Lancez-Vous. C'est gratuit
ou s'inscrire avec votre adresse e-mail
Kaedah Membuat Nota par Mind Map: Kaedah Membuat Nota

1. Kaedah Rangka

1.1. Langkah-langkah:

1.1.1. 1. Baca teks sejarah secara aktif (gunakan SQ3R: tinjau, soal, baca, ulang, ulas).

1.1.2. 2. Kenal pasti kategori utama cabaran (misalnya: Cabaran Dalaman, Pemisahan Singapura, Ancaman Komunis, Rusuhan Kaum, Isu Pembangunan).

1.1.3. 3. Susun hierarki: tajuk → subtajuk → fakta penting.

1.1.4. 4. Gunakan bahasa yang mudah difahami oleh diri sendiri untuk menghasilkan ringkasan .

1.1.5. 5. Semak dan lengkapkan bagi memastikan kesahihan dan kesinambungan.

1.2. Cara-cara Kaedah Rangka Membantu Pengorganisasian Maklumat:

1.2.1. 1. Struktur Hierarki Yang Jelas

1.2.1.1. Kaedah rangka menyusun maklumat daripada idea utama kepada fakta sokongan, membentuk struktur berperingkat (hierarki). Kesannya, membolehkan pelajar melihat susunan logik dan urutan peristiwa dengan jelas serta mudah difahami. Contohnya, pelajar dapat membezakan antara punca rusuhan kaum 1969 dan kesan rusuhan tersebut melalui susunan I.A.1, I.A.2, dan I.B.1.

1.2.2. 2. Mudah Dikenal Pasti dan Membantu Dalam Mengulang Kaji

1.2.2.1. Struktur yang sistematik ini menjadikan nota ringkas, padat, dan mudah dicapai, sekali gus mempercepatkan ulang kaji dan semakan. Kajian oleh Abdul Rahim Abd. Rashid (2003) menunjukkan pelajar yang menggunakan kaedah nota berstruktur dapat mengingat lebih lama kerana maklumat lebih tersusun dan mudah diulang semula.

1.2.3. 3. Mengurangkan Beban Kognitif

1.2.3.1. Mengekalkan isi penting dan membuang maklumat tambahan, kaedah ini mengelakkan maklumat berlebihan (information overload). CognitiveLoad Theory oleh Sweller (1988) yang menekankan pentingnya menyusun maklumat secara sistematik agar memori kerja tidak terbeban.

1.3. Kelebihan Menggunakan Kaedah Rangka

1.3.1. (i) Teratur dan berstruktur jika dilakukan dengan tepat.

1.3.2. (ii) Menyerlahkan poin utama kuliah dengan cara yang logik.

1.3.3. (iii) Mudah digunakan dan membolehkan pelajar fokus.

1.3.4. (iv) Mengurangkan masa menyemak dan menyunting

1.3.5. (v) Menunjukkan perkaitan antara kandungan.

1.4. Kelemahan Menggunakan Kaedah Rangka

1.4.1. (i) Tidak sesuai kepada matapelajaran seperti kimia dan matematik yang terdiri daripada formula dan carta.

1.4.2. (ii) Tidak berfungsi dengan baik sekiranya kuliah yang dihadiri tidak mengikut struktur tertentu.

1.4.3. (iii) Memerlukan lebih banyak pemikiran dalam kelas untuk mengorganisasi maklumat dengan tepat.

1.4.4. (iv) Tidak sesuai sekiranya kuliah dilaksanakan dengan laju

2. Kaedah Pemetaan

2.1. Langkah-langkah:

2.1.1. 1. Membaca secara aktif dan kenal pasti tema utama: Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia.

2.1.2. 2. Meletakkan tajuk besar di tengah.

2.1.3. 3. Cipta cabang utama berdasarkan jenis cabaran (Dalaman, Pemisahan, Komunis, Rusuhan, Ekonomi).

2.1.4. 4. Tambah cabang kecil untuk fakta dan contoh.

2.1.5. 5. Gunakan warna, ikon, dan anak panah untuk hubungan dan kategori.

2.2. Cara-cara Kaedah Rangka Membantu Pengorganisasian Maklumat:

2.2.1. 1. Memvisualkan Hubungan antara Konsep

2.3. Kelebihan Kaedah Pemetaan

2.3.1. (i) Sesuai untuk kandungan atau maklumat daripada kuliah yang terlalu padat.

2.3.2. (ii) Perkaitan atau perhubungan antara fakta dan konsep mudah dilihat.

2.3.3. (iii) Menganalisis dan menyemak nota yang dipetakan dengan lebih cekap.

2.3.4. (iv) Gambar dan warna memudahkan ingatan dan menarik bagi individu dengan gaya pembelajaran visual.

2.3.5. (v) Menganalisis hubungan konseptual membolehkan pelajar mencapai tahap metakognitif.

2.3.6. (vi) Nota yang dipetakan mudah untuk diedit dengan menambah cabang.

2.4. Kelemahan Kaedah Pemetaan

2.4.1. (i)Memerlukan kemahiran penumpuan yang kuat.

2.4.2. (ii) Peta boleh menjadi besar jika tidak distruktur dengan baik dan memilih kata kunci yang betul.

2.4.3. (iii) Memerlukan sedikit masa, pengalaman dan disiplin untuk menggunakan kaedah ini dengan baik.

2.4.4. (iv) Semasa memetakan, mungkin kehabisan ruang pada satu halaman.

2.4.5. (v) Boleh mengelirukan jika maklumat tersalah letak semasa mengambil nota.