Perbezaan Ciri-ciri Bagi ADHD dan Autisme
저자: Shafiqa Adiba Binti Kamarolhisam
1. ADHD
1.1. Definisi: Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) atau Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak.
1.2. Jenis-jenis: 1. Inattentive : sukar untuk memberi tumpuan 2. Hyperactivity : terlalu aktif dan suka mengikut gerak diri 3. Inattentive + Hyperactivity
1.3. Ciri-ciri : 1. Cepat berasa bosan 2. Sangat cuai 3. Sukar mengikut arahan 4. Tidak boleh duduk diam 5. Susah untu fokus 6. Terburu-buru 7. Bertindak mengikut emosi 8. Susah tidur malam
1.4. Masalah berkaitan ADHD : 1. Kurang daya tumpuan 2. Hiperaktif 3. Sering melakukan kesalahan yang sama ketika proses pengajaran dan pembelajaran 4. Sering menunjukkan tingkah laku tidak sabar 5. Gagal mematuhi arahan
2. Autisme
2.1. Definisi: Suatu keadaan di mana berlakunya gangguan perkembanggan neuro. Disebabkan gangguan tersebut, individu tersebut mempunyai perkembangan yang berbeza berbandingan dengan mereka yang seusia.
2.2. Jenis-jenis: 1. Aspek Komunikasi dan Interaksi Sosial 2. Aspek Tingkahlaku
2.3. Ciri-ciri: Aspek Komunikasi dan Interaksi Sosial 1. Sukar memahami komunikasi bukan lisan (cth: ekspresi muka, pergerakan tubuh dan isyarat) 2. Menunjukkan gangguan dalam aspek interaksi sosial seperti mengekalkan kontak mata individu yang sedang bercakap dengannya. 3. Mengalami kesukaran membina perhubungan seperti persahabatan, berkongsi kegembiraan, minat dan aktiviti 4. Sukar memahami emosi individu disekeliling mereka. Aspek Tingkahlaku 1. Menunjukkan ciri-ciri tingkahlaku rigid kepada rutin harian atau aktiviti. (Cth: Pergi ke sekolah hanya mengikut jalan yang sama, mengguna cawan yang sama, duduk di meja yang sama) 2. Individu autisme akan tertekan dan sedih jika berlaku perubahan yang mendadak. 3. Menunjukkan pergerakan badan atau objek secara berulang dan bercakap secara berulang atau dikenali sebagai echoladia 4. Menunjukkan pergerakan badan yang tidak fleksibel dan berulang (seperti melompat setempat, mengimbas-imbas tangan, jalan berjengkit, memusingkan badan) 5. Minat yang tidak fleksibel dan terhad kepada sesuatu objek dan topik. 6. Dari segi permainan, individu autisme suka menyusun permainan secara memanjang atau bertingkat-tingkat. 7. Isu sensori: individu autisme bertindak balas dengan rangsangan deria yang diterima daripada persekitaran seperti bunyi, bau, rasa, cahaya dan tekstur yang dirasai di kulit