Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI)

by Adlina

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) by Mind Map: Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI)

1. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (JFK)

1.1. Penubuhan

1.1.1. satu badan yang terdapat dalam MKI

1.1.2. ditubuhkan pada awal tahun 1970 sebagaimana diperuntukan pada Per 11 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI)

1.1.3. berperanan sebagai badan yang mengeluarkan fatwa di peringkat kebangsaan dan dikenali dengan nama Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (JFK)

1.1.4. Persidangan pertama adalah pada 23 hingga 24 Jun 1970

1.1.5. dikenali sebagai Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia

1.1.6. bersidang sebanyak 18 kali dan yang kali terakhir adalah pada 14 Mei 1980

1.1.7. kemudian perkataan Persidangan ditukarkan kepada Muzakarah

1.1.8. Muzakarah yang pertama kali diadakan adalah pada tarikh 28 hingga 29 Jun 1981

1.2. Tugas JFK

1.2.1. Per 14 PMKBHEAIM

1.2.1.1. Menimbang, memutus dan mengeluarkan fatwa atas apa-apa perkara berkenaan agama Islam yang dirujuk kepadanya oleh MRR. Jawatankuasa ini akan mengemukakan pendapat-pendapatnya kpd MKI yang kemudian menghantarkannya bersama dengan pengesyoran-pengesyoran kpd MRR.

1.2.2. Sebelum Fatwa dikeluarkan

1.2.2.1. Ahli JFK akan musyawarah terlebih dahulu

1.2.2.2. Keputusannya diserahkan kepada MKI

1.2.2.3. Dihantar kepada MRR untuk diteliti dan diperkenankan

1.2.2.4. Disahkan sebagai Fatwa

1.3. Keanggotaan JFK

1.3.1. Per 11 MKBHEAI (1980)

1.3.1.1. Seorang pengerusi yang dilantik oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) di kalangan ahlinya;

1.3.1.2. Mufti tiap-tiap negeri yang mengambil bahagian atau seorang yang mewakili Negeri dalam Hal Ehwal Agama Islam;

1.3.1.3. Sembilan orang alim ulama dan kalangan profesional serta pakar-pakar muslim yang dipilih dan dilantik oleh Majlis Raja-Raja; dan

1.3.1.4. Seorang ahli yang beragama Islam dari Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang atau dari profession undang-undang yang dipilih dan dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

1.4. Tatacara & Prosedur Pengeluaran Fatwa Peringkat Kebangsaan

1.4.1. Tatacara

1.4.1.1. 2 cara dalam memberikan pandangan hukum dan penetapan hukum

1.4.1.1.1. diatas perintah Raja

1.4.1.1.2. Inisiatif sendiri

1.4.1.1.3. 4 sumber utama sebagai rujukan

1.4.1.2. Jawatankuasa Fatwa hendaklah klasifikasikan terlebih dahulu isu-isu yg dikemukan sama ada:

1.4.1.2.1. Isu tersebut telah diputuskan secara Ijmak atau Khilaf

1.4.1.2.2. Telah diputuskan tetapi memerlukan kpd pindaan atau semakan semula

1.4.1.2.3. Isu yang berbentuk kontemporari iaitu bersifat baharu

1.4.2. Prosedur

1.4.2.1. Menyelidik isu tersebut terlebih dahulu.

1.4.2.2. Mengemukakan isu tersebut kpd Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

1.4.2.3. Majlis Kebangsaan akan mengemukakan isu tersebut kepada Jawatankuasa Fatwa.

1.4.2.4. Apabila fatwa telah dikeluarkan Majlis Kebangsaan akan mengemukakan keputusan tersebut kpd pihak Majlis Raja-Raja.

1.4.2.5. Fatwa tersebut akan menjadi fatwa rasmi apabila keputusan fatwa tersebut mendapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja.

1.4.2.6. Fatwa-fatwa rasmi dihantar kepada mana-mana agensi yang berkenaan di negeri-negeri untuk dilaksanakan.

1.4.3. Tugas

1.4.3.1. JAKIM (urusetia MKI)

1.4.3.1.1. Membuat kajian dan menyediakan laporan mengenai perkara yg akan dibawa dlm Persidangan atau Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

1.4.3.2. JFK

1.4.3.2.1. Membuat rumusan dan keputusan setelah laporan kajian atau kertas kerja daripada JAKIM dibentangkan.

1.4.4. Kaedah Pengeluaran Hukum/Pandangan Syarak oleh JF

1.4.4.1. Mesyuarat JKF

1.4.4.1.1. Arahan Majlis Raja-Raja

1.4.4.2. Muzakarah JKF

1.4.4.2.1. Tanpa arahan Majlis Raja-Raja

2. Latar Belakang

2.1. 17 Oktober 1968 - Majlis Raja-Raja bersepakat mendirikan satu badan bagi mewujudkan penyelarasan dalam pentadbiran agama Islam di seluruh Malaysia.

2.2. 1 Julai 1969 - Berdiri dengan rasminya sebagai Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Barat. Kemudian dinamakan sebagai Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia selepas kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia.

3. Gerak Kerja

3.1. Urus Setia MKI

3.1.1. bergerak secara sederhana dan banyak mengalami kesulitan seperti kekurangan tenaga kerja dan kekurangan kelengkapan pejabat.

3.2. Bahagian Hal Ehwal Agama Islam (BAHEIS)

3.2.1. dikembangkan menjadi sektor agama di Jabatan Perdana Menteri

3.3. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

3.3.1. 2 Oktober 1996 - dinaik taraf kepada sebuah jabatan perdana menteri

4. Tujuan

4.1. mengelakkan atau mengurangkan berlakunya perselisihan dan perbezaan dalam urusan pentadbiran agama Islam antara negeri-negeri di Malaysia.

5. Keanggotaan MKI

5.1. Agama Islam

5.2. Seorang Pengerusi (ketua) iaitu Perdana Menteri Malaysia.

5.3. Timbalan pengerusi iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri

5.4. Seorang setiausaha

5.5. Wakil setiap negeri yang mengambil bahagian seperti Menteri Besar setiap negeri

5.6. 6 orang yang dilantik oleh YDPA dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.

5.7. * Pelantikan setiap ahli MKI tidak boleh melebihi tempoh 1 tahun kecuali pengerusi dan para mufti

5.7.1. Ahli tersebut boleh dilantik semula untuk tempoh yang seterusnya.

6. Tugas MKI

6.1. • Membincangkan, menimbangkan dan menguruskan apa-apa perkara yang dirujukkan kepada Majlis oleh Majlis Raja-Raja, mana-mana Kerajaan Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri atau seorang ahli Majlis, dengan tujuan hendak memberi nasihat atau pengesyoran;

6.2. • Memberi nasihat kepada Majlis Raja-Raja, Kerajaan Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri atas apa-apa perkara berkenaan dengan perundangan atau pentadbiran Agama Islam dan pelajaran Agama Islam, dengan tujuan hendak memperbaiki, menyamakan atau menggalakkan persamaan undang-undang atau pentadbiran.