1. 2)Pemikiran Kreatif Pemikiran kreatif ialah kemampuan memikirkan sesuatu yang baru melalui pelaksanaan perubahan, gabungan atau aplikasi semula sesuatu idea. Terdapat lima prinsip atau asas yang membentuknya. Kelima-lima prinsip tersebut ialah evolusi, sentisis, revolusi, aplikasi-semula dan perubahan aliran.
1.1. Evolusi Sesuatu itu akan berubah akibat apa yang dimiliki pada masa lalu. Perkara baru adalah peningkatan atau bertambah baik daripada situasi yang lama. Apabila perubahan ini berterusan (evolusi), akhirnya perubahan itu kelihatan satu yang besar atau hebat.
1.2. Sintesis - Satu-satu idea dalam pemikiran kreatif sebenarnya merupakan idea terbaik hasil penyatuan idea-idea lain yang bersesuaian. Kalau dahulu orang buta tidak berpeluang menggunakan internet, kini mereka boleh berbuat demikian kerana sudah ada internet yang bersuara dengan memberi penjelasan terhadap mana-mana bahagian yang diklikkan.
1.3. Revolusi - Dalam pemikiran kreatif, adakalanya perubahan atau pembaharuan secara total dapat menjana sesuatu yang baru. Prinsip revolusi menerangkan bahawa adakalanya perkara sedia ada ditukar terus dengan yang baru.
1.4. Aplikasi Semula - Satu lagi prinsip pemikiran kreatif ialah aplikasi-semula iaitu melihat dengan cara yang baru terhadap perkara sedia ada atau lama.
1.5. Perubahan Aliran - Satu lagi prinsip pemikiran kreatif ialah aplikasi-semula iaitu melihat dengan cara yang baru terhadap perkara sedia ada atau lama.
2. 3) Pemikiran Kritis - satu lagi bentuk pemikiran yang agak berbeza dengan prinsip dua pemikiran yang terdahulu. Pemikiran ini dikatakan antara kaedah pemikiran yang sudah bertapak sejak 2500 tahun dahulu. -Pemikiran ini tidak percaya terhadap perkara yang kelihatan disebabkan ia dianggap hanya bersifat permukaan tidak mendalam. 6 Prinsip utama Pemikiran Kritis (Facione 1997)
2.1. Pentafsiran - proses memahami dan menyampaikan makna yang pelbagai terhadap pengalaman, situasi, data, kepercayaan dan penilaian. -Pentafsiran juga dapat dijelaskan sebagai pengkategorian, penjelasan kod yang signifikan dan penjelasan makna.
2.2. Analisis - Analisis merupakan satu usaha mengenal pasti hubungan kenyataan, persoalan, konsep dan huraian yang bertujuan melahirkan sesuatu kepercayaan, penilaian, sebab musabab mahupun pandangan.
2.3. Penilaian - Prinsip ini merujuk kepada penilaian terhadap kenyataan atau elemen-elemen yang mewakili sesuatu sumber itu. Penilaian harus dilakukan terhadap sumber yang memberikan idea atau hujah dengan merujuk kepada persepsi, pengalaman, kepercayaan dan situasi sumber itu.
2.4. Kesimpulan hakikat - Seterusnya pemikiran kritikal menekankan kepada satu proses yang kukuh dalam menghasilkan rumusan. Sesuatu rumusan yang munasabah terhasil melalui pengumpulan fakta yang lengkap, pembentukan andaian-andaian, dapatan bukti dan akhirnya menggariskan dapatan. -Bagaimana sesuatu idea itu sampai kepada kesimpulannya merupakan aspek penting dalam menghakiminya.
2.5. Penjelasan - Prinsip berikutnya ialah keupayaan dan kekukuhan dalam membuat penjelasan. -Penjelasan merujuk kepada keupayaan untuk menyatakan sesuatu idea berserta sebab musabab yang wajar. -Penjelasan juga merujuk kepada keupayaan untuk membentuk suatu piawaian bagi menunjukkan bahawa sebab musabab itu ada kualiti.
2.6. Kawalan diri - Pemikiran kritikal bukan sahaja satu bentuk pemikiran yang berpusat kepada mempersoal apa yang dinyatakan oleh pihak lain, tetapi ia juga turut mempersoal pemikiran kita sendiri. Inilah yang dimaksudkan dengan kawalan diri. Terdapat dua bentuk aspek dalam kawalan diri ini iaitu pengujian-diri (self-examination) dan pembetulan-diri (self-correction).
3. 4 pemikiran asas =4L
3.1. pemikiran LUHUR - Pemikiran tahap tinggi, dikaitkan dengan minda yang membicarakan ketuhanan - pemikiran suci berdasarkan ketauhidan, keimanan dan ketaqwaan
3.2. Pemikiran LAHIR - mrujuk kepada pemkiran manusia bermula dari alam rahim sehingga 6 tahun. - menunjukkan manusia boleh berfikir sejak dari awal, fasa ini akan mempengaruhi pemikiran di masa kanak-kanak,remaja dan dewasa
3.3. Pemikiran LOGIK - merujuk kepada satu bentuk pemikiran yang membolehkan manusia mempelajari, memahami dan menjelaskan ilmu-ilmu sains dan matematik - merupakan pemikiran yang didasari otak kiri - memerlukan manusia mnyatakan hujah, bukti kukuh, fakta, alasan dan kebenaran.
3.4. Pemikiran lateral - kemampuan menghasilkan minda yang bersifat kreatif, inovatif, imaginasi, rekaan dan khayalan. - didasari oleh otak kanan y membolehkan manusia melihat atau menilai dari sudut subjektif berbanding objektif pada pemikiran LOGIK
4. 1)Pemikiran Saintifik Pemikiran saintifik ialah satu proses berfikir tentang kejadian alam yang mementingkan soal pengkaedahan menyelidik bukannya berasaskan kepercayaan. Dengan erti kata lain pemikiran saintifik adalah kaedah berfikir yang berusaha membuktikan kebenaran sesuatu kepercayaan.
4.1. Bukti Empirikal - penting menurut pemikiran ini kerana dikatakan sebagai bukti yang boleh dipercayai sbb dapat dikesan oleh deria manusia. - Selain itu, bukti empirikal juga dikatakan bukan sahaja boleh dikesan oleh individu yang mengkaji malah turut boleh dikesan oleh pihak lain juga. Dengan demikian pembuktian yang wujud adalah dianggap sebagai nyata dan bukan sekadar andaian memandangkan ia turut dialami oleh pihak ketiga.
4.2. Penghujahan Logik - -Rasionalisme atau penghujahan berasaskan logik merupakan satu komponen pemikiran saintifik yang merujuk kepada hujahan yang tepat dan betul. -Hujah logik adalah hujah yang bukan dipengaruhi atau didasarkan kepada perasaan. -Penghujahan logik adalah penjelasan mengenai sesuatu perkara menurut realiti kejadian.
4.3. Sikap Mencurigai (Skepticism) -Keperluan untuk sentiasa mempersoal kepercayaan dan rumusan tentang sesuatu perkara juga merupakan elemen yang membentuk pemikiran saintifik. -Sikap tersebutlah yang diertikan sebagai skeptisisme. Demi mendapatkan bukti dan huraian terbaik dan betul maka sesuatu perkara itu harus dipersoal dari masa ke masa. -Dengan kata lain pemikiran saintifik memerlukan individu peka dan sentiasa bersikap ragu untuk menilai bukti, penjelasan dan sebab musabab secara berterusan.
5. Hubungan Pemikiran dengan komunikasi - Komunikasi merupakan satu proses pengaliran mesej dari satu pihak kepada pihak lain dengan menggunakan saluran tertentu dengan tujuan tertentu. -penilaian yakni kita sebagai komunikator menilai keupayaan kita untuk berkomunikasi dengan orang lain dan juga kita menilai penerima dari segi keupayaannya menerima mesej kita. 3 peringkat iaitu Penilaian , Perancangan dan pelaksanaan
5.1. Penilaian - penilaian yakni kita sebagai komunikator menilai keupayaan kita untuk berkomunikasi dengan orang lain dan juga kita menilai penerima dari segi keupayaannya menerima mesej kita.
5.2. Perancangan. Ini bermaksud setelah kita mempunyai maklumat awal tentang kita dan juga penerima maka kita akan membuat perancangan bagaimana komunikasi itu hendak dilaksanakan dengan cara terbaik.
5.2.1. Perancangan komunikasi merujuk kepada proses-proses yang terlibat dalam usaha membentuk strategi dan mesej yang akan digunakan. Kebiasaannya pada peringkat ini komunikator akan menggariskan matlamat, membentuk mesej dan memilih saluran yang terbaik. -Perancangan juga melibatkan kegiatan mengenal pasti keupayaan diri atau organisasi dalam melaksanakan sesuatu kegiatan komunikasi. -Di samping itu, sifat memikirkan kaedah dan strategi terbaik serta berbeza penting dalam menjamin proses penyaluran mesej adalah menarik dan boleh diterima.
5.3. Pelaksanaan -
5.3.1. Seterusnya anda akan didedahkan pula dengan aspek pelaksanaan aktiviti komunikasi dan hubung kaitnya dengan pemikiran. Pelaksanaan merupakan satu lagi aspek yang begitu penting. Malah ada yang berpandangan peringkat inilah yang utama dan memainkan peranan besar dalam kejayaan sesebuah komunikasi.