Pembentukan kontrak

Comienza Ya. Es Gratis
ó regístrate con tu dirección de correo electrónico
Pembentukan kontrak por Mind Map: Pembentukan kontrak

1. Definisi Ketentuan :- Menurut seksyen 30 Akta Konmtrak menyatakan , perjanjian yang mana maknanya tidak tentu atau tidak boleh ditentukan adalah batal . Ketentuan sesuatu kontrak berlaku apabila bahasa yang digunakan adalah kabur, dantidak jelas , atau kegagalan pihak-pihak terbabit untuk mencapai perjanjian terhadap perkara pokok atau syarat utama perjanjian.

2. Niat

2.1. Definisi Niat :- Seksyen 10 Akta Kontrak memperuntukan bahawa sesuatu perjanjian yang dicapai di antara pencadang dan penerima hanya akan menjadi suatu kontrak yang mengikat sekiranya kedua-dua pihak meniatkan perjanjian itu dan harus mempunyai kuatkuasa undang-undang

2.2. Perjanjian-perjanjian perniagaan :- Dalam perjanjian perniagaan atau perdagangan , andaian yang dikaitkan dalam perjanjian sebegini ialah pihak-pihak yang terbabit meniatkan perjanjian perniagaan mereka untuk mengikat di sisi undang-undang

3. Keupayaan

3.1. Definisi Keupayaan :- Seksyen 11 Akta Kontrak menyatakan hanya mereka yang dewasa, berakal sempurna dan tidak hilang kelayakkan di bawah mana-mana undang-undang dikatakan layak membuat kontrak. Ini bermakna, seseorang yang blum cukup umur atau tidak siuman atau telah hilang kelayakkan adalah tidak berhak untuk menyertai urusan kontrak

3.2. Kontrak Insurans :- Seksyen 4(a) Akta Kontrak (Pindaan) 1976), seorang kanak-kanak yang melebihi umur sepuluh tahun boleh memasuki kontrak insurans tetapi jika usianya kurang daripada 16belas tahun, dia hanya boleh melakukan dengan mendapatkan keizinan bertulis daripada ibu bapa atau penjaganya

4. Ketentuan

5. pembatalan Penerimaan :- Seksyen 5(b) Akta Kontrak menyatakan bahawa sesuatu penerimaan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi penerimaan itu adalaj lengkap terhadap penerima tetapi tidak selepasnya. Dapat disimpulkan bahawa sekiranya penerimaan dibuat secara pos, penerimaan tersebut boleh dibatalkan kepada bila-bila masa ianya sampai kepada pengetahuan pihak pecadang.

6. Definisi Penerimaan :- Seksyen 2(b) Akta Kontrak menyatakan bahawa penerimaan adalah suatu pernyataan persetujuan kepada syarat-syarat yang terkandung dalam sesuatu tawaran. Dengan adanya penerimaan,maka wujudlah suatu kontrak yang mengikat

7. Tawaran

7.1. Definisi Tawaran Mengikut 2(a) Akta Kontrak , cadangan dikatakan wujud apabila seseorang menyatakan kesudiannya kepada seseorang itu menahan diri daripada berbuat sesuatu. Dengan kata lain , tawaran adalah kesediaan pembuatnya untuk menjalin sesuatu hubungan yang sah dan mengikat di sisi undang-undang sama ada secara nyata atau termaklum dipersetujui oleh pihak penerima

7.2. Kepada siapa tawaran boleh ditujukan , tawaran boleh ditujukan kepada seseorang yang tertentu atau khusus yang mana penerima boleh dilakukan oleh orang itu sahaja dan tidak kepada orang lain

8. Penerimaan

9. Balasan

9.1. Definisi Balasan :- Balasan adalah 'harga' yang di bayar oleh sesuatu pihak untuk membeli janji atau perbuatan pihak yang satu lagi . Seksyen 2 (d) Akta Kontrak memperuntukkan, menurut kehendak pembuat janji sesiapa sahaja yang telah membuat atau menahan diri daripada membuat sesuatu maka perbuatan itu adalah disebut sebagai balasan untuk janji itu