Get Started. It's Free
or sign up with your email address
Penentangan by Mind Map: Penentangan

1. matlamat

1.1. mempertahankan hak & kedudukan pemerintah

1.2. mengembalikan & mengekalkan sistem pentadbiran tradisional sedia ada

1.3. menentang pentadbiran & peraturan bahru yang menyusahkan rakyat tempatan

2. penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa barat

2.1. kekuatan

2.1.1. muafakat

2.1.1.1. (7 kali mesyuarat, akhirnya Dato Maharaja Lela, Sultan abdullah , Ngah Ibrahim, Raja ismail, Dato sagor & pembesar lain berjaya membunuh J.W.W Birch) (Sharif Masahor dengan bantuan Dato’ Patinggi Abdul gapur berjaya menyerang Kanowit dan berjaya membunuh 2 pegawai British dan Brooke tidak dapat membuktikan beliau terlibat dalam pakatan itu)

2.1.2. kubu pertahanan

2.1.2.1. (Yamtuan Antah berjaya mematahkan serangan British pada peringkat awal kerana kekuatan kubu Paroi dan Kubu Bukit Putus- Bukit yang tinggi, berbukit bukau & dikelilingi hutan tebal) (Rentap berjaya mematahkan serangan keluarga Brooke sebanyak dua kali kerana kekuatan Kubu Bukit sadok- Kubu di kawasan Curam & perbukitan tinggi, dikelilingi hutan rimba & bukit batu kapur, halangan kayu belian setebal 2 kaki yang tidak boleh ditembusi oleh peluru, dan meriam “bujang Timpang Berang” )

2.1.3. persenjataan

2.1.3.1. (Dol Said memperoleh bantuan angkatan perang dari Rembau dan wilayah yang menjadi jiran Naning. Angkatan tersebut menggunakan senapang jenis flintlock & snider riffles ketika serang hendap British. Beliau juga menggunakan meriam kecil (lela rentaka) yang mudah dibawa)

2.1.4. perundangan

2.1.4.1. (Haji Abdul Rahman Limbong memohon lesen pleader (lesen peguam) untuk membela para petani. Beliau menuntut hak mengerjakan tanah harus mengikut hukum agama Islam)

2.2. kelemahan

2.2.1. penentangan bersenjata

2.2.1.1. British menggunakan meriam besar untuk menghancurkan kubu Yamtuan Antah

2.2.1.2. Brooke menggunakan meriam tembaga dan angkatan tentera yang lebih besar dalam menewaskan Rentap dalam serangan ketiganya.

2.2.2. ancaman perundangan Barat

2.2.2.1. petani menentang peraturan baharu dengan membersihkan tanah tanpa pas kebenaran

2.2.3. gagal mentafsir perjanjian

2.2.3.1. tindakan Sultan & pembesar mencabar Perjanjian Pangkor menemui kegagalan

2.2.4. tipu muslihat

2.2.4.1. muslihat British mendesak Sultan Muhammad IV Kelantan mengisytiharkan penderhakaan Tok Janggut agar rakyat tidak menyokong atau menyertai Tok Janggut

2.2.4.2. SBUB menggunakan muslihat untuk melemahkan perjuangan Mat Salleh

3. kesan penentangan masyarakat tempatan

3.1. kesan terhadap pentadbiran British

3.1.1. kerugian pentadbiran British

3.1.1.1. British rugi 100000 Pound Sterling - Perang Naning, 400000Pound Sterling- Perang Perak, 7000 Pound Sterling Perang Pahang

3.1.2. pemantapan kuasa British

3.1.2.1. British menguasai seluruh negeri Melayu

3.1.2.2. Dinasti Brooke berjaya meluaskan pengaruh dan wilayahnya di Sarawak

3.1.2.3. SBUB menguasai Sabah

3.1.3. British lebih berhati-hati dalam sistem pentadbiran

3.1.3.1. British melantikan residen yang berpengalaman, bijaksana, fasih berbahasa melayu, pandai mengambil hati & menguasai adat resam tempatan

3.1.4. British merompak semula Skrim Penempatan pegawai

3.1.4.1. penempatan pegawai British di negeri-negeri Melayu mestilah mengetahui adat istiadat Melayu)

3.2. kesan terhadap pemerintah dan pembesar tempatan

3.2.1. kesan terhadap pemerintah dan pembesar tempatan

3.2.1.1. kehilangan jawatan dan kedudukan- Dol Said, Dato Bahaman, Sharif Masahor

3.2.2. Kedudukan raja dan pembesar melayu diberi perhatian

3.2.2.1. British memperkenalkan DURBAR -Peluang kepada raja dan pembesar menyuarakan pendapat

3.2.2.2. Bahasa Melayu Bahasa Rasmi persidangan & Tulisan Jawi dalam urusan surat mesyuarat

3.2.3. menjadi inspirasi kepada pejuang kemerdekaan tanah air

3.2.3.1. memberikan semangat kepada pejuang kemerdekaan

4. matlamat dan bentuk penentangan masyarakat tempatan

4.1. bentuk penentangan

4.1.1. penentangan bersenjata

4.1.2. mencabar perjanjian

4.1.3. menggunakan sistem perundangan

4.2. penentangan bersenjata

4.2.1. Dol Said, Naning (Penghulu Naning Sri Merah Raja Dol Said)

4.2.1.1. suku semelenggung

4.2.1.2. sebab penentangan

4.2.1.2.1. menentang bayaran cukai hasil tahunan

4.2.1.2.2. mendakwa Naning ialah sebuah negeri yang merdeka

4.2.1.3. mengadakan pakatan menyerang British

4.2.1.3.1. pakatan berjaya mengumpul kira-kira 4000 orang

4.2.1.3.2. 1831, Perang Naning pertama, Dol Said mengalahkan British

4.3. Yamtuan Antah, Negeri Sembilan (Raja Radin Yamtuan Besar Negeri Sembilan)

4.3.1. Pembesar temerloh

4.3.2. sebab penentangan

4.3.2.1. menentang campur tangan British di Sungai Ujong & bimbang British meluaskan kuasa ke wilayah sekitarnya

4.3.3. Belia memimpin 4000 orang menetang dato kelana

4.3.4. 1876, baginda berunding dengan gabenor NNS, Yamtuan Antah dilantik menjadi Yamtuan Seri Menanti

4.4. Dato Bahaman ( Abdul Rahman bin Imam Noh)

4.4.1. Pembesar Temerloh

4.4.2. Sebab penentangan

4.4.2.1. hilang hak mengutip cukai & pembinaan balai polis tanpa pengetahuannya

4.4.3. 1891, gerakan menentang British dengan bantuan Tok Gajah & mat Kilau

4.4.4. Dato Bahaman, Tok Gajah & Mat Kilau manawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai

4.4.5. British menghantar Kolonel Walker dan berjaya menawan semula

4.4.6. Dato Bahaman, Tok Gajah & Mat Kilau berundur ke Kelantan. Perang Pahang berakhir

4.5. Rentap (Libau-nama asal) (Raja Ulu/Raja Darat)

4.5.1. Pemimpin orang Iban di Sungai Saribas & Sungai Skrang

4.5.2. Sebab penentangan

4.5.2.1. dituduh Brooke sebagai lanun & James Brooke menghapuskan petempatan orang Iban

4.5.3. 1853, Rentap menyerang kubu Brooke. Alan Lee terkorban

4.5.4. 1854, James Brooke menyerang kubu rentap. Rentap berundur

4.5.5. 1861, Charles Brooke menyerang kubu rentap di Bukit Sadok buat kali ketiga

4.5.6. Rentap berundur ke Entabai dan beberapa tahun kemudian beliau meninggal dunia

4.6. Sharif Masahor

4.6.1. Pembesar Sarikei

4.6.2. Sebab penentangan

4.6.2.1. Kewibawaan tergugat apabila Sarikei duduk di bawah pemerintah Brooke

4.6.2.2. mahu mengusir Brooke & mengembalikan kuasa pembesar

4.6.3. 1860, Sharif Masahor membuat pakatan sulit dengan Dato Patinggi Abdul Gapur dan Pengiran termenggung Hashim Jalil untuk mengulingkan dinasti Brooke

4.6.4. mereka dibuang negeri

4.7. Tok Janggut (Haji Hassan Bin Munas)

4.7.1. Mendapat pendidikan pondok di Kelantan & di Makkah

4.7.2. Sebab penentangan

4.7.2.1. Menentang kekerasan pentadbiran Encik Abdul Latif , Ketua jajahan Pasir Puteh

4.7.2.2. menentang peraturan cukai yang mewajibkan petani membayar cukai tanah

4.7.2.3. bersemangat jihad dalam menentang British

4.7.3. 1915, Tok janggut mengadakan mesyuarat bagi memboikot pengenalan cukai oleh British

4.7.4. Tok Janggut diserang oleh British di Kg Dalam Pupuh Saring dan terkorban

4.8. Mat Sallleh

4.8.1. berketurunan Bajau dan Suluk

4.8.2. Sebab penentangan

4.8.2.1. menentang tindakan SBUB kerana pembesar kehilangan kuasa & telah cuba buat rundingan dengan SbUB tetapi gagal sebaliknya gabenor SBUB menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB

4.8.3. Julai 1897, Mat Salleh menyerang pusat pentadbiran British di Pulau Gaya

4.8.4. 1900, Mat Salleh gugur dalam pertempuran di Tambunan

4.9. Mat Sator

4.9.1. Mat Sator merupakan orang Kanan & Ketua Leftanan Mat Salleh

4.9.2. Bertanggungjawab melindungi Kubu Mat Salleh di Tibabar

4.9.3. sebab penentangan

4.9.3.1. meneruskan perjuangan Mat Salleh & perjuangkan kedaulatan tanah air

4.9.4. Mat Sator membina kubu bagi melambatkan serangan British

4.9.5. 1900, Mat Sator berjaya menawan Kudat tetapi British menyerang balas yang menyebabkan beliau terkorban

4.10. Dato Maharaja Lela

4.10.1. Keturunan daeng

4.10.2. Orang besar berlapan Perak yang mentadbir Pasir Salak

4.10.3. Sebab penentangan

4.10.3.1. menentang kerana residen British mengambil kuasa Sultan, pengambilan hak kutip cukai mencabuli adat resam orang Melayu

4.10.4. J.W.W Birch dibunuh ketika menampal pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British pada 2 Nov 1875 oleh Dato Maharaja Lela dan pengikutnya

4.10.5. 1877, Dato Maharaja Lela, dato Sagor, Pandak Indut, Siputan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh British

4.10.6. Sultan Abdullah, Raja Ismail & Ngah Ibrahim dibuang negeri

4.11. Haji Abdul Rahman LImbong ( Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid)

4.11.1. Berasal dari Pattani & Terengganu

4.11.2. Merupakan ketua gerakan tani

4.11.3. sebab penentangan

4.11.3.1. menentang pengenalan pentadbiran Barat di Terengganu & menolak undang-undang tanah yang bertentangan dengan hukum syarak

4.11.4. bertindak sebagai peguam mewakili penduduk Ulu Telemong menentang pihak kerajaan

4.11.5. perbicaraan berpihak kepada beliau

4.11.6. kebangkitan Tani 1928, british menangkap beliau atas tuduhan menghasut

4.11.7. Beliau dibuang negeri ke Makkah

5. sistem pantadbiran barat memberikan kesan terhadapat kuasa pemerintah dan kehidupan masyarakat tempatan

5.1. Kuasa pemerintah

5.1.1. pentadbiran tempatan

5.1.1.1. pengenalan pegawai Majistret & pemungut Hasil

5.1.1.2. Perlantikan penasihat British

5.1.2. perundangan tempatan

5.1.2.1. British melaksanakan undang-undang Barat di Naning

5.1.2.2. Pembinaan Balai Polis & perlantikan Kapten speedy di Larut, Perak

5.1.3. Kewangan tempatan

5.1.3.1. Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim terjejas pendapatan apabila J.W.W Birch membatalkan pajakan punggutan cukai

5.1.3.2. Dato Bahaman & pembesar tidak dibenarkan memungut cukai apabila British memperkenalkan Pegawai Majistret & pemungut hasil

5.2. Kehidupan masyarakat

5.2.1. Kesengsaraan kepada rakyat

5.2.1.1. cukai menjejaskan kehidupan penduduk tempatan

5.2.2. perbezaan cukai terhadap petani di Pasir Puteh

5.2.2.1. Sebelum pentadbiran British, jika hasil tanaman sikit, cukai adalah rendah

5.2.2.2. selepas pentadbiran British, setiap tanah keluasan 400 depa persegi dikenakan cukai 3 kupang

5.2.3. masalah membayar cukai

5.2.3.1. penduduk juga mempunyai masalah untuk membayar cukai kerana pejabat cukai jauh dari tempat mereka & perlu dibayar mengikut waktu pejabat akibatnya mereka didenda & ditangkap

5.2.4. layanan tidak adil

5.2.4.1. SBUB menindas orang Murut. Mereka dilarang membuka tanah baharu untuk pertanian pindah/petempatan. SUami isteri dipaksa tinggal berasingan. Jika ingin berjumpa, mereka perlu membayar denda $1.00 Dolar