1. Penerimaan Islam
1.1. Golongan paling awal menerima Islam ialah ahli keluarga dan sahabat rapat Nabi Muhammad
1.2. tertarik kepada ajaran Islam yang memberikan layanan yang sama kepada semua manusia.
1.3. Ada dalam kalangan mereka yang telah diseksa dengan kejam tetapi mereka tetap menerima Islam dengan penuh yakin.
1.4. kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w berdakwah
1.5. tidak memaksa orang ramai memeluk Islam tetapi memujuk mereka dengan menggunakan akal yang dianugerahi Allah
1.6. membacakan ayat al-Quran untuk menjawab pernyataan para sahabat.
1.7. mengenali peribadi Nabi Muhammad s.a.w yang sememangnya terkenal sebagai orang yang berakhlak mulia
2. Process
2.1. Perdagangan
2.1.1. pedagang Arab, India dan China menyebarkan dakwah Islamiah ke Asia Tenggara
2.2. Perkahwinan
2.2.1. berlaku antara ulama Islam dari India dan Semenanjung Tanah Arab
2.3. pengislaman golongan raja dan bangsawan
2.3.1. apabila raja memeluk Islam, rakyat akan mengikuti
2.4. kelahiran kerajaan Islam
2.4.1. Kesultanan Perlak ialah kesultanan Islam yang pertama di Asia Tenggara
3. Teori-teori
3.1. dari China
3.1.1. Emanuel Gadinho Eredia dan S.Q. Fatimi.
3.1.1.1. Eredia
3.1.1.1.1. Khan Fo atau Canton telah menjadi pusat perniagaan di kalangan peniaga Arab yang ber agama Islam sejak abad kesembilan Masihi.
3.1.1.1.2. Jalinan hubungan antara peniaga berkembang Islam di kalangan peniaga Cina di negara China.
3.1.1.1.3. Peniaga China Islam yang berdagang ke Asia Tenggara, telah menyebarkan Islam kepada Asia Tenggara.
3.1.1.2. Fatimi
3.1.1.2.1. perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy ke Asia Tenggara
3.1.1.2.2. penemuan Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu.
3.1.1.2.3. persamaan unsur seni bina di China dengan unsur seni bina pada masjid-masjid di Nusantara
3.2. dari India
3.2.1. Snouck Hurgronje, sejarawan Belanda
3.2.1.1. Islam menerusi India, dari wilayah Gujerat pelabuhan penting pada zaman pemerintahan Alaudin Khilji yang menjalinkan hubungan perdagangan dengan Asia Tenggara.
3.2.1.2. hubungan perdagangan yang begitu lama wujud antara India dengan Asia Tenggara membolehkan pedagang India Islam menyebarkan Islam ke rantau ini.
3.2.1.3. batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa, dan batu nisan Malik as-Salih di Pasai yang mempunyai ciri buatan dari pantai Koromandel.
3.2.1.4. Masyarakat Asia Tenggara mempunyai perkaitan yang rapat dengan India terutama dari segi budaya.
3.3. dari Arab/ Parsi
3.3.1. Syed Muhammad AL-Naguib Al-Attas
3.3.1.1. merujuk kepada sumber-sumber tulisan lama islam yang berkenaan dengan Kepulauan ini kita akan dapati bahawa tiada suatu pun laporan, rujukan atau sebutan yang merujuk kepada penulis atau kepada kitab yang berasal dari india atau digubah oleh orang India.
3.3.1.2. Mubaligh-mubaligh lama Islam di daerah ini pun terdiri dari orang-orang Arab atau Arab/Parsi
3.3.1.3. Kandungan faham keagamaan yang dibawa oleh mereka adalah bersifat Timur Tengah, bukan India.