MALIK BENNABI

Lancez-Vous. C'est gratuit
ou s'inscrire avec votre adresse e-mail
MALIK BENNABI par Mind Map: MALIK BENNABI

1. PEMIKIRAN

1.1. 1. Memahami Teori Pembinaan Peradaban dan Tamadun

1.1.1. Peradaban berasaskan dua elemen yang penting iaitu: -Rohani (dimensi akal) -Fizikal.

1.1.2. Elemen rohani terdiri daripada unsur jiwa, pemikiran dan kebudayaan.

1.1.3. Elemen fizikal terdiri daripada dua unsur utama iaitu: -“Dimensi Individu” – mengandungi aspek keperibadian manusia dari unsur bakat, sikap dan disiplin. -“Dimensi Benda”- mengandungi unsur ekonomi dan teknologi.

1.1.4. Gabungan keseluruhan dimensi peradaban ini menghasilkan “Tamadun”.

1.1.5. Tamadun = Manusia + bumi + waktu

1.1.6. Tamadun ialah sebuah hasil keseluruhan gabungan unsur rohani dan fizikal dan hasil ini menjadi sumber, saluran dan alat bagi memenuhi segala keperluan dan perkhidmatan kepada kehidupan sesebuah masyarakat.

1.1.7. Tamadun ialah wahana/asas/teras kepada kemajuan sesebuah masyarakat.

1.1.8. Oleh kerana itu, penyelesaian terhadap masalah kemunduran masyarakat Islam harus bermula dengan mencari penyelesaian terhadap masalah tamadunnya.

1.2. 2. Membina Semula Kebudayaan Islam

1.3. Proses kebangkitan sebuah tamadun memerlukan budaya atau persekitaran yang sihat.

1.4. Budaya ialah “pemangkin” yang akan menggerakkan proses pengabungan seluruh dimensi ketamadunan di dalam satu sistem yang menyeluruh.

1.5. Budaya boleh difahami sebagai “suatu gabungan seluruh unsur etika, akhlak dan nilai-nilai hidup seseorang insan sejak ia dilahirkan”. Ia meliputi unsur minat, tabiat, citarasa, tradisi dan persepsi.

1.6. Budaya tertumpu kepada aspek sistem dan disiplin kehidupan. Ia terbit dari proses latihan, pendidikan dan pengalaman.

1.7. Membina semula budaya memerlukan kepada sebuah ‘idea-idea pendorong” atau “fikrah diniyyah”.

1.8. Menurut Malik: “Agama” ialah unsur pendorong yang mampu membina sebuah kebudayaan masyarakat yang terbaik.

1.9. Menurut Malik: “Agama” ialah unsur pendorong yang mampu membina sebuah kebudayaan masyarakat yang terbaik.

1.10. Bagi Malik, masyarakat tidak berhadapan dengan masalah keyakinan agama, tetapi ‘bagaimana untuk menjadikan nilai-nilai agama Islam efektif atau berkesan dalam kehidupan masyarakat dalam segala dimensinya’.

1.11. Dalam kata lain, membina kebudayaan memerlukan usaha untuk memberikan fungsi sosial terhadap seluruh ajaran agama.

1.12. Malik berkata: “The problem of any people is that of its civilization”.

2. SUMBANGAN

2.1. Malik Bennabi merupakan seorang tokoh reformis yang unggul. -Menurut Asma Rashid: Beliau seorang mujahid yang sepanjang hidupnya menentang sikap taasub kepada sesuatu perkara, perhambaan mental dan fizikal. Tidak gentar melihat kenyataan yang sebenar dan sentiasa berada pada pihak yang benar dan pihak yang adil.

2.2. Menyatakan pendapat dan idea beliau terhadap ketamadunan dalam penulisan buku-buku beliau.

3. PENDAHULUAN

3.1. Malik Bennabi merupakan salah seorang tokoh yang penting dalam dunia Islam. Beliau sangat aktif dalam bidang falsafah dan pengaruh intelektualnya meluas dalam masyarakat Islam pada ketika itu.

4. LATAR BELAKANG

4.1. Malik Bennabi

4.2. Lahir pada 1905 M di Constantine, Algeria.

4.3. Keluarga dari kalangan berpegang kuat dengan agama.

4.4. Pendidikan di sekolah agama dan Perancis

4.5. Minat membaca dan beribadah.

4.6. Guru-guru yang mempengaruhinya: Syaikh Abdul Majid, Shaikh Abdul Hamid bin Badis.

4.7. Menyambung pengajian ke Perancis di bidang kejuruteraan setelah dihalang memasuki Institute of Oriental Studies bagi menjadi penguam akibat dasar politik penjajah.

4.8. Di Paris, terdedah dengan falsafah, sosiologi dan sejarah.

4.9. Memilih menumpu perhatian sebagai penulis di dalam bidang hal ehwal dunia Islam terutama bidang ketamadunan.

5. KARYA/KITAB

5.1. Amat terpengaruh dengan pemikiran Ibn Khaldun tentang teori jatuh bangun bangsa.

5.2. Buku-buku beliau: -The Quranic Phenomenon (1946) -The Question of Culture (1959) -His Life and Theory of Civilization

6. PENUTUP

6.1. Malik Bennabi amat komited dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang tokoh falsafah yang hebat

6.2. Hasil-hasil karyanya berkenaan dengan peradaban yang mana terkandung idea-idea dan gagasan beliau dijadikan rujukan oleh tokoh-tokoh falsafah Islam moden.

6.3. Oleh itu, dengan meletakkan fokus peradaban yang bersifat rohaniah seperti yang digagaskan Bennabi ini dapat membentuk sebuah kesatuan ummah yang lebih kompeten seperti masyarakat zaman Rasulullah dan Khulafa‟ al-Rasyidin. Selain itu, dengan penghayatan dan pegimplementasian teorinya ini dapat menyangkal teori Barat yang mendakwa peradaban hanya boleh dibangunkan unsur material (kebendaan).

7. RUJUKAN

7.1. Ahmad Nabil Amir, (2018). Tinjauan Tentang Falsafah dan Persepktif Malik Bennabi Tentang Peradaban. (Bennabi's Perspective and Philosophy On Civilization). International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM). https://www.researchgate.net/publication/340999918_TINJAUAN_TENTANG_FALSAFAH_DAN_PERSPEKTIF_MALIK_BENNABI_TENTANG_PERADABAN_BENNABI'S_PERSPECTIVE_AND_PHILOSOPHY_ON_CIVILIZATION

7.2. Amin al-Khalidiy. 2008. Malek Ben Nabi. Tokoh-tokoh Ilmuan Islam. http://ilmuankhalidy.blogspot.com/2008/05/malik-ben-nabi.html

7.3. Alwi Alatas. 2009. Malik on Civilization. Alwi Alatas’ Site. http://alwialatas.multiply.com/journal/item/74