Pendidikan dalam bahasa Melayu

시작하기. 무료입니다
또는 회원 가입 e메일 주소
Pendidikan dalam bahasa Melayu 저자: Mind Map: Pendidikan dalam bahasa Melayu

1. Ordinan Pelajaran, 1952

1.1. Laporan sebuah jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh kerajaan British di Tanah Melayu/ Malaya untuk mengkaji Laporan Barnes(1950) dan Fenn-Wu (1951).

1.2. Cadangan-cadangan.

1.2.1. Sekolah Kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan. Sekolah vernakular tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.

1.2.2. Bahasa Cina dan Tamil cuma diajar sebagai bahasa ketiga.

1.3. Tidak dapat dilaksanakan kerana berlaku darurat dan kekurangan wang.

2. Penyata Razak, 1956

2.1. Merupakan cadangan pendidikan yang ditulis sebagai usaha membentuk Persekutuan Tanah Melayu.

2.2. Nama diambil sempena nama Menteri Pelajaran iaitu Tun Abdul Razak dengan matlamat membentuk semula sistem pendidikan di Malaya.

2.3. Bertolak ansur diantara laporan Barnes dan laporan Fen-Wu dengan perkara penting yang dicadangkan iaitu mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan(SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan(SRJK).

2.4. Cadangan-cadangan.

2.4.1. Semua sekolah mempunyai sukatan yang sama di tanah air.

2.4.2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantar utama.

2.4.3. Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah.

2.4.4. Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar di sekolah jenis kebangsaan.

2.4.5. Sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

2.4.6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.

2.4.7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah yang berkelayakan.

2.4.8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.

2.4.9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.

3. Laporan Barnes 1950

3.1. Penting dalam menentukan sistem pendidikan Malaysia selepas kemerdekaan 1957.

3.2. Diketuai oleh L J Barnes.

3.3. Tujuan: menyiasat dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.

3.4. Cadangan-cadangan

3.4.1. Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.

3.4.2. Satu jenis sekolah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

3.4.3. Pelajaran Bahasa Cina dan Tamil disediakan jika pelajar melebihi 15 orang.

3.4.4. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan Bahasa Inggeris diajar di sekolah melayu.

3.4.5. Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

3.4.6. Sekolah vernakular ditukar kepada Sekolah Kebangsaan dan menggunakan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.

4. Laporan Fenn-Wu 1951

4.1. Diadakan sebagai reaksi penduduk Cina terhadap laporan Barnes.

4.2. Diketuai oleh Dr Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu Negara China) dan Professor Dr. Wu Teh Yao yang bekerja dengan PBB.

4.3. Cadangan-cadangan

4.3.1. Sekolah Vernakular dibenarkan beroperasi dan menggunakan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, dan Tamil.

4.3.2. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (sekolah Inggeris) dikekalkan.

4.3.3. Sekolah-sekolah vokasional terus dikembang untuk memenuhi keperluan tenaga kerja mahir untuk pembangunan negara Persekutuan Tanah Melayu/ Malaysia.