
1. العادة محكمة Adat dijadikan hakim/dijadikan rujukan hukum
1.1. dalil
1.1.1. وَعَاشِرُوهُنَّ بِٱلْمَعْرُوفِ ۚ
1.1.2. قال الله تعالى: (خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وأعرض عن الجاهلين) [الأعراف: 199]
1.2. syarat kehujahan
1.2.1. Mestilah digunakan secara meluas atau menyeluruh dan bukan yang rare cases
1.2.2. Umum di dalam majoriti negara Islam
1.2.3. Tak bertentangan dengan hukum lain yang mempunyai hujah atau dalil nas
1.2.4. Tidak ada dalil khusus untuk kes tersebut dari quran dan hadis
1.2.5. Adat tersebut konsisten (مطردة) atau dominan (غالبة)
1.2.6. Adat tersebut tidak menyalahi al-Quran-Sunah yang sabit dan kaedah-kaedah hukum yang qat’iy
1.2.7. Adat tersebut masih aktif (sejak dahulu),
1.3. perbezaan urf dan adat
1.3.1. majoriti ulama menyamakan antara al-'Urf dengan al-'Adah
1.3.2. setengah pendapat: al-'Adah itu kemungkinan atau kadang kala lahir daripada orang perseorangan serta kumpulan orang ramai. Manakala al-'Urf pula kemungkinan lahir melalui orang ramai sahaja
1.3.3. Setengah ulama menyatakan al-'Adah lazimnya tertumpu pada perbuatan sahaja. Manakala al-'Urf pula kebiasaannya tertumpu pada perkataan sahaja
1.4. hukum drpd kaedah
1.4.1. 1. harus muamalat Mudarabah (pelaburan) berasaskan al-‘urf 2. Harus mewakafkan barang yang dapat dipindahkan melalui al-urf
1.5. kaedah terbitan
1.5.1. .1استعمال الناس حجة يجب العمل بها Apa yang dilakukan atau dilaksanakan oleh orang ramai, merupakan hujah yang wajib diamalkan
1.5.2. المعروف عرفاً كالمشروط شرطاً Sesuatu yang telah terkenal menurut ‘uruf, seperti sesuatu yang disyaratkan dengan sesuatu syarat
1.5.2.1. huraian : , sesuatu perkara yang telah terkenal di kalangan masyarakat sebagai suatu adat dan kebiasaan, ia ada kekuatan hukum yang sama dengan apabila hal itu dinyatakan sebagai suatu syarat yang harus berlaku di antara mereka.
1.5.2.2. hukum daripada kaedah :
1.5.2.2.1. yang menggunakan barangan orang lain tanpa sesuatu akad, namun apabila pada penggunaan barangan tersebut telah menjadi kebiasaan, dimana penggunaannya mesti menjelaskan wang yang setimpal dengan penggunaan barang tersebut.
1.5.3. التعيين بالعرف كالتعيين بالنص Menentukan dengan dasar ‘urf, seperti menentukan dengan nas
1.5.3.1. Contoh: Tentang sewaan, dimana nas tidak menetapkan secara jelas cara juga bentuk menggunakan manfaat barang sewaan. Justeru, al-'Urf dan al-'Adah yang mengambil tempat pada kedudukan nas.
1.5.4. لا ينكر تغير الأحكام بتغير الأزمان Tidak dapat diingkari adanya perubahan hukum ekoran perubahan masa
1.5.4.1. huraian :Hukum yang terbina berdasarkan adat dan urf boleh berubah disebabkan perubahan masa/keadaan/tempat dan bukan disebabkan perbezaan hujah dan dalil - Contoh: Imam Syafie merubah sebahagian pendapatnya apabila berpindah daripada Iraq (qaul qadim) ke Mesir (qaul jadid)
1.5.4.2. hukum drpd kaedah
1.5.4.2.1. 1. Tindakam Khalifah Omar memerintahkan solat terawih dilakukan secara berjemaah di bawah 1 imam agar ia menjadi lebih teratur dan tertib 2. Khalifah Omar tak memberi zakat kepada muallaf dengan pertimbangan Islam sudah kuat 3. Khalifah Omar tak memotong tangan pencuri pada zaman kebuluran dengan pertimbangan keadaan kesulitan ekonomi 4. Susah nak cari saksi yang benar2 ‘adil pada zaman sekarang, jadi penyaksian saksi yang tidak mencapai syarat ‘adil juga boleh diterima. Tapi masih kena usaha untuk cari saksi paling ‘adil antara mereka
2. al umur bimaqasidiha
2.1. dalil
2.1.1. إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى
2.1.2. وَمَآ أُمِرُوٓا۟ إِلَّا لِيَعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ
2.1.3. لا عمل لمن لا نية له
2.2. kaedah terbitan
2.2.1. النية في اليمين تخصص اللفظ العام ولا تعم الخاص Niat berkaitan dengan sumpah dapat mengkhususkan lafaz umum, namun ia tidak mengumumkan lafaz khas.
2.2.1.1. huraian: Niat seseorang yang dilakukan dalam sumpah boleh khususkan ucapan dan perkataan yang am / menjelaskan dan menerangkan perkataan mujmal dan mengikat perkataan yg mutlak
2.2.1.2. hukum dari kaedah
2.2.1.2.1. Sumpah yang mengkhususkan lafaz yang am
2.2.1.2.2. Sumpah yang memuqayyadkan (mengikat) lafaz mutlak
2.2.1.2.3. Sumpah yang memuqayyadkan (mengikat) lafaz mutlak
2.2.2. مقاصد اللفظ على نية اللافظ Sesuatu lafaz berdasarkan niat orang yang mengucapkannya
2.2.2.1. huraian: maksud-maksud lafaz terikat kepada niat orang yang melafazkan. Melainkan depan hakim, masa depan hakim kaedah ni tak terpakai /
2.2.2.2. hukum dari kaedah
2.2.2.2.1. Seseorang yang memanggil hambanya bernama Hurrah
2.2.2.2.2. Menguatkan bacaan dalam solat sbb berniat nak bagitau orang lain dia sedang solat, maka batal solatnya itu
2.2.3. الفرض لايتأدى بنية النفل Amalan fardhu tidak terlaksana dengan niat amalan sunat
2.2.3.1. huraian :1. Haji dan umrah kali pertama adalah wajib. Jadi kalau seseorang berniat nak buat haji/umrah dengan niat sunat, padahal tu pertama kali dia nak tunaikan haji/umrah, maka haji/umrah dia tu jadi ibadah yang fardhu 2. Mula2 baca tahiyat akhir, tapi dia ingat dia tengah tahiyat awal, lepastu baru dia sedar dia dalam keadaan tahiyat akhir, maka terhasil tahiyat akhir yang fardu itu
2.2.3.2. hukum dari kaedah
2.2.3.2.1. Seseorang bagi duit dgn niat zakat (fardhu) dan sedekah biasa (sunat) serentak, yang dikira hanyalah sedekah sunat tu
2.2.4. وما يشرط فيه التعرض فالخطأ فيه مبطل Sesuatu amalan yang mana dalam perlaksanaannya disyaratkan mempastikan atau menjelaskan niat, jika berlaku kesilapan dalam mempastikan atau penjelasan menyebabkan terbatal atau tidak sah.
2.2.4.1. huraian: ibadat/amalan yang memang mensyaratkan niat, dan niat dia tersilap, maka terbatal ibadah/amalannya itu
2.2.4.2. hukum dari kaedah
2.2.4.2.1. Nak puasa, tapi niat solat, maka tak sah puasanya
2.2.5. العبرة في العقول للمقاصد والمعاني لا للألفاظ والمباني Apa yang dikira dalam akad atau perjanjian ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan bentuk perkataan
3. اليقين لا يزال بالشك
3.1. dalil
3.1.1. قال تعالى: (إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا) [سورة يونس: 36].
3.2. kaedah terbitan
3.2.1. 1الأصل بقاء ما كان على ما كان Sesuatu yang asal kekal sebagaimana asalnya
3.2.1.1. huraian: rentatan dari dalil istishab / Apabila seseorang itu meragukan tentang sesuatu hukum atau perkara, yang terpakai adalah apa yang telah ada/currently ada sehinggalah terdapat hukum lain yang mengubahnya
3.2.1.2. hukum dari kaedah
3.2.1.2.1. Hal muamalat – Hutang, penghutang kata dah bayar tapi pemiutang kata belum bayar
3.2.1.2.2. Hal munakahat – Suami keluar rumah, hialng taktau pi mana, isteri tak boleh kawhin dgn orang lain kerana hubungan perkahwinan tu masih dianggap valid
3.2.1.2.3. Hal ibadat – Org berpuasa makan dan dia syak sama ada matahari dah terbenam atau belum, maka batal puasanya kerana mengikut asalnya matahari belum terbenam
3.2.2. الأصل براءة الذمة (Al Aslu Baraatil Zimmah) Hukum asal seseorang itu adalah terlepas daripada sebarang tanggunjawab
3.2.2.1. huraian :Seseorang itu tidak dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu perkara sehingga datang bukti atau dalil yang sebaliknya (konsep Innocent until proven guilty)
3.2.3. الأصل العدم Asal segala sesuatu adalah tiada
3.2.3.1. huraian : Apabila berlaku keraguan ke atas sesuatu perkara diatas datangnya sifat sifat yang baharu, maka hukum yang asal itu kekal dan keraguan diatas yang baharu itu ditolak
3.2.4. الأصل في كل حادث تقديره بأقرب زمن Asal setiap yang berlaku diambil kira masa yang paling hampir
3.2.4.1. huraian : Apabila berlaku keraguan keatas sesuatu hukum atas asbab perbezaan waktu, maka tetap hukum keatas perkara yang paling hampir tempoh waktunya
3.2.4.2. hukum dari kaedah
3.2.4.2.1. Seseorang solat berwuduk daripada sebuah perigi selama beberapa hari. Pada hari berikutnya dia dapati ada bangkai dalam perigi tersebut. Justeru, dia tidak wajib mengganti kesemua solat yang telah ditunaikannya, kecuali solat yang ditunaikan dengan wuduk terakhir yang dia yakin berwuduk dengan air bernajis.
3.2.5. .5الأصل في الكلام الحقيقة(Al Aslu fil Kalami Al Haqiqah) : Hukum asal pada sesuatu kalimah itu adalah dikira maknanya yang hakiki/sebenar
3.2.5.1. huraian : Hukum ke atas sesuatu perjanjian itu adalah disandarkan kepada makna asal orang yang berjanji semasa perjanjian itu dimeterai
3.2.5.2. hukum dari kaedah
3.2.5.2.1. Kalau dia kata nak wakafkan harta kepada anaknya, maka ia bermaksud anaknya sahaja lah bukan bermaksud cucunya sekali
3.3. pengecualian
3.3.1. 1. Kalau terkena najis kat pakaian dan tak dapat tentukan bahagian mana yang tekena, wajib basuh seluruh pakaiannya 2. Seorang pemburu tembak binatang buruan guna panah dan binatang tu pun lari, bila dah jumpa balik nampak binatang buruan tu dah mati, tapi taktaumati sebab kena panah ataupun mati jatuh bukit masa berlari tadi, jadi binatang tu tak halal untuk dimakan 3. Seorang musafir menjadi makmum di mana dia tak pasti imam tu musafir atau bermuqim, so dia tak boleh solat secara qasar, dia kena solat secara sempurna/penuh 4. Seorang musafir taktau dia dah sampai ke tempat dia bermuqim ataupun belum, bila dah tak pasti tu dia tak boleh solat qasar