
1. DEFINISI
1.1. Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
1.2. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
2. IMPAK
2.1. Impak unsur JERI terhadap program pendidikan negara
2.1.1. Unsur Jasmani
2.1.1.1. Kepentingan menjaga dan kekuatan fizikal dalam Pendidikan Jasmani
2.1.1.2. Kepentingan menjaga kesihatan dan gaya hidup sihat dalam pembelajaran Kesihatan
2.1.1.3. Menanam semangat perpaduan, persaingan sihat dalam aktiviti sukan dan permainan
2.1.2. Unsur Emosi
2.1.2.1. Penekanan kepada aspek bimbingan dan kaunseling
2.1.2.2. Penekanan kepada interaksi yang luas di kalangan pelajar melalui aktiviti ko-kurikulum
2.1.3. Unsur Rohani
2.1.3.1. Penekanan kepada penerapan nilai murni merentasi kurikulum
2.1.3.2. Kepentingan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Agama Islam Moral- Teori dan Amali
2.1.4. Unsur Intelek
2.1.4.1. Penekanan kepada pendidikan seumur hidup
2.1.4.2. Pemupukan budaya membaca, belajar, berfikir, kreatif dan reflektif