1. KULIAH 1 : ERTI DAN MATLAMAT PENDIDIKAN
1.1. Definisi Pendidikan
1.1.1. Kamus Dewan - Pendidikan sebagai perihal mendidik, iaitu memelihara, menjaga, melatih, mengajar dan sebagainya.
1.2. Siapa orang yang terdidik?
1.2.1. Pendidikan meliputi aktiviti mengajar
1.2.2. murid diberi pengetahuan yang berguna dan terkini, dan diserapkan dengan pelbagai nilai murni yang tertentu.
1.3. Konsep Pendidikan
1.3.1. Kamus Webster
1.3.1.1. satu proses mendidik atau mengajar.
1.3.2. Mendidik diertikan sebagai satu usaha untuk memperkembangkan pengetahuan, kemahiran, atau tingkah laku dan perwatakan.
1.4. Apakah erti pendidikan?
1.4.1. satu ‘proses’ - pendidikan bererti bagaimana seseorang itu diasuh dan diajar; dan
1.4.2. sebagai suatu ‘produk’ (hasil) - kesannya adalah berlaku pembelajaran, iaitu pertambahan pengetahuan dan kemahiran serta perubahan cara berfikir seseorang.
1.5. Apakah erti pendidikan?
1.5.1. Dimanakah proses dan produk (hasil)?
1.5.1.1. Mengasuh kanak-kanak oleh ibu bapanya
1.5.1.2. Membuat perbincangan dan dialog antara ahli kumpulan
1.5.1.3. Bersoal jawab dengan murid
1.5.1.4. Membimbing murid
1.5.1.5. Memberi latihan amali kepada pelajar
2. Erti Pendidikan ?
2.1. satu ‘proses’ seseorang diajar; suatu ‘produk’ iaitu pertambahan pengetahuan seseorang.
2.2. Dimanakah proses dan produk (hasil)?
2.2.1. Mengasuh kanak-kanak oleh ibu bapanya Mengasuh kanak-kanak oleh ibu bapanya Bersoal jawab dengan murid Membimbing murid Memberi latihan amali kepada pelajar
2.3. Erti Pendidikan
2.3.1. Perspektif Islam
2.3.1.1. -penghayatan manusia untuk melaksanakan tugasnya sebagai khalifah Allah -Manusia tunduk dan patuh kepada perintah Allah, -Manusia perlu berusaha memperbaiki diri sendiri -Manusia bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri. -Pendidikan berfokus perkembangan seimbang diri -Kesan daripada pendidikan Islam seperti ini akan mempamerkan individu yang teguh beriman, berpengetahuan, berakhlak tinggi dan beramal soleh. -model pendidikan islam:Rasulullah s.a.w
2.3.2. Perspektif Sosiologi
2.3.2.1. -dilihat sebagai satu proses sosialisasi, iaitu -ahli masyarakat, diajar dan diasuh secara formal atau tidak formal untuk menerima pengetahuan - proses ‘pemilihan’ (selection) menentukan kedudukan seseorang dalam susun lapis sosio-ekonomi masyarakat
2.3.3. Perspektif Antropologi
2.3.3.1. melihat pendidikan sebagai proses pembudayaan (enculturation)-Masyarakat mempelajari dan menerima kepercayaan yang sesuai.
2.3.3.2. Seseorang yang berbudaya ialah seseorang yang mengamalkan nilai dan tingkah laku baik percaya dan memberi tumpuan kepada
3. Jenis Pendidikan
3.1. Pendidikan formal
3.1.1. >Pendidikan terancang >Kurikulum atau program pengajian dan mata pelajaran disusun dan diajar oleh guru >Contoh: sekolah, kolej, politeknik, universiti >Peperiksaan atau penilaian formal
3.2. Pendidikan non-formal
3.2.1. >Pendidikan tambahan terancang yang diajar di luar pendidikan formal >Contoh: kegiatan kokurikulum(sukan, persatuan, kegiatan beruniform) >Contoh: kursus pendek, latihan khas, bengkel, belajar sambil bekerja
3.3. Pendidikan informal
3.3.1. >Pendidikan dan pengalaman yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti kehidupan seharian >Seperti berinteraksi, pemerhatian, mendengar radio, membuat lawatan
4. Pendapat Maksud Pendidikan
4.1. Plato:
4.1.1. "Pendidikan ialah latihan yang dihasilkan oleh kebiasaan yang sesuai untuk naluri mulia. Pendidikan adalah yang terawal ada dalam diri kanak-kanak, iaitu apabila keseronokan dan kesakitan dengan betul ditanam di dalam jiwa yang bukan rasional. Latihan khas ini ada kaitannya dengan keseronokan dan kesakitan yang boleh menyebabkan anda membenci dan mencintai apa yang sepatutnya anda benci dan cintakan"
4.2. Nfilton:
4.2.1. "Pendidikan yang lengkap membolehkan seseorang bertindak secara adil dan saksama, mahir serta bertimbang rasa dalam segala bidang, termasuk dalam kedua-dua sektor sama ada awam dan swasta atau pada masa damai dan perang.“
4.3. Lodge:
4.3.1. "Pendidikan adalah sama dengan pengalaman, iaitu pengalaman organisma hidup yang berinteraksi dengan persekitaran biasa."
4.4. Tujuan Asas Pendidikan
4.4.1. Untuk meningkatkan keupayaan mengenalpasti dan menilai pelbagai sudut pandangan.
4.4.2. Untuk membolehkan berlakunya penghayatan dalam budaya.
4.4.3. Untuk membolehkan penyaraan satu kehidupan yang sempurna: pendidikan karier.
4.4.4. Untuk membolehkan terbentuknya warga negara yang baik.
4.4.5. Untuk meningkatkan kesedaran terhadap apresiasi budaya, seni, muzik, dan kemanusiaan (humaniti).
4.4.6. Untuk meningkatkan penguasaan atau kejelasan terhadap nilai yang berkaitan dengan persekitaran fizikal