LITAR ELEKTRIK

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
LITAR ELEKTRIK by Mind Map: LITAR ELEKTRIK

1. Hukum dalam litar elektrik

1.1. 1. Hukum ohm

1.1.1. Menyatakan pengaliran arus didalam satu litar itu adalah berkadaran terus kepada d.g.e. yang di bekalkan den berkadaran songsang dengan rintangan (R ) dengan menganggap suhu rintangan tidak berubah.

1.1.2. a. V = I x R

1.1.3. b. R = V / I

1.1.4. c. I = V/R

1.2. 2. Hukum Kirchoff arus

1.2.1. Menyatakan dalam satu litar lengkap, jumlah algebra arus yang masuk dan keluar nod sama dengan sifar.

1.3. 3. Hukum kirchoff voltan

1.3.1. Jumlah susut voltan dalam satu litar tertutup sama dengan voltan yang dibekalkan pada litar itu.

2. Litar Siri

2.1. Litar siri ialah susunan laluan untuk pengaliran elektron (arus letrik) yang hanya membenarkan pengaliran dalam satu lorong sahaja.

2.2. Elektron akan mengalir pada setiap lampu, rintangan dan suis dalam litar siri.  Apabila salah satu daripada alat elektrik itu tidak berfungsi elektron tidak dapat mengalir dan litar terbuka.

2.3. Tiga faktor penting tentang litar siri :

2.3.1. 1. Arus yang mengalir dimana-mana bahagian litar siri adalah sama.  Dalam simbol, litar siri boleh ditunjukan seperti berikut :                   Ij = I1 + I2 + I3  ………

2.3.2. 2.Jumlah rintangan bagi satu litar adalah bersamaan dengan jumlah rintangan individu didalamnya.  Didalam simbol ia boleh ditunjukan seperti berikut :                  Rj = R1 + R2 + R3 ………

2.3.3. 3. Apabila susutan voltan didalam satu litar siri ditambahkan bersama, jumlah nilainya adalah bersamaan kepada jumlah voltan yang digunakan.  Didalam simbol ia boleh ditunjukan seperti berikut :                   Vj = V1 + V2 + V3 ………

2.4. gambar litar siri

3. Definisi litar elektrik

3.1. Satu sambungan lengkap sumber elektrik (sel) dan beban elektrik (mentol) dengan menggunakan pengalir (wayar)

3.2. Jenis-jenis litar elektrik

3.2.1. 1.  Litar mudah

3.2.2. 2. Litar pintas

3.2.3. 3.  Litar siri

3.2.4. 4. Litar selari

3.2.5. 5. Litar siri selari

4. Litar selari

4.1. Apabila litar elektrik membenarkan elektron mengalir melalui dua atau lebih laluan pada waktu yang sama maka litar itu disebut litar selari.

4.2. Dua faktor penting dalam litar selari

4.2.1. 1. Voltan yang melintangi setiap beban adalah sentiasa sama.                      Vj = V1 = V2 = V3

4.2.2. 2. Jumlah elektron yang mengalir pada setiap cabang adalah sama dengan jumlah elektron yang mengalir pada peringkat permulaan.                             Ij = I1 + I2 + I3

4.3. Litar elektrik merupakan suatu susunan pengalir atau kabel untuk membawa arus dari punca bekalan voltan ke komponen-komponen elektrik (beban).

4.4. Gambar litar selari

5. Litar siri selari

5.1. Litar siri selari sebenarnya ialah campuran atau kombinasi litar siri dan litar selari.

5.2. Dalam litar siri selari jumlah arus yang mengalir bergantung kepada jumlah rintangan yang diberi oleh litar apabila disambungkan melintangi voltan.

5.3. Arus yang mengalir dalam litar akan membahagi pada semua litar-litar selari dan bercantum semula untuk mengalir melalui bahagian litar siri.

5.4. Gambar litar siri selari