
1. Kesahan Konstruk
1.1. Definisi: Mengukur sejauh mana sesuatu ujian mencerminkan konstruk teori yang dimaksudkan. Konstruk adalah idea atau konsep abstrak.
1.2. Contoh: Ujian IQ direka untuk mengukur kecerdasan (konstruk) dan bukan aspek lain seperti memori atau kecepatan motor.
1.3. Ia biasanya disokong oleh teori dan data statistik.
2. Kesahan Kriteria
2.1. Definisi: Mengukur sejauh mana keputusan ujian berkait dengan hasil atau kriteria tertentu yang ingin diramal.
2.2. Jenis Kesahan Kriteria:
3. Kesahan Kandungan
3.1. Menentukan sejauh mana sesebuah ujian meliputi bidang ujian yang hendak diuji.
3.1.1. Kepentingan: dapat digunakan dalam ujian pencapaian serta dapat mengukur tahap pengetahuan murid dalam mata pelajaran tertentu.
3.1.1.1. Contoh: guru menggunakan Jadual Penentuan Ujian (JPU) untuk membina soalan-soalan ujian.
4. Kesahan Ramalan
4.1. Ketepatan sesuatu ujian untuk meramal kebolehan sebenar seseorang murid untuk menjalankan sesuatu ujian pasa masa hadapan di dalam situasi yang lain.
4.1.1. Kepentingan: guru dapat membuat jangkaan awal tentang pencapaian murid.
4.1.1.1. Contoh: sekiranya. ujian percubaan Matematik menghasilkan markah yang mempunyai hubungan yang kuat dengan gred matematik SPM, maka ujian percubaan Matematik dikatakan mempunyai kesahan ramalan yang tinggi. Ini bermakna pencapaian pelajar dalam ujian percubaan dapat meramal keputusan SPM.
5. Kesahan Muka
5.1. Merujuk kepada sejauh mana sesuatu ujian kelihatan sesuai dan logik pada pandangan luaran.. Contoh : Soalan yang kelihatan relevan dengan topik.
5.1.1. Kepentingan : Meningkatkan keyakinan dalam penilaian guru kerana instrumen yang jelas akan menunjukkan keadilan dan ketepatan alat penilaian.
5.1.1.1. Contoh : Soalan ujian matematik melibatkan pengiraan dan logik bukannya soalan berbentuk cerita yang mengelirukan.