Perjanjian Hudaibiyah (Dellcey, Arina)
von PSV10622 Dellcey Jotiol
1. Pada pendapat anda, apakah kepentingan Perjanjian Hudaibiyah terhadap perkembangan Islam?
1.1. Nabi dapat menyebarkan agama islam dengan lebih tenang dan aman
1.2. Orang Islam berpeluang menunaikan ibadat haji pada tahun hadapannya (629 Masihi) dan seterusnya.
1.3. Orang Islam dapat membuat perhubungan dengan kabilah Arab yang lain. Rasulullah menghantar utusan kepada kabilah-kabilah sekitar Madinah yg dinamakan”Sariyyah" pada tahun ke7 Hijrah
1.4. Berkembangnya syiar Islam dengan selesa merangka program dakwah Islamiyah ke seluruh pelosok Semenanjung Tanah Arab secara aman dan umat Islam semakin bertambah. Rasulullah juga menghantar utusan ke negeri asing untuk menyeru raja-rajanya peluk Islam.
1.5. Semakin ramai orang yang memeluk islam secara terbuka
2. Terangkan peristiwa yang membawa kepada termeterainya Perjanjian Hudaibiyah.
2.1. Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah termeterai ats disebabkan beberapa sebab. Antaranya ialah:
2.2. Keinginan untuk menunaikan umrah serta menziarahi Mekah
2.3. Halangan serta ancaman daripada kaum Musyrikin Quraisy kerana mereka menyangka rombongan umat Islam datang adalah untuk berperang dan ianya telah dihalang oleh Khalid bin al-Walid
2.4. Menghalau umat Islam secara diplomasi. Mereka telah menghantar utusan sebanyak empat kali bagi menghalau umat Islam keluar dari kota Mekah
2.5. Bai'ah al-Ridwan. Tercetus apabila mendapat khabar angin bahawa Sayidina Uthman bin Affan telah ditangkap dan dibunuh
3. Jelaskan kandungan Perjanjian Hudaibiyah.
3.1. Gencatan senjata selama 10 tahun.
3.2. Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.
3.3. Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.
3.4. Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian atau persahabatan dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan.
3.5. Orang Islam hanya dibenarkan memasuki Mekah pada tahun hadapannya dan disyaratkan hanya membawa senjata bersarung dan berada di Mekah tidak lebih daripada tiga hari.