ORGANISASI KANDUNGAN
作者:NUR SHAZLEEN AMIRA BINTI SHAMSUL ANUAR Moe
1. PENDEKATAN MODULAR
1.1. kemahiran dipecahkan kepada unit-unit kecil yang dikenali sebagai modul. Kemahiran bahasa distrukturkan dengan menggunakan pendekatan modular untuk memastikan penguasaan kecekapan berbahasa yang baik. Kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis akan disokong oleh Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa untuk mengukuhkan kecekapan berbahasa murid.
2. SISTEM BAHASA
2.1. Tatabahasa
2.2. Sebutan & Intonasi
2.3. Kosa kata
2.4. Peribahasa
2.5. Ejaan
3. STANDARD KURIKULUM
3.1. penekanan pada SK dan SP yang perlu diketahui dan boleh dilakukan oleh murid.
3.2. SK dan SP ini berpaksikan kemahiran bahasa dan sistem bahasa yang disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum
3.2.1. Standard Kandungan (SK): Pernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai
3.2.2. Standard Pembelajaran (SP): Pernyataan tentang penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian murid bagi setiap standard kandungan.
3.2.3. Standard Prestasi (SPi): Suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid (indicator of success)