TUTORIAL M6 & M7

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
TUTORIAL M6 & M7 by Mind Map: TUTORIAL M6 & M7

1. KLAUSA

1.1. TAKRIF

1.1.1. Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek + pedikat sebagai konstituen ayat.

1.1.2. Frasa tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsur utama yang wajib untuk status ayat.

1.1.3. Klausa juga berfungsi untuk membezakan fungsi sintaksis seperti subjek, predikat, objek, pelengkap dan keterangan.

1.1.4. Klausa ialah ayat dalam ayat. Pendeta Za'ba memanggilnya ayat kecil .

1.1.5. Asmah Haji Omar menyatakan klausa lebih kecil daripada ayat dan lebih besar daripada frasa dan perkataan

1.2. JENIS

1.2.1. Klausa bebas

1.2.1.1. - dilontarkan dengan intonasi yang sempurna

1.2.1.2. - bersifat sebagai ayat lengkap

1.2.1.3. - boleh berdiri sendiri

1.2.1.4. Contoh 1: awak cantik subjek : awak predikat : genius

1.2.1.4.1. Contoh ayat 1 adalah ayat bagi klausa bebas yang tidak kompleks. Namun, akan menjadi ayat lengkap jika diucapkan dengan intonasi yang betul.

1.2.1.5. Contoh 2 : awak cantik kerana awak pandai mendandan.

1.2.1.5.1. Contoh ayat 2 adalah ayat bagi klausa bebas yang lebih luas dan kompleks. Namun, klausa bebasnya masih awak cantik. Keterangannya, iaitu kerana awak pandai mendandan merupakan klausa tidak bebas.

1.2.2. Klausa tak bebas

1.2.2.1. - tidak boleh berdiri sendiri

1.2.2.2. - merupakan keterangan dalam binaan ayat kompleks

1.2.2.3. Contoh: saya akan beredar jika kerja sudah siap.

1.2.2.4. - klausa yang didahului dengan kata hubung seperti jika, kerana dan apabila

1.2.2.5. - klausa yang dipancangkan kepada klausa utama dalam satu binaan ayat yang sempurna

1.3. TUGAS KLAUSA

1.3.1. Sebagai Predikat

1.3.1.1. Contoh : Barang ini murah harganya.

1.3.1.1.1. predikatnya ialah klausa dalam bentuk songsang

1.3.2. Sebagai subjek

1.3.2.1. Contoh : Bagaimana indahnya istana tidak dapat saya ceritakan.

1.3.2.1.1. ayat pasif yang menunjukkan subjeknya terdiri daripada klausa dan predikatnya terdiri daripada frasa kerja pasif.

1.3.2.2. Contoh : Tidak dapat dipercayai bahawa Haziq memukul kucing itu.

1.3.3. Sebagai penerang

1.3.3.1. Contoh : Rafidah menerima berita bahawa orang tua itu sudah meninggal dunia.

1.3.3.1.1. klausa terikat dalam ayat tersebut ialah “bahawa orang tua itu sudah meninggal dunia.” Klausa ini terletak selepas frasa nama berita. Oleh sebab keududukannya itu selepas frasa nama berita, maka klausa ini iaitu “bahawa orang tua itu sudah meninggal dunia” bertugas sebagai penerang, iaitu penerang kepada frasa nama khabar.

1.3.4. Sebagai pelengkap

1.3.4.1. Contoh : Aku yakin bahawa aku boleh lulus peperiksaan pada akhir tahun ini.

1.3.4.1.1. klausa ini terletak selepas kata adjektif ‘yakin’. Berdasarkan kedudukannya jelaslah bahawa tugas klausa itu sebagai pelengkap, iaitu pelengkap kepada adjektif ‘yakin’. Hal ini demikian kerana, pelengkap wujud selepas kata adjektif.

1.3.5. Sebagai objek

1.3.5.1. Contoh : Saya tidak dapat menerangkan bahawa bagaimana indahnya istana Melaka itu.

1.3.5.1.1. Klausa bawahan dalam ayat tersebut ialah “bahawa bagaimana indahnya istana Melaka itu”. Kata bahawa ialah kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama “saya tidak dapat menerangkan”. Letak klausa bawahan itu sesudah kata kerja transitif menerangkan. Kata kerja transitif mestilah diikuti oleh objek. Oleh itu, klausa bawahan “bahawa bagaimana indahnya istana Melaka itu” bertugas sebagai objek kepada kata kerja transitif menerangkan.

1.3.6. Sebagai keterangan

1.3.6.1. Contoh : Sebelum aku pergi ke Sandakan, aku ingin menemuimu.

1.3.6.1.1. Klausa “sebelum aku pergi ke Sandakan” bertugas sebagai keterangan. Kata sebelum ialah kata hubungan pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama. Klausa “sebelum ke Sandakan” menyatakan makna waktu. Oleh sebab itu, klausa tersebut dikenali sebagai klausa keterangan waktu.

1.3.6.1.2. hanya akan berlaku sekiranya ada ayat pancangan (ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa (ayat kecil) dan adanya kata hubungan pancangan.