BAB10 : MAHKAMAH BURUH

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
BAB10 : MAHKAMAH BURUH by Mind Map: BAB10 : MAHKAMAH BURUH

1. FUNGSI DAN PERANAN JABATAN TENAGA KERJA

1.1. Fungsi Pengurusan

1.1.1. I) Menyelia, mengawasi dan mengawal perjalanan jentera pentadbiran am jabatan

1.1.2. II) Melatih pegawai dan kakitangan

1.1.3. III) Menjalankan penyelidikan dan perancangan

1.2. Fungsi Operasi

1.2.1. A) Penguatkuasaan Undang-undang Buruh

1.2.1.1. i) Lakukan pemeriksaan Statutori ke tempat-tempat pekerjaan untuk tentukan peruntukan undang-undang buruh dipatuhi oleh pekerja dan majikan

1.2.1.2. ii) Menyiasat dan menyelesaikan aduan-aduan buruh dan tuntutan pampasan kerja

1.2.1.3. iii) Mengawal pengambilan dan penggajian pekerja-pekerja bukan pemastautin melalui pengeluaran Lesen untuk Menggaji Pekerja Bukan Permastautin

1.2.1.4. iv) Menjalankan pendakwaan ke atas pihak majikan yang melanggar peruntukan indang-undang buruh

1.2.1.5. v) Mengawal penggajian kanak-kanak, orang muda dan wanita

1.2.1.6. vi) Mengendalikan persoalan-persoalan dan rayuan daripada para majikan, pekerja, kesatuan sekerja serta masyarakat umum mengenai hal elwa buruh

1.2.2. B) Perkhidmatan Pekerjaan

1.2.2.1. i) Pendaftaran dan penempatan pencari-pencari kerja

1.2.2.2. ii) Bimbingan kerja dan khdimat nasihat

1.2.2.3. iii) Mengendalikan urusan berkaitan mobiliti pekerja tempatan

1.2.2.4. iv) Mengadakan lawatan kemajuan

1.2.2.5. v) Memproses permohonan bagi Lesen Agensi Pekerjaan Swasta

2. BIDANG KUASA KETUA PENGARAH

2.1. Mana-mana orang atau kelas orang

2.1.1. a) Yang termasuk dalam mana-mana kategori di Jadual Pertama AK1955 setakat masa yang ditentukan didalamnya

2.1.2. b) Berkenaannya Menteri membuat suatu perintah di bawah S2(3) atau S2A AK1955

2.2. S 69 AK1955, Kuasa Ketua Pengarah Menyiasat Aduan

2.2.1. 1) Menyiasat dan membuat keputusan ke atas sebarang pertikaian antara pekerja dan majikan berkenaan gaji dan bayaran lain di sebelah :

2.2.1.1. a) Sebarang terma kontrak perkhidmatan

2.2.1.2. b) Sebarang peruntukan di bawah akta atau sebarang undang-undang kecilnya

2.2.1.3. c) Sebarang peruntukan Akta Majlis Penetapan Gaji 1947 atau perintahnya

2.2.2. 2) Mendengar dan membuat keputusan ke atas sebarang tuntutan oleh :

2.2.2.1. a) Seorang pekerja di bawah S33 AK1955

2.2.2.2. b) Seorang kontraktor kecil bagi buruh (subcontractor for labour) terhadap kontraktor atau kontraktor kecil

2.2.2.3. c) Seorang majikan terhadap pekerjanya berkenaan bayaran ganti rugi di bawah S13(1) AK1955

2.2.3. 3) Menyiasat dan mengesahkan atau menolak sebarang keputusan yang dibuat di bawah S14(1) AK1955

2.2.4. 4) Mengenakan faedah atas dasar 8% atau kurang setahun dikirai mula hari ke-31 dan tarikh perintah Mahkamah Buruh sehingga hari perintah ini dipatuhi

2.2.5. 5) Mengambil tindakan pendakwaan terhadap majikan atas kegagalan mematuhi keputusan atau perintah Ketua Pengarah jika disabitkan kesalahan

2.2.5.1. Boleh didenda tidak melebihi RM10,000 dan juga harian tidak melebihi RM100 bagi setiap hari kesalahan ini terus berlaku selepas sabitan

2.3. S 69B AK1955, Kuasa Tambahan Ketua Pengarah

2.3.1. S 69B, kuasa Ketua Pengarah di bawah S 69(1)(a) diluaskan untuk meliputi pkerja yang bergaji melebihi RM2,000 hingga RM5,000 sebulan

2.3.2. 'Upah' adalah seperti yang ditafsirkan di S2 AK1955

2.3.3. Selain daripada Bahagia XV (Aduan dan Penyiasatan) dan Bahagian XVI (Prosedur), peruntukan-peruntukan lain akta ini tidak terpakai kepada pekerja-pekerja di bawah S 69B

2.4. S 69C AK1955, Tuntutan Ganti Rugi Untuk Penamatan Kerja Tanpa Notis

2.4.1. Ketua Pengarah boleh menyiasat dan membuat keputusan bagi sebarang tuntutan berkenaan ganti rugi kepada majikan kerana penamatan kerja tanpa notis oleh pekerja

2.4.2. Kuasa Ketua Pengarah terbatas untuk menyiasat, mendengar atau membuat sebarang perintah terhadap sebarang tuntutan, perkaitan atau dianggap pertikaian yang menurut Akta Perhubungan Perusahaan 1967:

2.4.2.1. I. Sedang dalam penyiasatan atau prosiding di bawah APP1967

2.4.2.2. II. Telah diputuskan oleh Menteri di bawah S 20(3) APP1967

2.4.2.3. III. Telah dirujuk atau sedang dalam prosiding di Mahkamah Perusahaan

2.5. Rayuan Terhadap Keputusan Mahkamah Buruh

2.5.1. Pihak yang tidak berpuas hati boleh membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi dalm tempoh 14hari dari tarikh menerima keputusan tersebut

2.5.1.1. Proses rayuan dibuat dengan memfailkan notis rayuan sebnyak empat (4) salinan dengan fee pemfailan sebnyak RM100 dalam bentuk Setem Hasil

2.5.1.2. Hendaklah menyertakan sekali deposit rayuan berjumlah RM250 di dalam bentuk kiriman wang atau bank draf

2.5.1.3. Semua perkara diatas hendaklah dikemukan ke Pejabat Tenaga Kerja dimana perintah atau keputusan itu dibuat dalam tempoh 14hari dari tarikh keputusan atau perintah dibuat

3. PENGENALAN

3.1. Merupakan satu sistem quasi-juducial sebagai alternatif kepada tuntutan sivil

3.2. Ciri-ciri istimewa Mahkamah Buruh

3.2.1. i) Membicarakan semua tuntutan pekerja tanpa sebarang had dari segi jumlah wang yang akan dituntut

3.2.2. ii) Amalkan prosedur yang mudah dan tidak formal tetapi bertepatan dengan prinsip-prinsip keadilan yang diikuti oleh Mahkamah-Mahkamah Sivil

3.3. Mekanisme pengadilan yang dilaksanakan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Kementrian Sumber Manusia untuk menyelesaikan tuntutan pekerja sektor swasta terhadap majikannya atau sebaliknya

3.4. Objektif Mahkamah Buruh

3.4.1. a) Menyediakan sistem pengadilan perburuhan yang adil, mudah, cepat dan murah

3.4.2. b) Mekanisme pengadilan membantu kebajikan pekerja

4. PROSEDUR DI MAHKAMAH BURUH

4.1. Aduan merupakan manifestasi wujudnya suatu masalah yang memerlukan perhatian segera. Daripada rayuan yang diterima JTK boleh mengenalpasti dengan segera dan jelas masalah di tempat kerja dan JTK mengambil langkah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah dengan cepat

4.2. Sumber Aduan Yang Diterima JTK

4.2.1. a. Pengadu sendiri

4.2.2. b. Biro Pengaduan Awam

4.2.3. c. Pejabat Menteri/ Timbalan Menteri Sumber Manusia

4.2.4. d. Pejabat Perdana Menteri

4.2.5. e. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia

4.2.6. f. Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia

4.2.7. g. Kedutaan

4.2.8. h. Badan Bukan Kerajaan (NGO)

4.2.9. i. Agensi-agensi lain

4.3. Aduan Yang Dikendalikan JTK

4.3.1. 1. Aduan oleh pekerja kepada majikannya

4.3.1.1. a. Tidak dibayar gaji

4.3.1.2. b. Tiada cuti tahunan

4.3.1.3. c. Tidak melaporkan penggajian pekerja asing

4.3.1.4. d. Diberhentikan kerja tanpa notis

4.3.1.5. e. Tiada kontrak perkhidmatan

4.3.1.6. f. Lewat bayar gaji

4.3.1.7. g. Majikan tidak mematuhi Perintah Gaji Minimun 2012

4.3.1.8. h. Majikan tidak mematuhi Akta Umur Persaraan Minimun 2012

4.3.2. 2. Aduan oleh pekerja atau pihak-pihak lain terhadap majikan yang ingkar mematuhi dasar kerajaan atau adat resam serta amalan buruh yang tidak sihat

4.3.2.1. A. Diskriminasi kaum

4.3.2.2. B. Tidak dibenarkan solat

4.3.2.3. C. Amalan buruh tak saksama

4.3.2.4. D. Diskriminasi kaum/ wanita

4.4. Tatacara Membuat Aduan

4.4.1. Membuat aduan melalui

4.4.1.1. i) Hadir sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran dengan tempat kerja

4.4.1.2. ii) Surat Kepada JTK

4.4.1.3. iii) Telefon ke talian telekerja JTK

4.4.1.4. iv) Email rasmi JTK

4.4.2. Dokumen sokongan yang diperlukan

4.4.2.1. a) Kad pengenalan/ pasport

4.4.2.2. b) Surat lantikan/ kontrak perkhidmatan

4.4.2.3. c) Slip gaji/ slip bayaran upah

4.4.2.4. d) Kad kedatangan

4.4.2.5. e) Surat tunjuk sebab/ surat penamatan kerja (jika berkaitan)

4.4.2.6. f) Dokumen lain yang berkaitan dengan kontrak penggajian