SIKAP DAN TINGKAH LAKU

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
SIKAP DAN TINGKAH LAKU by Mind Map: SIKAP DAN TINGKAH LAKU

1. PENGENALAN

1.1. KONSEP SIKAP

1.1.1. Sikap – konsep yang terulung & sangat penting dalam psikologi sosial (manusia bermaklum balas terhadap pelbagai ransangan)

1.1.1.1. manusia

1.1.1.2. idea

1.1.1.3. pendapat

1.1.1.4. fahaman

1.1.1.5. benda

1.1.2. 3 bentuk reaksi terhadap ransangan

1.1.2.1. -pemikiran -perasaan -tingkah laku (membentuk sesuatu sikap)

1.2. Sikap menjadi salah satu fokus utama psikologi sosial, di mana ia mempunyai pengaruh rentetan terhadap kelakuan kita.

1.3. APA ITU SIKAP?

1.3.1. DEFINISI

1.3.1.1. – salah satu anasir personaliti yang penting - satu penilaian umum terhadap sesuatu (dalam bentuk positif/negatif)

1.3.1.2. Secara terperinci – sikap merujuk kepada gabungan 3 ELEMEN iaitu kepercayaan, perasaan & kecenderungan tingkah laku kea rah sesuatu/ sasaran (objek)

1.3.1.3. 3 anasir utama

1.3.1.3.1. sasaran sikap, penilaian & perasaan berpanjangan terhadap sesuatu

1.3.1.4. • Objek - apa sahaja yang menjadi sasaran sikap, yang menghasilkan respons. • Relatif sikap boleh bertahan lama, bukan sementara.

2. KOMPONEN-KOMPONEN SIKAP

2.1. - Konsep sikap berkait dengan konsep-konsep lain psikologi spt (minat, motif, moral, idea, nilai, prasangka sentimen & kesetian)

2.2. 1. Komponen kognitif

2.2.1. • Penilaian mental terhadap objek

2.2.2. • Dalam bentuk kepercayaan, pengetahuan, stereotaip dll. - mencerminkan penilaian intelek seseorang terhadap sesuatu

2.3. 2. Komponen afektif

2.3.1. • Merasakan penilaian terhadap objek

2.3.2. • Dalam bentuk suka atau tidak suka

2.3.3. • Berlaku apabila manusia mengetahui tentang objek tersebut.

2.4. 3. komponen psikomotor

2.4.1. • Kecenderungan tingkah laku

2.4.2. • Tindak balas tingkah laku terhadap objek.

3. CIRI-CIRI SIKAP

3.1. 1) Perhubungan yang relatifnya stabil antara manusia subjek dengan sesuatu objek

3.1.1. -Kestabilan perhubungan antara individu dengan persekitaran penting kerana ia mempengaruhi sikap seseorang

3.2. 2) Hubungan antara subjek dengan objek adalah hubungan bermotivasi

3.2.1. -Subjek membentuk sikap terhadap objek di mana objek boleh menjadi penggerak kepada tingkah lakunya

3.3. 3) Sesuatu yang tidak semulajadi

3.3.1. -Diperolehi melalui pembelajaran, pemerhatian dan sejarah hidup

3.4. 4) Tahan lama

3.4.1. -Unsur personaliti adalah sesuatu yang agak tahan lama

3.5. 5) Mempunyai darjah valens

3.5.1. -Sejauh mana sikap positif dan negatif terhadap sesuatu objek sikap

3.6. 6) Mempunyai darjah kepelbagaian

3.6.1. -Sikap individu yang kompleks, komponen-komponennya sukar diubah

3.7. 7) Mmepunyai darjah penonjolan

3.7.1. -Tidak semua sikap mempengaruhi tingkah laku bergantung kepada kekuatan dan penonjolan sesuatu sikap yang dipegang

3.8. 8) Terdapat darjah keberkaitan

4. FUNGSI – FUNGSI SIKAP

4.1. 1. PENYESUAIAN

4.1.1. • Untuk menyesuaikan diri dengan keadaan- keadaan semasa atau dengan kelompok di mana kita berada.

4.1.2. • Cth: dengan mempunyai sikap positif terhadap kelompok, memudahkan kita untuk menyesuaikan diri dalam kelompok.

4.2. 2. KETAHANAN DIRI

4.2.1. • Berfungsi memberi keyakinan kepada diri sendiri di mana keyakinan penting untuk mengelakkan diri daripada mengalami konflik dalaman diri.

4.2.2. • Cth: dengan mempunyai sikap yang positif terhadap agamanya, seseorang itu tidak mudah terpengaruh dengan tingkah laku yang bertengangan dengan agamanya.

4.3. 3. HARGA KENDIRI

4.3.1. • Menunjukkan kita menpunyai pendirian terhadap sesuatu objek sikap, dan seterusnya dapat menentukan harga kendiri kita melalui pandangan orang lain terhadap kita.

4.3.2. • Cth: dengan memegang sesuatu sikap, kita dapat mengatasi kelemahan diri dan tidak merasa puas dengan setakat apa yang kita ada.

4.4. 4. PENGETAHUAN

4.4.1. • Membantu kita memahami dan menerangkan sesuatu objek sikap dengan lebih mendalam.

4.4.2. • Kita akan merasa lebih serius terhadap objek sasaran sikap itu.

4.4.3. • Cth: dengan mempunyai perasaan benci atau suka terhadap sesuatu objek,kita akan cuba mendalami maklumat-maklumat mengenai objek tersebut.

4.5. 5. PENYEMPURNAN KEHENDAK

4.5.1. • Membentuk sikap yang positif terhadap objek yang dapat memenuhi kehendaknya.

4.5.2. • Cth: seseorang bakal calon sesuatu parti sudah tentu akan mempunyai sikap positif terhadap parti tersebut,dengan demikian beliau akan dicalonkan sebagai wakil rakyat dalam pilihan raya.

4.6. 6. PENERIMAAN KELOMPOK

4.6.1. • Penerimaan ke dalam kelompok atau persatuan memerlukan individu yang ingin menganggotai kelompok.

4.6.2. Cth : sesuatu sikap yang dikongsi bersama ahli-ahli kelompok, sebaliknya kemungkinan beliau akan disingkirkan daripada kelompok tersebut.

4.7. 7. LAMBANG PERSONALITI

4.7.1. • Melambangkan pendirian, konsep kendiri dan personaliti seseorang.

4.7.2. • Cth: dengan mengetahui sikapnya, kita mungkin dapat meramalkan nilai dan juga motif seseorang.

4.8. 8. PENGUTUHAN PERSONALITI

4.8.1. • Menjamin keutuhan personaliti kita.

4.8.2. • Cth : mempunyai sikap prasangka terhadap kaum lain, mungkin dapat mewujudkan dalam fikiran kita bahawa kita tergolong ke dalam kaun yang agung.

4.9. 9. MEMBERI MAKNA KEPADA PENGALAMAN

4.9.1. • Dapat memberi makna kepada pengalaman-pengalaman kita.

4.9.2. • Cth: sikap anikomunis dapat menolong kita mengenal pasti yang manakah negara baik dan yang mana tidak baik mengikut pandangan kita.

5. HUBUNGAN ANTARA KOMPONEN-KOMPONEN SIKAP

5.1. •Sikap penting dalam psikologi sosial kerana sikap boleh mempengaruhi tingkah laku

5.2. • Walaupun diandaikan bahawa ketiga-tiga komponen sikap berkait rapat / saling berhubung namun hubungan atau kaitan tersebut tidak semestinya wujud dengan jelas.

5.3. • Perasaan kita terhadap sesuatu objek tidak selalunya sama / selari dengan tingkah laku kita terhadap objek tersebut.

5.4. Hubungan antara sikap dan tingkah laku

5.4.1. Teori tindakan munasabah

5.4.1.1. •Dikemukakan oleh Martin Fishbein dan Icek Ajzen.

5.4.1.2. •Sikap boleh diramalakan daripada tingkah laku melalui hasrat / niat terhadap seauatu kelakuan.

5.4.1.3. •Hasrat / niat terhadap sesuatu kelakuan dipengaruhi oleh :

5.4.1.3.1. o Sikap terhadap objek

5.4.1.3.2. o Norma subjektif sesuatu tingkah laku

5.4.1.4. • Hasrat / niat terhadap sesuatu kelakuan sepatutnya selari dengan sikap dan norma subjektif.

5.4.1.5. • Contoh : sikap negatif terhadap rokok dan orang lain juga membenci rokok (norma) akan mempengaruhi niat kita untuk tidak merokok.

5.4.2. Teori tingkah laku berencana

5.4.2.1. • Ajzen menambah satu lagi pembolehubah baru iaitu kawalan tingkah laku yang dipersepsikan.

5.4.2.2. • Walaupun kita mempunyai sikap negatif terhadap rokok dan orang lain juga mempunyai sikap yang sama (norma), namun kita masih merokok kerana kita tidak mampu mengawal tingkah laku merokok tersebut (ketagih).

5.4.3. Model proses hubungan sikap dan tingkah laku

5.4.3.1. • Model yang dicadangkan oleh Russel Fazio.

5.4.3.2. • Keselarian antara sikap dan tingkah laku bergantung kepada sejauh mana sikap itu diingati apabila seseorang berhadapan dengan objek tersebut.

5.4.3.3. • Tingkah laku seseorang bergantung kepada persepsinya terhadap sesuatu objek.

5.4.3.4. • Persepsi mempengaruhi individu untuk bertindakbalas terhadap objek.

5.4.3.5. • Memori memberi kesan kepada persepsi dan persepsi memberi kesan kepada individu untuk bertindakbalas terhadap sesuatu objek.

5.4.3.6. • Bagaimana manusia memproses maklumat/ informasi ?

5.4.3.6.1. 1. Pemprosesan kognatif automatic – secara semulajadi - Apabila kita melihat sesuatu objek, secara automatic kita membencinya.

5.4.3.6.2. 2. Pemprosesan kognatif terkawal – berfikir dahulu sebelum mengambil tindakan - Sama ada untuk bertingkah laku ataupun tidak bergantung kepada proses informasi (fikir).

5.4.3.7. • Hubungan antara sikap dan tingkah laku menjadi kuat apabila sikap memperoleh pengalaman langsung dan penting.

5.4.4. Ketekalan/ keselarian antara sikap dengan tingkah laku

5.4.4.1. • Russel Fazio : Tingkah laku dan sikap kita adalah tekal apabila kita menyedari sikap kita ketika bertingkah laku.

5.4.4.2. • Dengan itu, kita menyedari tentang sikap apabila :

5.4.4.2.1. 1. Kita sedar-kendiri

5.4.4.2.2. 2. Sikap kita adalah menonjol (ketara/ penting)

5.4.4.2.3. 3. Isu sikap adalah penting

5.4.4.2.4. 4. Bertindak berlandaskan sikap yang mempunyai implikasi-implikasi khusus

5.4.4.2.5. 5. Apabila sikap adalah didasarkan kepada pengalaman langsung

5.4.5. Ketaktekalan/ ketidakselarian antara sikap dengan tingkah laku

5.4.5.1. • Sikap dan tingkah laku tidak tekal apabila :

5.4.5.1.1. 1. Sikap-sikap kita bersaing (berlawanan) antara satu dengan lain

5.4.5.1.2. 2. Kita berasa tidak mampu untuk mengawal tingkah laku

5.4.5.1.3. 3.Kita berasa tidak mempunyai pilihan lain

5.4.5.1.4. 4. Kesan-kesan daripada tingkah laku adalah negatif

5.4.5.1.5. 5. Kita bertindak berdasarkan tekanan kebiasaana

6. PEMBENTUKAN SIKAP

6.1. Manusia mengembangkan sikap dari pengalaman benda tertentu dan pendedahan kepada sikap objek yang tidak diwarisi oleh genetik mereka dan itu dijelaskan oleh teori pembelajaran.

6.2. Teori pembelajaran

6.2.1. Pengelasan klasik (Ivan Pavlov)

6.2.1.1. Tindak balas emosi menghasilkan kebangkitan fizikal / kebangkitan kemudian membawa kepada perkembangan sikap.

6.2.1.2. Perkembangan sikap datang dari rangsangan yang kuat yang datang dari sikap terhadap objek lain.

6.2.1.3. Contohnya; bunyi loceng semasa jam makan tengah hari di sekolah membawa kepada sikap pelajar menyiapkan diri mereka untuk rehat makan tengah hari.

6.2.2. Pelaziman Operan(Skinner)

6.2.2.1. Terjadi apabila ganjaran&hukuman mempengaruhi tingkah laku sengaja

6.2.2.1.1. -Keadaan tingkah laku tertentu menentukan sama ada tingkah laku diulang.

6.2.2.1.2. -Sekiranya tingkah laku bertindak ganjaran, tingkah laku akan diulang dan jika hukuman ia akan kurang berulang. Sikap yang dihasilkan dari tingkah laku yang dihargai atau dihukum.

6.2.2.1.3. -Norma sosial mempengaruhi sikap. Peranan sosial menghubungkan bagaimana diharapkan untuk berperanan dalam peranan tertentu yang menganggap sesuai.

6.2.3. 3. Pemerhatian dan pemodelan orang. (Bandura)

6.2.3.1. -Sikap yang diambil melalui pemerhatian dan meniru tingkah laku orang, kepercayaan lain dan sikap mereka ditunjukkan.

6.2.3.2. -Yang ditiru adalah dipanggil model, yang lain yang penting. Seperti ibu bapa dan adik beradik.

6.2.3.3. -Cth. kanak perempuan menyalin pakaian solek selepas memerhatikan ibunya.

6.2.3.4. -Oleh kerana pengalaman peribadi langsung hasil daripada pemerhatian.

6.3. Beberapa bentuk pembelajaran boleh berlaku hanya dengan memerhatikan orang lain, tanpa pelaziman klasik/peneguhan

6.3.1. Cth: kanak-kanak boleh belajar menolong orang lain & membentuk sikap prososial dengan memerhatikan model-model positif.

6.3.2. Banyak sikap negatif dipelajari melalui pemerhatian & peniruan.

6.4. Implikasi teori pembelajaran dalam pembentukan sikap

6.4.1. Sesuatu sikap tidak semestinya berlandaskan logic & rasional.

6.4.2. Menurut teori pelaziman klasik:

6.4.2.1. Sikap terhadap sesuatu objek boleh terbentuk apabila kita sendiri mengaitkan objek tersebut dengan sesuatu tanpa kita sedar/tanpa alasan yang kukuh.

6.5. Personaliti & pembentukan sikap

6.5.1. Sikap boleh diperoleh melalui beberapa cara:

6.5.1.1. cara seseorang itu dibesarkan,

6.5.1.2. cara pembentukan personali

6.5.1.3. latar belakangnya

6.6. Kesimpulan logik & pembentukan sikap

6.6.1. 2 cara proses pemikiran logik yg membawa kpd pembentukan sikap yg baru:

6.6.1.1. Menyimpulkan sikap drpd kepercayaan & sikap-sikap lain

6.6.1.2. Menyimpulkan sikap drpd tingkah laku:teori persepsi kendiri