Beberapa Petua Hidup

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
Beberapa Petua Hidup by Mind Map: Beberapa Petua Hidup

1. Temanya adalah nilai murni yang dapat diamalkan dalam kehidupan.

2. 1. Kegigihan dalam membudayakan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian manusia. 2. Kesungguhan dalam mengamalkan nilai-nilai murni. 3. Rasional dalam membuat sebarang tindakan. 4. Ketekunan dalam menuntut ilmu. 5. Sanjungan masyarakat terhadap orang yang berjasa dan berhati mulia. 6. Kerjasama dan budaya tolong-menolong sesama manusia. 7. Keadilan Tuhan terhadap setiap tindak-tanduk manusia.

3. persoalan

4. a) Kata arkaik (kata klasik). Contohnya: upas b) Kata pinjaman bahasa Arab. Contohnya: khianat; laknat c) Perulangan atau repetisi. Contohnya: Kurang fikir, kurang siasat, d) Peribahasa. Contohnya: Telunjuk lurus kelengkeng berkait e) Simile. Contohnya: Ibarat beringin, racun dan upas. f) Metafora. Contohnya: mulut tajam dan kasar; taman pergaulan g) Inversi. Contohnya: Tentu dirimu kelak tersesat.

5. gaya bahasa

6. a) Asonansi. Contohnya: i. Perulangan vokal a: Perkataan tajam jika dilepas ii. Perulangan vokal i: Manusia dikenal sifat budinya Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal i sebanyak empat kali. b) Aliterasi. Contohnya Perulangan konsonan s: Supaya terelak silang sengketa

7. nilai-kebijaksanaan, rasional, kesopanan, kerajinan, mengenang jasa, kerjasama, baik hati, setia kawan

8. pengajaran

9. 1. Kita hendaklah berfikir secara rasional dan mendalam terlebih dahulu sebelum menuturkan kata-kata untuk mengelakkan salah faham. 2. Kita mestilah bijak memilih sahabat yang dapat memimpin kita ke jalan yang lurus dan benar. 3. Kita perlulah menjaga tutur kata apabila berbicara dengan orang lain untuk mengelakkan sengketa. 4. Kita mestilah rajin belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menambahkan pengetahuan. 5. Janganlah kita mengadu domba dan membuat fitnah sehingga boleh menjejaskan hubungan baik sesama manusia. 6. Janganlah kita berlebih-lebihan menolong orang lain sedangkan pada waktu itu sendiri berada dalam kesusahan. 7. Kita hendaklah sentiasa berbudi sesama manusia agar dikenang orang.

10. Fikir dan Kata Kurang fikir, kurang siasat, Tentu dirimu kelak tersesat. Fikir dahulu sebelum berkata, Supaya terelak silang sengketa. Perkataan tajam jika dilepas, Ibarat beringin, racun dan upas. Kalau mulut tajam dan kasar, Boleh ditimpa bahaya besar. Silang Sengketa Siapa menggemari silang sengketa, Kelaknya pasti berdukacita. Silang selisih jangan dicari, Jika tersua janganlah lari. Ilmu Jikalau ilmu tiada sempurna, Tiada berapa ia berguna. Ilmu kepandaian boleh dikejar, Asal mahu rajin belajar. Dunia Pergaulan Dunia ini taman pergaulan, Hendaklah pilih sahabat dan taulan. Manusia dikenal sifat budinya, Dengan dilihat siapa kawannya. Burung yang sama corak dan bulu, Selalu sekumpul ke hilir ke hulu. Sifat-sifat yang Baik Jikalau kamu bersifat budiman, Dipandang sebagai bonda di taman. Jikalau kamu bersifat dermawan, Segala orang dapat kautawan. Jikalau kamu bersifat pemurah, Segala manusia datang menyerah. Perbuatan yang Baik Barang siapa berbuat jasa, Mulia namanya segenap masa. Menolong sesama wajib dan perlu, Tetapi tolonglah dirimu dahulu. Sifat-sifat yang Jahat Telunjuk lurus kelengkeng berkait, Hati sesama menjadi pahit. Barang siapa berbuat khianat, Tuhan kelak memberi laknat.

11. Kurang berfikir and kurang menyelidik akan membawa sesat. Berfikir dulu sebelum berkata untuk mengelakkan salah faham. kata-kata buruk akan memudaratkan hidup masyarakat. Orang yang bercakap dengan pedas dan kasar akan ditimpa masalah.

12. Kita perlulah pandai memlih sahabat keran setiap orang mempunyai kerena sendiri. Sifat orang boleh dikenali dengan melihat sahabatnya. Sahabat yang sama sifat senang untuk digauli dengan mesra.

13. Seseorang yang bersifat baik akan sentiasa dipandang dan disanjung tinggi. Orang yang bersifat dermawan boleh melawan hati orang sekelilingnya. seorang yang bersifat pemurah akan senang dapat bantuan daripada orang.

14. Ilmu yang tidak diperlajari dengan sempurna tidak sesuai diamalkan. Ilmu pengetahuan boleh dipelajari selagi rajin mencarinya.

15. Orang yang suka bermusuh akan banyak masalah. Janganlah cari persengketaan, kalau dijumpa perlulah bertabah

16. Nama seseorang yang membuat jasa akan disanjung pada setiap masa. Memperbaikkan kelemahan sendiri sebelum membetulkan orang lain. Mengadu dan menfitnah akan menjadikan suasana tidak harmoni. Janganlah buat khianat dengan manusia kerana tuhan akan melaknatkan