JENIS-JENIS ISTIADAT DALAM PENGAKAP

Lancez-Vous. C'est gratuit
ou s'inscrire avec votre adresse e-mail
JENIS-JENIS ISTIADAT DALAM PENGAKAP par Mind Map: JENIS-JENIS ISTIADAT DALAM PENGAKAP

1. Istiadat Mengibarkan Bendera

1.1. a. Kedudukan Peserta 1. Dalam Bulatan Jurulatih 2. Sebaris di belakang tiang bendera, mengadap peserta 3. Ketua berada di sebelah kanan dan jurulatih bertugas di sebelah kiri ketua Bendera 4. Sudah bergulung dan terikat di puncak tiang

1.2. b. Perjalanan Upacara 1. Peserta menyusun kedudukan dan menunggu kedatangan ketua dan jurulatih 2. Petugas berdiri di tengah-tengah 3. Bila jurulatih masuk (perintah) “baris sedia”, bila semua jurulatih sudah sedia, barulah petugas mulakan upacara. 4. Petugas : (Mara ke hadapan memberi hormat) Assalamualaikum tuan, PEK sudah siap untuk memulakan acara 5. Petugas : (Beri hormat, pusing belakang - bergerak ketempat asal) 6. Petugas : (Beri arahan) Bendera 7. Petugas : (Bergerak mengadap bendera) Pengibar bendera terus tarik tali bendera. Peserta hormat bendera sebaik sahaja tali bendera ditarik. Pengibar bendera dengan segera langkah ke belakang danhormat dan PKK yang lain ikut hormat bendera 8. Petugas: “Negaraku”- semua menyanyi 9. Petugas : (perintah) “Doa”- isyarat“Ap”Pembaca doa langkah selangkah ke hadapan dan terus membaca doa menadah tangan aras bahu, bukan muslim tunduk pandang hujung kaki isyarat “Ap” untuk menurunkan tangan dalam kedudukan sedia. Petugas: “Persetiaan” isyarat “Ap” Petugas terus angkat tangan, diikuti oleh semua dan lafaz persetiaan 10. Petugas : Bila selesai persetiaan, petugas bergerak ke hadapan ketua - hormat - lapor“Istiadat selesai - majlis diserahkan kepadatuan”- pusing ke belakang (bergerak) mengambil tempat dalam barisan (sebelah tiang bendera) - perintah“Baris senang diri” 11. Jurulatih bertugas : mulakan tugas 12. Petugas: “Jurulatih, jurulatih sedia” “Keluar baris”

2. Istiadat Menurunkan Bendera

2.1. a. Kedudukan 1. Peserta : Dalam bulatan 2. Jurulatih : Sedia di belakang tiang bendera mengadap peserta

2.2. Perjalanan Upacara 1. Petugas : (Beri arahan) “PEK! Sedia” 2. Petugas : (Beri arahan) “Bendera” semua mengadap bendera, dua orang PKK berjalan ke arah tiang bendera, berhenti, bersedia di hadapan tiang bendera, seorang dari PKK menurunkan bendera dan seorang lagi mengawal dengan cermat supaya jangan ada bahagian bendera tercecah ke tanah dan menyangkutkan bendera ke bahu, Kedua PKK tadi melipat bendera. 3. Petugas : (Beri arahan) “Serahkan bendera kepada ketua” PKK bergerak (arahan) “Ap”kedua PKK berpusing ke kanan, seorang balik ke dalam sekawan, seorang lagi (pemegang bendera) bergerak mengadap ketua, beri hormat dan serahkan bendera - selangkah ke belakang - hormat, balik ke sekawan Petugas: (beri arahan) “Doa”-“Ap”- angkat tangan. Pembaca doaselangkah ke hadapan dan terus membaca doa“Ap”- turun tangan 4. Petugas : (beri arahan) “PEK ! Bersurai”

3. Istiadat Laung Agung

3.1. Cara Pelaksanaan Istiadat Laung Agung 1. Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak " PEK " (1 kali – kuat & nyaring). Semua PKK berdiri diam dalam keadaan sedia 2. Akela berteriak "PEK, PEK, PEK" dan melipat tangan paras bahu sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengeliling Akela PKK menjawab " P...E...K..." (5 harkat) dan berlari anak megelilingi Akela dengan membuat bulatan kecil bahu ke bahu. 3. Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar mengikut sekawan mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan. Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna, Akela turunkan tangan dan PKK menjatuhkan tangan mereka. 4. Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu dan PKK mengangkat tumit. Akela merapatkan tangan ke peha dan secara serentak PKK mencangkung dengan kedua-dua peha rapat ke hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan hujung lima jari mencecah ke tanah sambil kepala memandang ke hadapan dan terus berkata serentak " A K E L A " KITA BUAT HABIS BAIK. Pada penghabisan perkataan BAIK, PKK sudah bangun tegak dalam keadaan sedia. 5. Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada Akela dan mencabar "KAMU BUAT HABIS BAIK?" PKK memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab "KAMI BUAT HABIS BAIK" Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing). PKK tidak jatuhkan tangan mereka sehingga Akela menjatuhkan tangannya.

4. Istiadat menyampaikan Lencana Kepandaian

4.1. Lencana disediakan di dalam dulang dan dibawa oleh Penolong Pemimpin. 1. Laung Agung dijalankan terlebih dahulu 2. Akela bergerak ke bulatan di hadapan bendera 3. Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah bulatan) 4. Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima 5. Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat 6. Akela menyematkan lencana - Lencana Kemajuan di kiri lengan baju - Lencana Kepandaian di kanan lengan baju Akela bersalam dan ucapan“Syabas”. 7. PKK tabik hormat 8. Selesai semua - Pek beri sorakan“Tahniah” dan dijawab oleh penerima lencana 9. PKK balik ke sekawan masing-masing

5. Istiadat Melantik

5.1. 1. PKK dalam bulatan. Akela berdiri di dalam bulatan. Penolong-penolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang Akela. PKK dalam keadaan sedia. 2. Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan. 3. Ketua sekawan membawa PKK yang baru - berdiri di hadapan Akela. Selepas itu, Ketua sekawan balik ke tempatnya. 4. Serentak dengan itu, Pen. Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah Akela dengan membawa topi, skaf dan lencana keahlian 5. Akela: “Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak” PKK baru: “Ya, Akela” 6. Akela: “Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap” PKK baru: “Ya, Akela”

6. Istiadat Meningkat Naik