis teras).

3.3.4.3. 3) Luas muka keratan rentas.

3.3.4.4. 4) Arus yang mengalir

3.3.4.5. 5) Panjang laluan fluks magnet.

3.3.4.6. 6) Jumlah fluks.

3.3.4.7. 7) Kekuatan magnet

3.3.4.8. 8) Kecepatan magnet itu ditujah ke dalam gelung.

4. Litar Elektrik - Litar asas mengandungi punca voltan, pengalir, suis dan beban. Punca voltan mempunyai daya gerak elektrik yang mewujudkan beza upaya merentasi beban supaya arus dapat mengalir dalam litar apabila suis ditutup. Contoh punca voltan ialah sel kering.

4.1. Litar Siri

4.1.1. Litar siri ialah litar yang mengandungi dua atau lebih komponen yang disambung bersiri.

4.1.2. Dalam litar ini, arus mempunyai satu laluan sahaja. Nilai arus yang mengalir melalui semua komponen dalam litar adalah sama.

4.1.3. Nilai beza upaya merentasi setiap komponen bergantung kepada rintangan masing-masing.

4.2. Litar Selari

4.2.1. Litar selari mempunyai dua atau lebih komponen disambungkan merentasi punca voltan yang sama.

4.2.2. Nilai beza upaya yang merentasi setiap cabang adalah sama.

4.2.3. Nilai arus melalui setiap cabang bergantung kepada nilai rintangan cabang masing-masing.

4.3. Litar Siri Selari

4.3.1. Biasanya, litar siri dan litar selari digabungkan bersama. Kombinasi litar siri dan litar selari dikenali sebagai litar siri-selari.