adab menerima dan melayan tetamu

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
adab menerima dan melayan tetamu by Mind Map: adab menerima dan melayan tetamu

1. 5. MENYEDIAKAN KEMUDAHAN YANG BAIK KEPADA AHLI KELUARGA: Terutama apabila tetamu hendak bermalam

2. 4. MENJAMU TETAMU: Sedia makanan terbaik mengikut kemampuan Jemput tetamu makan dan jangan mengemas hingga tetamu selesai makan

3. 3. BERMUKA MANIS: Sentiasa senyum. Berbual-bual. Tutur kata tidak menyinggung perasaan

4. 2. BERSIFAT IKHLAS DAN BERLAPANG DADA: Gembira tetamu datang Tidak merasa kedatangan tetamu mengganggu aktiviti harian

5. 1. MEMBERI LAYANAN YANG BAIK: Menyambut tetamu Bersalaman Mempersilakan masuk Menyediakan tempat selesa

6. Wajib melayan tetamu secara istimewa mengikut kemampuan tuan rumah terutama pada hari pertama datang.

7. Tetamu : Orang yang menziarahi orang lain sama ada dijemput ataupun tidak dijemput.

8. ADAB TERHADAP TETAMU.

9. ADAB SEBAGAI TETAMU -Berkunjunglah mengikut masa yang sesuai. -Berilah salam terlebih dahulu sebelum masuk. -Masuk setelah dijemput dan duduk di tempat yang disediakan dengan sopan. -Elakkan diri daripada memandang liar ke arah peralatan di dalam rumah. -Makan makanan yang disediakan dengan sopan apabila dijemput. -Ucapkan terima kasih terhadap layanan yang diberikan. -Ucapkan salam sebelum pulang. -Bermalam tidak melebihi tiga hari. -Tidak membawa orang lain bersama sebelum mendapat kebenaran tuan rumah

10. BATAS PERGAULAN BERSAMA TETAMU -Pakaian bersih, menutup aurat dan kemas. -Jaga suasana rumah supaya tidak mengganggu ketenteraman tetamu. -Elak melakukan sesuatu yang menjatuhkan maruah tetamu. -Maklumkan tetamu sekiranya ingin meninggalkan rumah kerana ada tugas luar.

11. KELEBIHAN MELAYAN TETAMU -Mendapat ganjaran pahala dan keampunan Allah SWT. -Murah rezeki, dirahmati, dan diberkati Allah -Bertambah kasih sayang antara tetamu dan tuan rumah yang dikunjungi. -Mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat perpaduan. -Membantu perkembangan institusi pelancongan.

12. IMPLIKASI TIDAK BERADAB DENGAN TETAMU -Tetamu berasa terhina dan tidak dihormati -Menimbulkan pergaduhan dan perpecahan. -Menghilangkan rasa kasih sayang antara masyarakat. -Menjauhkan orang bukan islam daripada mendekati dan memahami Islam. -Menjadikan industri pelancongan tidak mendapat sambutan. -Menjatuhkan imej diri, masyarakat dan Negara.