Dunia Tanpa Sempadan Meruntuhkan Budaya Bangsa
by Pelajar NUR AZLIN BINTI NORIZAN
1. Pencadang 1
1.1. Ucapan alu-aluan
1.2. KONSEP Dunia- nama am untuk seluruh tamadun manusia, secara tertentu pengalamn manusia, sejarah atau keadaan manusia pada umumnya, sedunia, iaitu mana-mana di bumi. Sempadan- sesuatu yang menjadi tanda pemisah di antara sesuatu kawasan dengan kawasan yang lain. Definisi Dunia Tanpa Sempadan Secara Umum: Sistem IT atau maklumat yang diperolehimelalui internet tanpa ada batasan walau di mana sahaja kita berada. Bebab bukti: pembangkang perlu bersemuka dengan kerajaan bahawa dunia tanpa sempadan tidak meruntuhkan budaya bangsa. Hujah Pertama: Menggunakan perkembangan teknologi untuk tujuan provokasi perkauman dan penghinaan agama. Di Malaysia- Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan , hak kebebasan bersuara kapada setiap warganegara. Implikasi: impak jangkauan teknologi komunikasi moden- ada individu yang tidak bertanggungjawab sengaja mengambil kesempatan mengundang kepada ketegangan -runtuh rukun hidup masyarakat Kesimpulan: Dunia tanpa sempadan membawa keburukan kerana menghakis budaya segelintir masyarakat.
2. Pencadang 2
2.1. Ucapan alu-aluan
2.2. Konsep : Pergaulan Bebas Contoh : - Terlalu terpengaruh dengan budaya Barat yang dilihat melalui dunia siber - Berani memuat naik gambar berdua-duaan atau bersentuhan tangan dalam laman sosial - Tidak menutup aurat semasa melakukan panggilan video dengan lelaki atau perempuan yang bukan muhrim - Teknologi-teknologi moden kini lebih memudahkan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim yang sedang bercinta untuk berhubung antara satu sama lain dengan mesra tanpa mengira batas agama Kesimpulan : Memberi ancaman kepada masyarakat dari segi budaya dan pergaulan
3. Pembangkang
3.1. Kata alu-aluan
3.2. Konsep: Dunia tanpa sempadan tidak meruntuhkan budaya bangsa kerana teknologi menjadi satu kemestian dalam kehidupan.
3.3. Teknologi satu kemestian: • medan rangkaian maklumat yang merangkumi semua dimensi kehidupan manusia. • mewujudkan satu golongan masyarakat yang berteraskan maklumat atau informasi untuk membolehkan mereka bersaing pada peringkat global.
3.4. Kesimpulan: melalui dua perkara dia atas jelas menunjukkan bahawa dunia tanpa sempadan tidak meruntuhkan buadaya bangsa malahan meningkatkan mutu budaya bangsa.