马上开始. 它是免费的哦
注册 使用您的电邮地址
Agenda-21 作者: Mind Map: Agenda-21

1. Objektif

1.1. Menaik taraf hidup bagi yang memerlukan

1.2. Mengurus dan melindungi ekosistem dengan baik

1.3. Masa hadapan yang lebih sejahtera kepada semua

2. 10 prinsip untuk mencapai kelestarian

2.1. Prinsip 1

2.1.1. Manusia menjadi fokus pembangunan lestari.

2.2. Prinsip 2

2.2.1. Semua negara mempunyai hak sepenuhnya untuk memanfaatkan sumber-sumbernya unutk memantapkan polisi-polisi alam sekitar dan pembangunannya sendiri, dan bertanggungjawab memastikan bahawa aktiviti-aktiviti di bawah bidang kuasa dan kawalannya tidak menyebabkan kerosakan alam sekitar negara lain atau kawasan melampaui batasan bidang kuasa negaranya.

2.3. Prinsip 3

2.3.1. Hak untuk membangun mesti ditunaikan bagi memenuhi keperluan pembangunan dan alam sekitar yang saksama unutk generasi kini dan akan datang.

2.4. Prinsip 4

2.4.1. Untuk mencapai pembangunan lestari, perlindungan alam sekitar hendaklah mengandungi proses pembangunan yang terkamir dan tidak boleh dipertimbangkan secara berasingan.

2.5. Prinsip 5

2.5.1. Semua Negara dan rakyat hendaklah bekerjasama membasmi kemiskinan sebaga suatu keperluan yang wajib unutk pembangunan lestari, dalam usaha mengurangkan perbezaan kualiti hidup dan memenuhi keperluan majoriti penduduk dunia dengan lebih baik.

2.6. Prinsip 6

2.6.1. Keadaan dan keperluan-kepeeluan khas negara membangun, terutama negara kurang membangun dan terlalu terdedah kepada bahaya alam sekitar haruslah diberi keutamaan khusus. Tindakan-tindakan antarabangsa dalam bidang alam sekitar dan pembangunan hendaklah juga mengambilkan kepentingan semua negara.

2.7. Prinsip 7

2.7.1. Setiap negara hendaklah bekerjasama dalam semangat perkongsian sedunia untuk memulihara, melindungi dan mengekalkan kesihatan dan integriri ekosistem bumi. Memandangkan sumbangan yang berbeza terhadap kemusnahan alam sekitar sedunia, negeri mempunyai tanggungjawab yang sealiran tetapi berlainan. Negara maju mesti memhami tanggungjawab yang sealiran tetapi berlainan. Negara maju mesti memahami tanggungjawab yang mereka pikul dalam susulan antarabangsa mengenai pembangunan lestari memandangkan tekanan yang diberika oleh rakyat mereka ke atas alam sekitar sedunia serta teknologi dan sumber kewangan yang mereka kuasai.

2.8. Prinsip 8

2.8.1. Untuk mencapai pembangunan lestari dan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua rakyat, negara hendaklah mengurang dan memberhentikan pola-pola pengeluaran dan kepenggunaan yang tidak lestari dan memajukan polisi-polisi demografi yang sesuai.

2.9. Prinsip 9

2.9.1. Negara-negara hendaklah bekerjasama mengukuhkan keupayaan masyarakat terpinggir untuk pembangunan lestari dengan mempertingkatkan kefahaman saintifik dan teknologi dan dengan mempertingkatkan pembangunan, penyesuaian, pengembangan dan pemindahan teknologi baru dan inovatif.

2.10. Prinsip 10

2.10.1. Isu alam sekitar sebaik-baiknya ditangani dengan penyertaan semua rakyat terkesan pada semua peringkat yang relevan. Pada peringkat kebangsaan, setiap individu haruslah mempunyai akses yang sesuai kepada maklumat mengenai alam sekitar yang diwujudkan oleh pihak berkuasa awam, termasuk maklumat tentang bahan-bahan merbahaya dan aktiviti-aktiviti di dalam komuniti mereka dan peluang penglibatan mereka di dalam proses membuat keputusan. Negara hendaklah membantu dan menggalakkan kesedaran dan penglibatan awam dengan menyebar maklumat secara meluas.

3. Latar belakang

3.1. Ianya bermula dari Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Tentang Alam Sekitar dan Pembangunan (UNCED) @ Sidang Kemuncak Bumi (Earth Summit) di Rio de Jeneiro, Brazil dari 3 hingga 14 Jun 1992. Persidangan ini telah dihadiri dan ditandatangani oleh lebih 178 negara termasuk Malaysia.

4. Kandungan

4.1. 4 bahagian

4.1.1. Bahagian 1

4.1.1.1. Dimensi Sosial & Ekonomi

4.1.2. Bahagian 2

4.1.2.1. Pemeliharaan & Pengurusan Sumber untuk Pembangunan

4.1.3. Bahagian 3

4.1.3.1. Memperkasakan Peranan Kumpulan Besar

4.1.4. Bahagian 4

4.1.4.1. Menekankan Pelaksanaan

5. Tujuan

5.1. Pembangunan Lestari

5.1.1. Ekonomi

5.1.1.1. Pembangunan masyarakat

5.1.2. Sosial

5.1.2.1. Ekologi mendalam/utopianism

5.1.3. Alam sekitar

5.1.3.1. Pemuliharaan

6. Definisi

6.1. Sstu program tindakan pembangunan mampan global. Angka "21" menandakan abad ke-21. Abad 21 bermula dari tahun 2000 hingga kini.