pertukaran jantina menurut perspektif islam

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
pertukaran jantina menurut perspektif islam by Mind Map: pertukaran jantina menurut perspektif islam

1. Sebab kami memilih topik ini adalah disebabkan oleh masyarakat masa kini yang sewenang wenangnya mengubah kejadian Allah. lelaki menjadi perempuan dan sebaliknya. walhal perlakuan ini terang terangan ditegah oleh agama islam kerana dimurkai Allah dan dilaknat oleh nabi muhammad s.a.w.

2. HARUS (takmil) melakukan pembedahan jantina untuk menghilangkan shubhah atau keraguan kepada sifat kelakian atau kewanitaannya.

2.1. Islam mengharuskannya. Alasannya ialah untuk menarik kemaslahatan dan menghindarkan kemudaratan. Maslahat bagaimana? Dan mudarat bagaimana? Mudarat yang diperolehi ialah, kewujudan kaum pondan (dilahirkan dengan dua kelamin) boleh mengakibatkan pelbagai penyakit sosial. Antaranya ialah gejala homoseks yang boleh mengakibatkan tersebarnya kuman HIV. Teknologi perubatan pada hari ini mampu mengatasi masalah pondan ini dengan melakukan pembedahan menyempurnakan alat kelamin mereka. Dan Islam memandangnya sebagai baik dan bagus, kerana maslahat yang dicapai hasil dari pembedahan itu nanti lebih besar dari kemudaratannya.

3. Seorang dilahirkan dengan dua alat kelamin (zakar dan faraj), kemudian dia melakukan pembedahan untuk mematikan salah satu dari dua alat kelaminnya, dengan menghidupkan yang satu lagi. Dia menghidupkan salah satu alat kelaminnya bersesuaian dengan organ kelamin dalamannya. Tujuan pembedahan ini ialah untuk memperjelaskan identiti jantinanya yang sebenar. Seseorang dilahirkan dengan alat kelamin yang tidak sempurna, contohnya keadaan zakar seorang lelaki atau faraj seorang wanita tidak berlubang. Lalu dia menjalankan pembedahan untuk membuat lubang di bahagian yang sepatutnya.

4. khunsa terbahagi kepada dua. khunsa whadhih (jelas) dan khunsa musykil (tidak jelas).

5. Khunsa Wadhih (jelas). Pakar perubatan akan meninjau kepada kelenjar kelamin berpandukan kepada ujian pemeriksaan dan penyelidikan yang teliti, jika saluran kelenjaradalah ovum dan organ kelamin yang kelihatan ialah lelaki (zakar), maka ianya dikategorikan sebagai khunsa. Maka perlunya kepada pembedahan untuk menzahirkan organ kelamin wanita yang hakiki.

6. Khunsa Musykil (tidak jelas). Golongan ini mengandungi organ seksual, alat kelamin atau sistem reproduksi yang berupa buah testis dan telur ovari dan air kencing keluar serentak dari kedua-dua alat tersebut. Identiti jantina golongan ini sukar dibezakan atau hanya dapat dibezakan setelah mencapai akil baligh. Keadaan ini amat jarang terjadi

7. kesimpulannya, manusia diharamkan untuk mengubah kejadian ALLAH iaitu dengan menukar jantina mereka. melainkan jika ianya mendatangkan kemudaratan sebagai contoh khunsa

8. HARAM (taghyir) pembedahan penukaran jantina tanpa sebab-sebab yang diharuskan syarak

8.1. ALLAH berfirman yang bermaksud Dan saya (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotong-motongnya, dan akan saya suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), maka sungguh mereka mengubahnya. Barangsiapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain dari Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata. (Al-Nisa', 119)

9. Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan enam imam lainnya, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Allah mengutuk para wanita tukang tato, yang minta ditato, yang menghilangkan bulu muka, yang minta dihilangkan bulu mukanya, dan para wanita yang memotong giginya - Yang semuanya itu dikerjakan dengan tujuan untuk kecantikan dengan mengubah ciptaan Allah."

9.1. menukar jantina adalah diketegorikan sebagau mengubah ciptaan ALLAH

10. عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ. Yang bermaksud, daripada Ibnu ‘Abbas, katanya, “Rasulullah saw mela‘nat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki.”

11. عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ وَقَالَ: أَخْرِجُوهُمْ مِنْ بُيُوتِكُم. Yang bermaksud, daripada Ibnu ‘Abbas. katanya, “Nabi saw mela‘nat lelaki yang berperangai pondan dan perempuan yang berperangai lelaki. Baginda bersabda, usirlah mereka dari rumah kamu.”